Rate

Bab 3

Drama Series 1570

"She will be fine but she need more rest," kata doktor wanita itu. "And one more thing Ryan, her condition is just temporary so be careful," sambungnya lagi. Sebaik Adryan mendengar kata-kata doktor tersebut dia terus memandangku. "Okay, i will take care of her. Thank you again doktor Rina," kata Adryan.

Aku berasa sangat letih selepas melakukan medical check up. Aku tidak dapat mendengar perbualan mereka dengan jelas di luar bilik itu.
Aku melihat Adryan dengan doktor wanita itu sangat mesra. Mereka berbual bahkan melebih sejam! 'Adakah mereka kawan?' tanyaku di dalam hati.

Tak lama kemudian, Adryan datang menghampiriku, "Hey sayang, what are you feeling right now? Much better?" tanya Adryan dengan lembut. "I'm feel so tired, Ryan" kataku dengan lemah sekali. "Alright sayang, you go to sleep okay", katanya sambil mencium dahiku. Lalu, Adryan bangkit dari katilku dan keluar menuju ke pintu. Aku tidak mampu berfikir apa-apa lagi. Aku penat. Apa yang aku mampu buat adalah memejamkan mata dan masuk ke alam mimpi.

"Good morning sayanggg!" suara Adryan mulai ganggu lenaku. "Hmm.." jawabku ringkas. Entah kenapa rasa berat sekali mahu bangun dari katil ini. Otakku suruh bangun tapi badanku kata tidak.

Aku cuba membuka mataku. Apa yang ku lihat sarapan sudah terhidang di depanku! Aku rasa seperti anak Raja dalam sehari. Aku cepat-cepat bangun dari tidurku. "You masak semua ni?" tanyaku. "Iyalah sayang, habis siapa lagi nak masak kalau kita berdua je dalam rumah ni" jawab Adryan. 'Ouh, ingatkan ada bibik ke apa ceh', omelku. "You makan okay sayang. Lepas makan nanti you mandi okay", katanya lagi. Aku hanya sekadar menganggukkan kepala sahaja.

Adryan menghampiriku sambil menggenggam tanganku lalu dia berkata, "I love you so much Su. Please don't leave me again" ,dan diakhiri dengan ciuman di tanganku. Aku terkedu dengan perbuatan Adryan. Walaupun kami suami isteri tetapi ingatanku terhadap Adryan masih belum wujud lagi. Aku cuba memberanikan diriku untuk menghadapi realiti lalu aku terus memeluk Adryan kerana aku ingin mengurangkan rasa risau Adryan itu kepadaku. Adryan terkejut dengan tindakanku tetapi dia membalas semula pelukakan ku itu. Dan, akhirnya kami berpelukan di pagi itu.

Tik tik tik, bunyi air shower menitik setelah selesai aku mandi. Lantas aku mencapai baju yang ku lihat di dalam almari besar ini. Setelah selesai memakai baju, aku terus duduk di hadapan cermin dan menyikat rambutku. Aku melihat diriku di dalam cermin. 'Adakah ini realiti atau mimpi?' bisikku. Aku cuba untuk mengelamun dengan lebih mendalam tiba-tiba, "Sayangg!" suara Adryan telah menggangguku.
Aku cepat-cepat menghabiskan menyikat rambutku lalu turun ke bawah.

Apabila aku turun ke bawah, ternyata Adryan telah menungguku di bangku sofa sambil memegang remote television. "Sayang sini lah. I nak tengok movie dengan you ni",ajak Adryan.
Lalu aku jalan menghampiri Adryan dan duduk di sebelahnya. "Cerita apa ni?" tanyaku apabila aku lihat adegan romance terpapar di skrin television. "This is your favourite movie sayang", jawabnya ringkas.

Ting! Jam menunjukkan sudah 12.00 tengah hari dan kami masih menonton cerita yang sama. Cerita ini sangat agresif yang membuatkan aku kusyuk menontonnya.

Tiba-tiba, aku dapat merasai tangan Adryan cuba membelai rambutku. "Wanginya you sayang, i rasa macam nak makan you lah", katanya sambil memberiku senyuman. Aku tidak tahu apa maksud di sebalik senyuman itu. Makin lama makin kelamaan tangan Adryan telah merayap ke bahagian badanku. Aku cuba elakkan diriku tetapi Adryan terus membaringkan aku di sofa itu sambil menggenggam kedua-dua tanganku. "I rindu you sayang. I tak boleh tahan lagi dengan semua ni", kata Adryan. Lalu, dia terus mencium leherku dengan rakus sekali.

Aku berasa sangat tak selesa sekali dengan tindakan Adryan itu. Aku cuba untuk lepaskan diriku tapi apakan daya aku wanita yang lemah. Tetapi aku tidak mengalah, aku terus berkata, "Stop Adryan! Please stop!" tetapi Adryan tidak mempedulikan ku. Adryan terus mencium seluruh tubuhku untuk membuatkan ku makin lemah.

Saat Adyran cuba untuk membuka zip seluarku, aku terus mengambil peluang untuk tendang Adryan jatuh dari sofa tersebut. Bunk! Adyran terjatuh dari sofa itu angkara aku. Aku cepat-cepat bangun dan membetulkan pakaianku. "I said stop right!" jeritku sambil muka aku merah padam.

Adryan memberikan pandangan yang tidak puas hati kepadaku. 'Eh, kenapa mat saleh ni buat muka marah dekat aku?' bisikku. "What's wrong with you Suhaila?! I'm your husband!" Jerit Adryan. Aku terkejut mendengar lelaki ini jerit buat kali pertamanya. Aku jugak rasa serba salah bila tahu betul jugak apa kata Adryan itu.

"Adryan.. i..." belum sempat aku habiskan ayat Adryan telah mencelah. "So that's it! I will go" kata Adryan sambil bangkit menuju ke pintu rumah. Aku cuba untuk mengejar dia tetapi kaki ku tidak mampu bergerak dan masih lagi kaku berdiri di situ. Adryan berhenti selangkah sebelum keluar sambil berkata, "You yang mintak jadi isteri derhaka right?" dan dia terus menutup pintu.

Pump! Bunyi pintu rumah yang dihempaskan Adryan menunjukkan yang dia sangat-sangat marah denganku. Aku terduduk selepas mendengar bunyi hempasan pintu tersebut. Lalu aku terdengar bunyi enjin kereta dihidupkan dan berlalu pergi.

'Kenapa aku bodoh sangat ni?' bisikku. Lantas air mataku berdalir keluar membasahi pipiku. Aku sedih. Adakah benar aku isteri yang derhaka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience