BAB 9

Drama Completed 253

Namun semuanya berkecai bagai debu berterbangan. Kamsiah bukan seperti
yang disangka. Gadis sepertinya sanggup dihina dan dicaci oleh orang
kampung kerana hamil anak luar nikah. Namanya tidak pernah disebut walau
diasak dengan pelbagai persoalan. Akhirnya Ibraheem masih mampu tersenyum
melihat kebodohan Kamsiah yang hanya menerima setiap kutukan orang.

"Abang, betulkah apa yang Timah dengar? Abang yang menjadi
duri selama ini dengan menyiksa hidup Kamsiah ? Betul atau tidak?" Mak
Timah separuh menjerit. Hatinya meronta-ronta inginkan kepastian. Wajah
adiknya yang berlukiskan kedukaan benar-benar meremukkan hatinya. Dia
yang turut menyiksa adiknya tanpa mencari kebenaran. Dia yang mengguris
hati Raudhah dengan kejam dan yang menjadi gunting dalam lipatan adalah
suaminya.

“Memang abang yang lakukan. Kamsiah yang tidak kisah!” kata-kata
Ibraheem cukup melukakan hati Mak Timah. Dia mengucap berkali-kali agar
kesabaran berpihak padanya. Namun imannya tidak setebal itu. Benteng
kesabarannya hanya sebesar hama. Tanpa disangka pasu yang berdekatan
dengannya dicapai dan Ibraheem menggelepar dilantai. Darah hanyir mula
tumpah menghiasi lantai.

Mak Timah meraung kuat. Wajah adiknya terbayang dimata. Betapa siksa
adiknya menanggung derita dan dia hidup bahagia bersama lalaki yang
menjadi duri didalam hidupnya. Dari jauh kelihatan Mak Kamsiah berlari
keruang laman rumah Mak Timah. Dia mengucap berkali-kali melihat Ibraheem
yang berlumuran darah.

" Kamsiah maafkan Kak Long. Kak Long berdosa pada kau dan Amira.
Ibraheem memang binatang. Maafkan kak Long.” Mak TImah memeluk adiknya.
Air matanya laju membasahi baju Mak cik Kamsiah .

“Kak Long tak salah. Kak Long tak tahu apa yang telah berlaku.
Kamsiah dah lama maafkan Kak Long.” Pelukan Mak Timah dibalas
erat. Seketika Raudhah dan Fateha datang menghampiri.

“Raudhah maafkan Mak Long! Mak Long tidak tahu dan Mak Long
tidak seharusnya menghukum Raudhah Maafkan Mak Long nak!" Mak Timah
memeluk Raudhah yang hanya mendiamkan diri. Wajah Raudhah ditatap lama.
Ada air mata yang bertakung disitu tanpa sedar. Mungkin menangisi nasib
dirinya atau gembira dengan apa yang terjadi kepada Ibraheem .

Tanpa sedar ada senyuman diwajah Raudhah Hatinya puas melihat lelaki yang
menodai emaknya terbaring lesu mengucup lantai.

“Derita pasti dibalas derita!” Bisik Raudhah sambil memandang
Fateha yang terlopong dari tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience