satu

Romance Series 377

aku menghirup sedalam dalam akan aroma ruangan tempat kerja ayahku sebelum meninggalkan rumah, ruangan yang dahulunya dipenuhi kenangan kami sekeluarga kini kosong dan hanya dipenuhi dengan habuk di setiap sudut.

dari ayah menghilang beberapa bulan yang lalu aku tidak membenarkan mana mana pembantu rumah membersih mahupun masuk ke ruangan ini, kerana takut jika ada petunjuk yang ayah tinggalkan untuk aku selesaikan dan mendapat tahu di mana keberadaan ayah saat ini.
tapi satu pun tiada aku temukan.

turun saja aku ke bawa terlihat semua pembantu rumah sudah menungguku untuk memberikan ucapan selamat tinggal.

saat keluar, terlihat sudah ada seorang pegawai kerajaan yang menungguku seperti yang disampaikan seminggu yang lalu. mereka memberitahu yang aku akan di bawa ke kota besar untuk siasatan akan kehilangan ayahku.

aku yang tiada pilihan lain pun bersetuju.

tapi lelaki di hadapanku ini berbeda dari pegawai pegawai kerajaan yang datang haritu, dia lebih muda berbanding mereka dan sepertinya seusia denganku, kalau tidak pun hanya tua beberapa tahun dari ku.

dia pun tolong menaikkan beg beg milik ku ke atas kereta kuda.

tidak sangka aku akan meninggalkan rumah ini, tempat dimana aku membesar. tempat semua kenangan arwah ibunda masih hidup. dulu aku pernah benci rumah ini tapi tidak sangka aku akan merinduinya melebihi rumah lama kami.

"dah sedia? " tanya pegawai tadi.

"kalau belum, boleh aku masuk ke dalam semula? "

"rasanya tidak, cik noora. " katanya dengan senyuman nipis.

lelaki itu pun menyediakan tangan untukku menaiki ke kereta kuda.

aku perhatikan lama rumahku sehingga semuanya hilang dari penglihatan, begitu cepat semua ini terjadi, aneh rasanya baru beberapa bulan yang lalu aku tidur tanpa ada masalah dalam pikiran dan sekarang semua masalah seakan datang menghentam tanpa henti.

kami melewati banyak rumah rumah yang tidak asing bagiku, kawan kawan yang dulunya selalu ke rumah dan bermain terus menjadi asing semenjak pertuduhan ayah mula tersebar luas.

tidak lama kemudian kami pun memasuki kota.
bunyi bising kota mula memenuhi telinga dengan manusia lalu lalang bersama kuda kuda milik mereka sendiri, ada yang membawa gerobak yang diisi sayur sayuran dari kebun dan sebahagian lainnya membawa haiwan haiwan yang masih hidup dan ada juga sudah di sembelih.

si lelaki tadi membuka pintu dan menolongku untuk turun.

aku pun bertanya jika ada pertukaran rencana sebab seminggu lalu mereka memberitahuku yang aku akan di hantar ke kota besar tapi sekarang kami berada di stesen kereta api yang penuh dengan orang ke sana ke mari.

dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"ini dari ayahmu. "

langkah ku terus terhenti, dia menghulurkan selembar surat pada ku.

"kau tahu keberadaan ayahku?"

dia meminta ku untuk terus berjalan atau kami akan menarik perhatian orang ramai. saat berjalan menerusi orang orang, dia jelaskan yang dia di bayar untuk menghantar aku ke utara. semuanya sudah di jelaskan dalam surat yang aku pegang.

"noora, namaku rehan dan aku nak kau percayakan aku-"

"a-aku nak ke bilik air-" kata ku pantas.

aku terus tinggalkan lelaki tadi dan pergi ke bilik air berdekatan dan masuk saja aku terus mengeluarkan surat yang diberikan tadi dan membacanya:

noora,

ayah harap surat ini sampai pada kamu dalam keadaan selamat.
ayah nak kamu ke utara dan di sana kamu akan di jemput oleh kawan ayah. ayah percaya kamu lebih selamat di sana dari di kota besar terutama pada saat saat genting seperti ini.
ayah harap ayah boleh jelaskan lebih teliti. kamu jaga diri. satu hari nanti kita akan berjumpa kembali. ayah janji pada kamu itu.


philtatos

perkataan philtatos tersebut yang membuatkan aku seratus peratus percaya yang surat ini benar dari ayah aku sendiri.

saat aku keluar aku tidak melihat lelaki tadi dan dari kejauhan aku melihat pegawai pegawai yang sepatunya menjemputku pagi ini. aku cuba berjalan bertentang dari mereka tapi mereka dengan cepat mendapatkan ku.

"cik noora! " jerit salah satu dari mereka.

salah satunya menghentikan ku, "bukan kah kami dah ingatkan yang kami akan menjemput anda ke sini? "

"oh, betul. cuma tak nak menyusahkan. "

"ini adalah kerja kami. "

kami pun bergerak pergi menjauhi stesen kereta api utara yang akan bergerak tidak lama lagi dan salah satu pegawai tadi mengambil bag sadangku dengan berkata untuk meringankan beban ku.

pada satu saat ada keriuhan tercetus dari kejauhan dan semua orang mula berlari dari pelbagai arah. salah satu pegawai tadi tertolak dan tersungkur ke tanah dan seorang lagi mula memulakan pergaduhan dengan orang yang menolak tadi.

aku menarik kesempatan dan lari dari mereka dan bersembunyi di sebalik orang orang yang berjualan berhampiran kereta api. saat bersembunyi, tiba tiba sebuah tangan menarikku dan membuatku ingin berteriak tapi pemilik tangan yang sama pantas menutupi mulut ku.

lelaki bernama rehan tadi kembali dan dia terus menarik ku jauh dari tempat tadi ke tempat yang lebih tertutup dan tersembunyi.

di tempat yang tertutup itu, dia pun menyuruhku untuk menukar baju kerana pegawai tadi sudah mengecamku dari pakaian yang aku pakai. aku pun terkejut buat sesaat kerana tidak akan aku menukar baju di tempat sebegini.

kami betul betul tersembunyi tapi aku tidak pernah menukar pakaian di tempat umum apalagi di hadapan seorang lelaki asing.

dia pun memutar tubuhnya dari memandangku.

rehan memberitahu yang kami kesuntukan masa dan kereta api akan bergerak tidak lama lagi.

saat selesai dia memakaian topi miliknya kepadaku dan menyuruhku tetap berada di sampingnya. kami pun keluar dari tempat persembunyian. aku baru tersedar yang beg sadang milik ku ada pada pegawai tadi.

dalam masa yang sama petugas kereta memberi peringatan yang kereta api akan bergerak tidak lama lagi, rehan pun mengingatkan aku untuk tidak pergi ke mana mana dan jika pada peringatan terakhir dia masih belum kembali aku harus tetap naik dan hanya naik pada peringkatan terakhir.

dia pun berlalu pergi.

aku tunggu untuk waktu yang lama dan rehan tidak kembali dan pada peringatan terakhir aku naik kereta api dengan sendiri, kereta pun mula bergerak dengan perlahan dan semakin lama berubah kelajuan.

banyak orang naik pada saat terakhir dan setiap satu yang naik aku berharap sekali adalah rehan dan saat aku mula hilang harapan, dengan mengejut beg miliku dilemparkan ke atas kereta dan tidak lama kemudian kelibat rehan mula memenuhi pintu kereta api.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience