BAB 1

Romance Completed 11154

“Kita kahwin nak? Family abang jadi family Anais, abang boleh jadi ‘abang’ Anais terus?” usik Adrian.

Bertambah merah wajah Anais. “Habiskanlah makanan tu dulu. Sampai pukul berapa nak duduk sini? Dah pukul 8 malam dah ni?”

Adrian mengeluh hampa. Perlahan-lahan kek di piring di makannya. Tak sampai 10 minit kek dan minumannya habis. Kemudian Adrian bangun. Kunci kereta dicapai.

“Jom.”

Bingkas Anais bangkit dan mengejar langkah Adrian yang laju meninggalkannya.

Di dalam kereta masing-masing mendiamkan diri. Adrian sibuk melayan perasaannya manakala Anais berkira-kira bagaimana mahu memulakan perbualan. Kereta laju membelah jalan sewaktu matanya terpandangkan kedai emas, bibirnya mengukir senyum.

“Bang?” Anais memanggil Adrian perlahan.
Adrian tidak menyahut. Aish.. Sabar ajelah dengan abang aku seorang ni.

“Abang!” panggilnya sedikit kuat.

“Hmm?”

“Bila nak cari cincin?” soalan yang keluar daripada mulut Anais membuatkan Adrian seperti mahu melompat suka.

“Kalau lambat-lambat nanti ada orang kebas macam mana?” tambah Anais. Sengaja mahu menguji sejauh mana kesungguhan Adrian. Adrian tersenyum girang.

“Insya Allah abang yakin tak ada orang nak kebas. Sebab kalau orang tu tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.”

Anais mencebik. “Yakin ke?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience