BAB 9

Romance Completed 11154

Adrian mengenyit matanya pada Anais yang sudah memandang tepat padanya. Dia ketawa kecil melihatkan Anais yang memuncung sebelum kembali melentokkan kepala di bahunya.

Bahagia dapat bersama dengan insan kesayangannya ini. Adrian tersenyum lebar sambil menepuk perlahan bahu Anais seakan mendodoi isterinya, tanpa menyangka dan sama sekali dia tak ketahui bahawa sekeping hati itu memang miliknya selama ini.

Adrian tersenyum senang. Sungguh dia tertarik pada isterinya dan kerana itulah dia sanggup melepaskan segalanya demi untuk mengenali gadis itu. Sifat segala peribadi gadis itu yang ternyata begitu berbeza dengan dirinya membuatkan naluri lelakinya yang selama ini dikunci dari mana-mana perempuan terusik.

Bila ditanya Anais, jawapannya hanya satu, abang angkat kesayangan!
Kala itu isterinya pasti memuncung, geram mendengarkan jawapan yang seakan kurang meyakinkan. Gelak tawa nakalnya membuatkan Anais tidak lagi mahu bertanya sejarah rahsia berseminya kasih yang tak berbelah bagi itu.

“Sayang..” Panggil Adrian lembut.

“Hmmm..?”

“I love you..” Perlahan dia menunduk sedikit, mencium anak rambut isterinya.

Anais tergelak perlahan. Rangkulannya dieratkan. “Love you too..” Balasnya agak perlahan sebelum menyembunyikan wajah di dada bidang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience