Rate

Bab 2

Drama Series 1570

"Sayang.." kata jejaka itu.

Aku terdiam. Aku masih berada di atas katil termenungkan gambar yang diberi olehnya. Apakah semua ini benar semata-mata? Kalau ianya benar kenapa aku tak ingat satu pun pasal dia? Nama dia pun aku tak tau.

"Ini gambar kahwin kita ke?" tanyaku.
"Kenapa pulak i nak bagi gambar kahwin orang lain? Mestilah gambar kahwin kita sayang" jawab jejaka tersebut.
"Kalau betul lah kenapa aku tak ingat pasal kau pun. Aku langsung tak tau pasal kau weh" balasku.

"You accident sayang. You kene langgar dengan kereta before you pergi kerja. And you cedera teruk dekat kepala. So that's why lah you tak ingat apa-apa." jelas jejaka tersebut. 'So, sebab ini lah aku selalu sakit kepala setiap kali aku berfikir', bisik hati kecilku.

Lalu, jejaka itu memegang tanganku, "So, lepasni you jangan risau okay? I always ada untuk you sayang" katanya dengan lembut sekali. Walaupun dia ialah suamiku aku masih tetap berasa janggal setiap kali dia memegang tanganku.

Aku mengalihkan tangannya sekali lagi, "Siapa nama aku?" tanyaku. Jejaka itu terdiam dan memandang lama wajahku, "Nama you is Nur Suhaila Binti Zuhairy but everyone calls you as Su." jawabnya. "You adalah anak tunggal and your parents dah meninggal dunia 2 tahun lebih", sambungnya lagi.

Aku terdiam mendengar kata-kata jejaka itu. "Sayang, jangan macam ni okay? We need you together. I always ada untuk you sayang," kata jejaka itu sambil memeluk tubuhku. Aku agak terkejut dengan tindakannya tapi apakan daya dia adalah suamiku jadi aku tidak membantah kali ini.

Aku baru tersedar yang aku tidak tahu nama asal jejaka tersebut. "How about you? What's your name?" tanyaku dengan lembut. Jejaka itu tersenyum mendengar soalanku. "Adryan Heycarl is my name. But you always call me as Ryan," jawabnya. "Heycarl?" tanyaku. "Yes, that's my father's name. He was born in UK." jawab jejaka itu ringkas. 'Ceh, padanlah muka ada mix sikit', bisikku di dalam hati.

"Okay sayang, better you get ready. Because your doctor will be coming kejap lagi," kata Adryan sambil mencium dahiku. 'Apa ni? Banyak lagi aku nak tanya lah', omelku. Lalu, Adryan pun bangkit dari katilku dan berlalu pergi menuju ke pintu, tetapi dia berhenti dan menoleh ke arahku, "And one more thing, you selalu guna panggilan you/i when we're together. I just rindu nak dengar you panggil i macam tu not kau/aku. And the last one, welcome home sayang.." kata Adryan sambil memberi senyuman yang manis kepadaku.

Lalu, dia menutup pintu bilik tanpa menunggu sebarang response dariku. Aku jadi hairan. Kerana banyak lagi soalan yang terlintas di kepalaku ini tapi tidak terjawab. Kadang aku rasa something wrong dengan jejaka yang bernama Adryan ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience