BAB 2

Romance Completed 11154

Adrian ketawa senang.
“Ok. Esok jugak abang cari cincin untuk Dia. Nak yang macam mana? Tapi janganlah yang mahal sangat, abang belum kerja lagi.”

Anais ketawa perlahan. Entah kenapa dia menerima cadangan mak dan abah. Mungkin kerana dia yakin Adrian akan menjaganya seperti mana Adrian menjaganya sewaktu mereka masih kecil. Dia tersenyum senang.

Ya, Anais dan Adrian adalah adik-beradik angkat. Membesar bersama-sama sejak mereka masih kecil.

Keakraban mereka tanpa disedari membuahkan rasa cinta. Dan perasaan itu semakin lama semakin kuat hingga kedua-dua mak dan abah turut melihatnya.

Jalan terbaik adalah menyatukan mereka berdua.

Adrian menjeling Anais yang masih tak lekang dengan senyuman. Sangkanya dahulu perasaannya masa sekolah dulu hanya main-main.

Tak sangka perasaan itu semakin lama semakin mekar meskipun dia menjauhkan diri daripada Anais. Lepas ni terpaksalah dia menyewa rumah lain.

Takkan mahu tinggal serumah dengan Anais selagi belum sah menjadi isterinya? Adrian mengucap syukur di dalam hati. Semoga rumahtangga yang bakal dibinanya bersama Anais nanti dirahmati Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience