tiga

Romance Series 377

aku tidak sepatutnya terkejut ketika melihat waktu pagi yang berbeda dengan suasaan pagi di kota tapi saat membuka tingkap dan hanya mendapati udara pagi yang segar dan tenang masih juga membuatku terpegun.

aku tidak tahu berapa lama aku tidur yang aku tahu aku sangat lapar dan dahaga pada saat ini dan perlu mengisi perut dengan cepat sebelum aku jatuh pengsan.

aku terkejut kerana pintu bilik terbuka dengan tiba tiba dan si pembantu rumah bernama bu nia masuk dan cepat cepat meminta maaf sebelum menjelaskan yang dia ke sini untuk periksa akan keadaan ku.

"dah tiga hari cik noora tidak bangun- "

"saya tidur selama tiga hari berturut turut? "

bu nia pun mengangguk sambil tersenyum, "cik mulai merisaukan kami satu rumah, jadi saya ke sini cuma nak periksa jika cik dah bangun atau pun belum. "

bu nia pun menawar untuk membawakan aku makanan tapi aku menolak dan berkata aku akan turun selepas mandi nanti lalu meminta bu nia untuk tidak memanggilku dengan panggilan cik dan hanya dengan nama ku saja sudah memadai.

aku perlu mandi terlebih walaupun setiap detik yang berlalu membuatkan aku ingin berlari ke bawa dan menyumbat mulut dengan makanan yang ada tapi sudah tiga hari aku tidak membersihkan diri dan tidak akan aku turun dan berhadapan dengan orang dengan badan yang belum mandi selama tiga hari.

sebelum keluar bu nia memberitahu yang dia sudah memasukan pakaian ku ke dalam almari dan meminta maaf sebelumnya kerana dia di suruh oleh puan mona tapi tidak sempat meminta izin ku terlebih dahulu.

aku mandi dalam waktu yang lama kerana merasa semua badannya melekit kerana keringatan, saat selesai dan keluar aku melihat baju ku untuk hari ini sudah terlipat rapi di atas katil.

katil yang tadinya hambur juga terkemas rapi.

aku pun turun ke bawah dan mendengar suara pak mokthar dan isterinya.

dengan tidak sengaja aku terdengar perbualan mereka tentang aku yang di hantar oleh rehan yang dibayar oleh ayah ku. belum sempat mereka habiskan pembicaraan puan mona mengangkat muka dan melihatku berdiri di hadapan pintu dapur.

"bangun juga kamu akhirnya. " kata puan mona.

pak mokthar pun mengajak ku makan bersama, "pasti kamu sangat lapar kan. "

puan mona terus meminta bu nia untuk membawa satu lagi piring untukku dan menyuruhku untuk makan dengan banyak kerana aku sudah tidak makan selama tiga hari dan takut ayah aku akan memarahi dia dan suaminya jika tahu aku tidak diberi makan selama ini.

"ini pertama kamu balik ke utara? " tanya bu nia.

"saya dah pernah balik masa-"

puan mona memotong dan menjawab untukku dan memberitahu yang aku sudah pernah pulang bersama ayah aku dulu masa arwah atuk aku sakit, "tapi kenapa kamu tidak balik lagi selepas tahu atuk kamu meninggal. "

aku tidak tahu bagaimana nak jelaskan tapi ingat jelas yang terjadi pada masa itu, ketika lawatan kami menjadi kerana adik ayah yang mengusir ayah keluar dari rumah dan melarang ayah untuk kembali kerana sudah memalukan nama keluarga.

aku hanya diamkan diri dan tidak menjawab.

"macam mana perjalanan kamu ke sini ada kesulitan? " tanya pak mokthar menukar topik pembicaraan.

"ada satu dua kali, " kataku, "tapi nasibnya semua berjalan lancar juga pada akhirnya. "

"macam mana budak yang ayah kamu bayar tu?" tanya puan mona, selepas aku menjawab puan mona bertanya jika dia ada cuba lakukan benda yang tidak bagus kepada ku, "dari kecil lagi, budak tu banyak buat hal. kenapa ayah kamu bayar dia. "

pak mokthar yang menjawab dan mengatakan yang mungkin ayah aku membayar rehan kerana dia tahu jelas akan perjalanan dari kota besar ke sini dan pilihan ayah adalah benar kerana disebabkan rehan aku sampai dengan selamat.

selesai saja makan pak mokthar pun meminta diri kerana ada kerja yang di harus tangani.

puan mona terus meminta suaminya untuk menghantarnya ke rumah kawannya yang katanya tidak jauh dari sini.

sebelum mereka pergi aku pun bertanya kepada pak mokthar jika dalam tiga hari ini ayah ada mengirimkan surat ke sini dan jika aku boleh mengirimkan surat kepada ayah dan memberitahunya yang aku telah sampai dengan selamat.

pak mokthar berkata yang setiap surat yang ayah kirimkan tidak mempunyai alamat dan itu adalah untuk melindungi ayah dari orang tahu akan keberadaannya. pak mokthar mengingati aku yang bukan kami saja nak tahu keberadaan ayah pada saat ini tapi satu negara dan meminta aku untuk bersabar.

puan mona yang mendengar pantas memberitahuku yang setiap surat yang datang dia akan meminta penjaga di luar untuk memberikan kepadaku agar aku orang pertama yang terima jika ayah ada kirimkan apa apa surat ke rumah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience