BAB 4

Drama Completed 253

"Kau perempuan Raudhah Kenapa kau nak jadi jantan! Kau tak malu
pada mak ayah kau! Kenapa kau bersikap macam ni?”

"Jangan kau sebut pasal jantan sial tu. Aku benci! Kalau kau
nak berkawan dengan aku, jaga kata-kata kau Fateha .” Raudhah memberi
amaran. Matanya kemerahan menahan marah. Dia melangkah ke bilik dan
menghempas pintu dengan kuat. Tanpa dipaksa air matanya mengalir. Dia
benci pada lelaki itu yang telah memusnahkan hidup emaknya. Maruah
emaknya tercalar dan diragut tanpa rela. Semua orang mencaci dan
menghina. Emak dikatakan perempuan sundal yang hanya gilakan jantan
untuk kepuasan diri sendiri. Mak cik Timah juga memaki hamun dengan
kata-kata yang menyakitkan. Mak hanya diam membisu tanpa kata. Emak
perempuan lemah yang hanya berjuang dalam sendu. Kata emak biarkan
setiap kata-kata orang asalkan kebahagiaan milik mereka bersama.

Ah! apakah Emak rasa bahagia dengan setiap kutukan orang yang
hanya mempamerkan senyumam palsu semata. Di belakang, emak menangis
bagai anak kecil merintih kesakitan hati. Itukah kebahagiaan yang mak
laungkan. Mak mengatakan dia bersyukur wujudnya aku dan emak melahirkan
aku tanpa teman. Emak keseorangan hingga separuh abad hanya kerana
lakaran hitam diwajahnya yang tak mungkin akan padam selagi emak
mendiamkan diri dan enggan mendedahkan kebenaran. Dan aku benci menjadi
perempuan lemah seperti emak dan aku benci pada lelaki yang menjadikan
aku anak haram.

Rasyid.. Suami Mak cik Timah yang bertanggungjawab atas setiap
titis air mata emak. Dia yang menodai emak dan berlagak alim walau
sikapnya seperti anjing kurap. Kata emak jangan biarkan mahligai Mak Cik
TImah runtuh kerana kebejatan suaminya dan emak merelakan setiap
kata-kata Mak Cik Timah. Alangkah tidak adilnya emak pada diri sendiri.
Emak menghukum diri tanpa simpati dan aku yang hanya mampu membesar
dengan titisan air matanya cukup menjadikan aku seorang pendendam.
Rasyid harus merasai erti kesakitan. Saat itu akan tiba juga!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience