BAB 8

Drama Completed 253

"Abang dah gila! Abang nak rosakkan hidup kakak Kamsiah kerana
nafsu abang. Kamsiah bukan perampas suami orang jauh sekali untuk
meranapkan mahligai yang dibina oleh insan yang amat Kamsiah sayangi.
Kamsiah tak pernah cintakan abang jauh sekali untuk bersama abang!”
Kamsiah bersuara lantang menambah api kemarahan dihatinya.
Puas dia memujuk dengan kata-kata manis namun hempadu yang terpaksa ditelan.

"Abang takkan biarkan orang lain memiliki Kamsiah ! Jiwa dan raga
Kamsiah hanya untuk abang. Orang lain tak akan dapat memiki Kamsiah ."

"Apa maksud abang?” Wajah Kamsiah ketakutan melihat mata Ibraheem
yang kemerahan menahan marah. Dia cuba melangkah namun dihalang oleh
abang iparnya yang selama ini cukup diseganinya.

"Aku takkan lepaskan kau!” Ibraheem menarik Kamsiah yang cuba
melarikan diri. Ketiadaan isterinya benar-benar memberi ruang padanya
untuk melempiaskan segala keinginananya. Pada malam itu Kamsiah diperkosa
tanpa belas kasihan. Jeritan Kamsiah benar-benar memberi kepuasan pada
seraut wajah lelakinya.

“Sampai hati abang!” Suara Kamsiah yang tenggelam dengan esakan
hanya dipandang dengan sinis. Puas hatinya melihat gadis itu terkulai
layu dalam pelukannya. Kekecewaannya terbalas dan Kamsiah pasti akan
merayu padanya. Kamsiah akan sujud pada kakinya dan meminta dia
bertanggungjawab. Itu yang Ibraheem inginkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience