Rate

Bab 1

Drama Series 1570

'Kenapa aku rasa gelap je ni? Aku kat mana ni?' bisik hati kecilku.

Tiba-tiba, aku terlihat suatu cahaya kecil di hujung sudut. Aku cuba mengejar cahaya itu sehinggakan cahaya itu makin aku kejar makin bertambah cahayanya dan akhirnya aku sedar, aku sudah kembali ke dunia nyata.

Siling, adalah perkara pertama yang aku lihat. Aku cuba untuk melihat sekeliling dan apa yang aku dapati aku berada di sebuah bilik. Bilik yang agak mewah jugak seperti bilik anak orang kaya. Aku juga sedar yang aku sedang terbaring di atas katil empuk dan juga luas seperti katil King.

Tak lama kemudian baru aku tersedar yang aku tidak tahu apa nama tempat yang aku berada sekarang ini. 'Aku kat mana ni..?' bisik hati kecilku. Aku cuba untuk ingat semula apa yang membuatkan aku di sini, "Arghh!" lantas kepala aku berdenyut. Sakit! Aku tak tau kenapa kepala aku sakit sangat. Aku cuba menggosok kepalaku agar sakitnya berkurang.

Tiba-tiba, pintu terbuka. Aku terkejut kerana yang muncul dari pintu itu adalah seorang jejaka tampan dengan senyuman yang dilemparkan untuk aku sambil memegang segelas cawan. Aku jadi kaku selepas melihat jejaka itu.

"Sayangg..." kata jejaka itu dengan lemah lembut sekali. Aku jadi tak keruan, aku melting dengan suara dia tapi at the same time aku jadi pelik, 'Siapa dia ni? Tiba-tiba je panggil aku sayang' bisikku. Aku cuba melihat jejaka itu dari atas hingga bawah. 'Muka dahla handsome and putih macam Mat Saleh, lepastu dengan badan yang tegap dan berotot macam tu boleh jadi ONE OF THE TOP GUY IN THE WORLD' fikirku sejenak.

"Dah habis tengok dah?" kata jejaka itu. Aku tersentak and cepat-cepat aku alih perhatian ke tempat lain. Malu!

Lalu, dia menghampiriku dan berkata, "Haa malu lahtu hahaha" "Comel lah you ni eeii geramnya" sambung jejaka itu sambil mencuit hidungku. Aku terkejut. Terkejut dengan sentuhan dia, seperti terkena kejutan elektrik. Aku cepat-cepat mengalihkan tangan dia dari muka aku. "Siapa kau ni? And aku kat mana? Macam mana aku boleh ada dekat sini?" tanyaku.

Terus dia mengusap kepalaku sambil berkata, "Sabar sayang, slow-slow okay... you tu baru je sedar nanti pengsan lagi kang susah i nanti" Aku jadi hairan. 'Kenapa mamat ni, dahla tak jawab soalan aku lepastu ada hati nak usap kepala aku' bisik hati kecilku. Aku terus mengalihkan tangannya dari kepalaku. "Aku tanya tu kan, jawab lah!" jeritku sambil memegang kuat tangan jejaka tersebut.

"Sayang, jangan macam ni sayang. You are my wife so jangan tinggikan suara dekat suami okay? Taknak jadi isteri derhaka right?" balas lembut jejaka tersebut.

Aku terkedu mendengar kata-kata jejaki jejaka itu. 'Isteri? Sejak bila aku kahwin ni?' bisikku. Aku mulai terdiam kerana memikirkan perkataan ISTERI yang bermain dalam mindaku. "Arghhh!" jeritku. Kepala aku sakit sekali lagi.

"Sayang, you okay tak ni? Still sakit lagi kee?" tanya jejaka itu. Aku hanya mampu menganggukkan kepala sahaja sambil tanganku di kepala. Lalu, jejaka itu cepat-cepat mengeluarkan sebotol ubat dari poket seluarnya.
"You cepat telan ubat ni", kata jejaka itu. Aku terus mengambil ubat tersebut dan aku telan kerana aku tak sanggup tahan sakitnya. "Nah, minum air ni" sambung jejaka itu sambil memberi aku segelas cawan air yang dibawanya tadi. Aku terus mengambil darinya dan cepat-cepat minum air tersebut.

Akhirnya, sakit di kepalaku mulai hilang. Aku berasa lega sekali. "So sekarang macam mana? Dah okay sikit?" tanya jejaka tersebut. Aku hanya menganggukan kepala sahaja tanda aku setuju dengan soalannya. Jejaka tersebut pun melemparkan satu senyuman lagi kepadaku, "Alhamdullilah you selamat."

Lantas jejaka tersebut bangun dari katilku dan pergi ke sebuah almari yang berada tidak jauh dariku. Dia telah membuka sebuah laci daripada almari tersebut dan telah mengambil sekeping gambar. Lalu, dia terus menuju kembali kepada

Jejaka itu memberi aku gambar tersebut, "Gambar apa ni?" tanyaku hairan. "You tengok lah" jawab jejaka tersebut.

Aku terus melihat gambar tersebut. Gambar tersebut menunjukkan sebuah pasangan bahagia di atas pelamin. Aku pun berasa hairan sekali kenapa jejaka tersebut memberi aku gambar perkahwinan orang lain? Lalu, aku melihat wajah pasangan tersebut. 'Eh, wajah pasangan ini seperti aku kenal', bisikku.

Pasangan itu adalah AKU DAN JEJAKA TERSEBUT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience