BAB 5

Drama Completed 253

*Rindu Sudah Terubat*

Kepulangan Raudhah petang itu benar-benar memberi keriangan pada
seraut wajah tua Mak Kamsiah . Tidak habis-habis dia menatap wajah Amira
yang masih terserlah keayuannya walau tanpa sebarang mekap.

"Emak rindu pada Amir yang hanya menyusahkan emak? Emak tak
malu ada anak macam Amir?” Raudhah memandang emaknya yang mula dimakan
usia. Rambut emak yang dulu hitam kini mula berubah warna. Fateha yang
turut menemani kepulangan Raudhah hanya memandang tanpa pengertian.
Baginya wanita tua itu cukup sempurna dalam setiap tutur kata dan
tingkah lakunya.

"Raudhah apa yang berlaku usah diungkit lagi. Emak nak kita
bahagia seperti orang lain. Padamlah api dendam dihatimu nak.” Mak Kamsiah
cuba memujuk. Hati Raudhah yang keras membatu itu cukup merunsingkan hati
tuanya. Fateha yang berada disisi hanya mampu memandang dan mengelus
lembut lengan Mak Cik Kamsiah yang tidak beralas.

"Kebahagiaan apa yang mak cakap? Apakah mak bahagia menadah
telinga atas setiap kata makian dan hinaan orang. Kesabaran ada
batasannya mak dan kebenaran harus mak perjuangkan. Bukan melontar kata
di sudut rumah yang hanya dihiasi kegelapan. Kenapa Amir benci menjadi
perempuan? Kerana Amir benci melihat perempuan selemah mak yang hanya
melepaskan anjing tersepit begitu saja,” Raudhah melepas kata dan
melangkah entah kemana.

"Maafkan Raudhah andai dia terkasar bahasa nak. Raudhah anak yang
baik dan makcik yang bersalah atas kelukaan hatinya.” Fateha hanya
menganggukan kepala tanpa suara. Seketika kedengaran seseorang memanggil
Mak Cik Kamsiah tanpa salam.

"Em.. Kak Long ada apa hal datang rumah Kamsiah ?“

"Aku dengar anak jantan kau balik bawa perempuan? Mana dia?
Dah puas menyundal kat KL!” Mak Timah mencuri pandang kedalam rumah. Dia
memandang ke arah Fateha yang hanya memandang dengan seulas senyuman.

"Kak Long, kalau Kak Long datang untuk sakitkan hati Amira,
baik Kak Long balik. Cukuplah Kak Long siksa dia.” Air mata Mak Kamsiah
mengalir lagi. Risau juga dia kalau-kalau Raudhah terdengar perbualan
mereka. Pasti kemarahan Raudhah akan meletus tanpa siapa dapat menghalang.
Lava dihatinya hanya menunggu masa untuk tumpah dan Mak Kamsiah tidak
sanggup melihat pertengkaran mereka anak beranak.

"Aku memang nak dia tahu yang dia tu anak haram. Jangan berani
rosakkan nama kampung ni. Pasal dia heboh satu kampung anak kau ada bawa
kekasih. Kau tak malu Kamsiah ?” Mak Timah mencari-cari kelibat Amira.
Ingin disumpah seranahnya gadis itu. Sakit hatinya mengenangkan gadis
bernama Amira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience