empat

Romance Series 377

semalam puan mona masuk ke bilikku dan memberitahu yang salah satu temannya adakan perjamuan makan makan sempena hari lahir dan memintaku pergi bersamanya.

itu membuat ku tidak tidur semalam kerana teruja.

hari ini sudah termasuk dua minggu aku di sini dan setiap hari ku hanya terisi dengan membuat benda yang sama.

aku akan bangun tepat jam tujuh dan saat selesai mandi baju dan katil ku pasti sudah disediakan dan dirapikan, walaupun setelah aku menolak kerana tidak ingin menyusahkan bu nia.

selepas pak mokthar pergi kerja dan puan mona keluar dijemput oleh temannya untuk bermain kartu. akhirnya, meninggalkan aku di rumah sendiri setelah bu nia juga keluar untuk ke pasar.

nasib saja ada buku buku milik pak mokthar dari bilik bacaannya yang membuatkan aku tidak merasa sebosan mana.

aku pun bangun pagi dan bersiap lebih awal

puan mona juga berkata yang temannya ada dua anak perempuan yang boleh berteman denganku dan dia meminta untuk tidak memalukan dia kerana aku membawa nama keluarga pak mokthar selama aku tinggal di rumah ini.

"noora? " aku berhenti di hadapan pintu, "kamu rasa mana antara dua keronsang ini lebih sesuai untuk saya gunakan untuk hari ini? "

dia sedang memegang dua buah kerongsang berlian sebesar ibu jari berwarna hitam dan merah dan tidak tahu hendak pakai yang mana satu dengan baju berwarna biru yang dikenakan sekarang.

aku pun minta izin dan mendekati untuk lihat dengan lebih dekat, "saya rasa warna putih ni lebih sesuai-"

"kamu pasti? "

"sudah tentu," kata ku pantas.

"saya lihat banyak orang gunakan warna putih. "

"sebab mereka tahu warna tu akan menarik perhatian ramai, " jelasku, " lagi pula, warna merah tidak sesuai dengan baju yang puan akan pakai dan warna hitam hanya membuatnya tengelam dari perhatian orang. "

"betul cakap noora tu puan-" tambah bu nia.

kami pun keluar ketika jam sudah menunjukkan pukul dua belas tengah hari, puan mona tidak berkata apa apa lagi tentang keronsang yang di pilih tapi terlihat jelas dia mengikuti saran yang aku berikan.
saat di parti tersebut hanya kekecewaan yang aku rasakan setelah mengetahui dua anak perempuan yang di maksudkan oleh puan mona itu adalah budak budak berusia sepuluh tahun.

sepanjang perjamuan mereka tidak lepas dari ku dan mengikuti kemana pun aku pergi.

kebanyakan tetamu yang datang adalah seusia puan mona dan sepanjang parti mereka hanya bermain kartu dan bercerita tentang kehidupan rumah tangga mereka.

gadis gadis seumuran ku yang datang pun kebanyakan mereka sudah menikah dan mempunyai anak bayi dan kami tidak boleh memulakan perbualan tanpa salah satu mereka menangis.

akhirnya tertinggal aku sendiri dengan budak budak yang sepuluh tahun lebih muda dariku.

kami balik saat hari menjelang petang dan puan mona dengan gembiranya berterima kasih kepada ku kerana sepanjang parti banyak orang menegur keronsang yang dipakai olehnya.

puan mona pun meminta untuk singgah di kota untuk membeli kain baru kerana ada parti yang akan dia datangi bulan depan dan dia harus menyediakan baju untuk di pakai.
setelah selesai dan mahu kembali ke kereta kuda aku terdengar suaraku di panggil. dari kejauhan terlihat rehan datang ke arah kami.

"selamat petang puan mona. " katanya.

"selamat petang, " jawab puan mona pendek, "noora, saya tunggu di kereta. tolong jangan terlambat, hari sudah mulai mengelap. "

"baik puan. "

saat puan mona pergi dan agak menjauh baru aku dapat rasa selesa untuk berbicara dengan rehan, kerana aneh rasanya berbual di hadapan puan mona setelah tahu apa yang dia rasakan terhadap rehan.

"jadi kau apa kabar? " tanya rehan.

"baik dan kau nampak lebih sehat-" jawabku, dia bertanya macam mana kehidupan setelah dua minggu, "aku kebosanan, tidak tahu apa yang nak di buat selain tidur dan makan. "

"kau tidak cuba untuk keluar? "

"dan ke mana? aku tidak tahu satu tempat pun di kampung ni. "

dia pun menjelaskan yang banyak tempat bagus yang aku boleh kunjungi dan aku hanya memerlukan kaki yang kuat untuk berjalan kerana di kampung ini boleh dikatakan semuanya percuma berkaitan tentang tempat tempat yang bagus

"kau nak aku jalan sendirian? " tanya ku, "di tempat yang aku tak pernah kunjungi? "

dia terus tersenyum, "apa kata nanti aku balik aku sendiri yang bawa kau ke semua tempat tu? "

"balik nanti? maksud mu kau akan pergi lagi? "

dia memberitahu yang dia banyak kerja untuk masa sekarang dan mungkin tidak akan balik selama seminggu dua dan berjanji dia akan membawaku sepulangnya dia nanti.

"aku janji. "

"okey, aku tunggu-".

aku pun meminta diri kerana aku takut untuk membuat puan mona marah jika terlambat walaupun sesaat lagi dan suasana di dalam kereta saat pulang tegang. dengan puan mona yang tadinya banyak bercerita tentang apa yang terjadi dengan parti tadi dan sekarang hanya berdiam diri.

saat makan malam pak mokthar bertanya apa yang terjadi di parti tadi dan kenapa kami hanya terdiam saat di meja makan.

aku pun jelaskan seringkas yang mungkin kepada pak mokthar tentang kejadian di parti tadi tanpa menyebut tentang perjumpaan dengan rehan petang tadi yang menyebabkan semua tegangan ini.

aku pun naik ke atas selepas meminta diri untuk pergi berehat.

tidak lama setelah aku tukar kepada baju tidur pintu bilik di ketuk dan suara puan mona terdengar dan bertanya jika dia boleh masuk dan bicara sebentar dengan ku.

"boleh saya bantu-"

"saya nak kamu jangan dekati budak rehan tu lagi-" potong puan puan.

"maaf?"

"selama kamu tinggal di rumah ni ada peraturan yang harus kamu ikuti, " kata puan mona dengan tegas, "dan saya hanya minta dengan kamu untuk jangan dekati budak tu lagi? "

aku cuba jelaskan dengan puan mona yang aku cuma ingin berkawan dengan tapi pantas dia memotong dan meminta ku untuk berkawan dengan orang lain dan bukan rehan dan keputusannya sudah tamat.

"kamu paham? "

"baik puan. " jawabku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience