BAB 7

Romance Completed 11154

Niatnya yang sebenar hanya hendak membawa Aaqif dan Marsha berjalan-jalan di sekitar taman sahaja. Sebab itulah dia hanya menyarungkan seluar paras betis itu sahaja tadi.

Permintaan Aaqif untuk terjumpa mainan membuatkan dia melencong arah perjalanan mereka. Sempat dia singgah di Butik sebelah dan membeli skarf empat segi kecil rona biru muda berbunga tabur warna pink yang kelihatan comel kerana tertarik dengan kelembutan skarf itu.

Laju sahaja dia meminta penjaga kaunter di butik untuk memakaikan skarf kecil itu pada puterinya, Marsha.

“Aaqif jumpa baby tadi, ma.. Cute macam mama.” Suara Aaqif yang serak-serak basah macam papanya itu tiba-tiba kedengaran, membuatkan Adrian mengalihkan tumpuannya pada Aaqif yang sedang rancak bercerita dengan Anais.

“Eh, kenapa macam mama pulak?” Tanya Anais pelik.

“Macam mamalah.. Sebab, papa kata mama cute macam baby! So,cute macam mama la.”

Petah si kecil yang berusia empat tahun itu menjawab.

Adrian tersengih sambil menganggukkan kepalanya. Ibu jari kirinya menunjukkan tanda bagus pada Aaqif yang mengenyitkan mata pada mamanya itu. Bulat mata Anais berkalih pandang pada suaminya.

“Apa yang abang ajar Aaqif ni bang..”
Terburai tawa keduanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience