Rate

Bab 4

Drama Series 1570

Hari demi hari, aku tunggu Adryan pulang. Aku menanti Adryan siang dan malam tanpa jemu. Sudah seminggu aku kira Adryan tidak pulang ke rumah menjengukku.

Adryan pergi tanpa membawa bajunya. Kadang aku terfikir bagaimana keadaanya? Adakah dia okay? Dia tidur di mana? Semuanya bermain di fikiranku ini.

Aku menangis setiap malam kerana teringat akan tindakan ku terhadap Adryan. Aku tau dia adalah suamiku dan aku tidak memberi kewajipan kepada suamiku dan itu membuktikan aku adalah isteri derhaka! Aku sedih dengan tindakanku sendiri.

Sudah seminggu rasanya aku tidur di sofa menanti Adryan sampai sakit badanku ini. Jadi, malam ini aku berputus asa untuk menanti Adryan pada waktu malam. Lalu aku membuat keputusan untuk tidur di bilik. Aku cuba memejamkan mata walaupun aku tau aku tak boleh tidur.

Vroom! Tiba-tiba aku mendengar bunyi enjin kereta. Aku melihat jam menunjukkan 3.00 pagi. Aku cepat-cepat bangun dari katil dan terus menuju ke tingkap bilik melihat siapakah di luar itu. Aku melihat susuk tubuh lelaki yang keluar dari kereta itu. Aku syak itu adalah Adryan. Aku terus keluar dari bilik itu.

Ngekkk! Bunyi seretan pintu. Lelaki itu membuka pintu dengan perlahan sekali. Lalu dia terus membuka lampu bawah. Apa yang ku lihat lelaki ini memakai kemeja biru dengan berseluarkan sleck hitam dan berkaca mata gelap. 'Adryan ke ni? Kenapa pakai spec malam-malam buta macam ni? Dan sejak bila dia pakai kemeja ? Kali terakhir aku nampak dia cuma memaki t-shirt biasa je' bisikku.

Lalu, lelaki itu menanggalkan kaca mata hitamnya. Sah! Aku memang dah agak itu Adryan. 'Dengan muka yang macam mat saleh ni dia sorang je ada', omelku. Semua soalan yang bermain di fikiranku terus lenyap apabila aku melihat wajah Adryan semula. Lantas aku turun ke bawah dan memeluk tubuh lelaki itu. Adryan agak terkejut sekali apabila melihatku. "Suhaila?" tanya Adryan dengan hairan sekali.

Aku tau Adryan pasti masih marah akan aku lagi. Aku tidak peduli malam ini aku tidak akan lepaskan pelukan tersebut. "I'm sorry Ryan, I'm really sorry. Please forgive me. I will do anything to be a good wife for you" kataku. Adryan hanya tergelak kecil mendengar kata-kataku. Lalu dia memberi senyuman yang sinis kepadaku, "You know i miss you so much, Suhaila" katanya.

Kali ini aku faham apa yang dimaksudkan oleh lelaki ini. Adryan cuba untuk merapatkan mukanya kepadaku agar bibir kami dapat bersentuhan. Kali ini aku tidak menghalang, aku juga cuba untuk mendapatkan bibirnya dan akhirnya kami bercium. Ciuman kami sangat agresif sekali sama seperti dalam cerita Hollywood. Aku tidak pernah rasa kenikmatan seperti ini. "Oh Suhaila, you really drives me crazy" bisik Adryan di telingaku. "So, what you waiting for? Come and get me" jawabku. Adryan tersenyum mendengar jawapanku lantas dia mendukungku dan membawaku menuju ke bilik.

Adryan terus membaringkan ku di atas katil sambil membuka butang kemejanya. Lalu, dia menghampiriku sambil berbisik di telingaku, "Are you sure you want this?" "Of course yes because you're my husband", jawabku ringkas. Lalu, Adryan membalas dengan senyuman yang sinis "Jangan pernah menyesal Suhaila",katanya. Aku tidak kisah apa yang dimaksudkan oleh lelaki ini kerana malam ini aku akan merelakan segalanya untuk lelaki yang bernama Adryan ini.

"Wake up wake up Suhaila" suara lelaki ini cuba untuk membangunkan aku dari tidur tapi tidak berjaya kerana aku terlalu letih akibat keseronokan malam tadi. "Hmm.. what time is it?" tanyaku sambil mata masih bertutup lagi. "It's 7 clock already, Suhaila" jawab lelaki yang bernama Adryan ini.

Aku terus membuka mata apabila mendengar sesuatu yang aneh, 'Suhaila? Kenapa mesti lelaki ni sebut nama penuh aku? Bukan selalu dia panggil aku Su je ke?', bisikku. Aku baru tersedar ada sesuatu yang ganjil berlaku dari malam tadi hingga lah pagi ini. Aku ingin menanyakan soalan berikut tetapi lelaki ini telah memotongku ayatku, "I turun kejap buat breakfast okay and jangan lupa mandi. And last one, the last night was such as amazing Suhaila" sambil mencium dahiku dan berlalu pergi. 'Wait, what? Okay this is weird. No sayang? Just Suhaila?', omelku.

Aku cuba bangkit dari katil. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi kecoh di bawah. Aku ingin tahu apa yang berlaku di bawah sana. Aku cepat-cepat mencari tuala untuk menutup tubuhku yang bogel ini dan lantas turun ke bawah.

Apabila aku sampai di bawah, aku terlihat dua orang jejaka yang berada di ruang tamu sedang bertekak. Tapi yang hariannya aku sangat kenali muka kedua-dua jejaka itu. Mereka adalah Adryan! Maksud aku ada 2 orang Adryan dalam rumah ni!?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience