BAB 5

Adventure Completed 27271

"Bye, mother!" Aku mencium kedua belah pipi ibu, begitu juga dengan Archon.

"Bye, sayang. Berhati-hati ya." Ibu membalas ciumanku.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Di dunia...

"Oh my god! Bersepahnya rumah kita. Ni mesti kerja budak-budak senget tu." Sophie dan Aael mula membebel apabila melihat rumah kami seperti tongkang-pecah. Aku dan Archon hanya tergelak.

"Thor, bilikmu ada disana ya.." Aael menunjukkan bilik kepada Archon sambil tergelak.

"Ok. Thanks. Sekarang, kita mahu pergi ke mana?" Wah! Pertama kali aku mendengar Archon bercakap dalam bahasa Melayu. Fuh... kacak jer...

"Kita pergi shopping nak? Archon, you teman kami bertiga, ya?" Aael menjeling manja ke arah Archon. Dia mengangguk lalu memimpin tanganku. Aku pula mengejek Sophie dan Aael. Mereka terus menyilangkan tangan mereka.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Luna, cantik tak kasut ni?" Aael menunjukkan sepasang kasut sport berwarna biru dan putih kepadaku. Cantik!

"Cantik! Ada glitters. Berapa?" Aael membelek-belek kasut tersebut untuk mengetahui harga sepasang kasut itu.

"The price is 100 dollars." Archon memberitahu kami.

"Ok. Done! Luna kau nak beli apa lagi? Aku berfikir sejenak untuk pergi ke destinasi seterusnya. Tiba-tiba aku ternampak seseorang di belakang Archon. Kepalaku berasa sangat pening. Aku hampir terjatuh tetapi Archon sempat menyambutku. Sophie pula memegang tangan kananku.

"Kau kenapa Luna? Kau nampak siapa?" Soal Aael sambil memicitkan kepalaku.

"Aku ternampak seseorang di belakang Archon. Muka dia berwarna biru. Terus aku pening kepala." Aael dan Sophie terus memandang antara satu sama lain kemudian mereka memandang ke arah Archon. Aku melihat dia berkerut seperti memikirkan sesuatu.

"Sophie, Aael aku nak jumpa parents akulah. Aku rindulah..." Aael hanya sekadar mengangguk dan blur. Pelik melihat reaksi mereka bertiga.

"Esok kita pergi. Sekarang kita balik rumah dulu." Pelik. Tadi Si Aael dan Sophie ni mahu berjalan-sakan sampai petang tapi jam baru ke angka 1 tengahhari sudah mahu pulang.

"Hmm. Ok." Aku mengangguk lalu Archon dan juga Sophie memimpin tanganku. Macam budak kecil pula. Sukanya!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Di rumah keluarga Luna. (Barkelly Street)

"Mama, I'm home." Aku membuka pintu. Tiba-tiba aku ternampak mama sedang menolak kerusi rodanya. Mama atau namanya Lila Caleswood mengalami kecacatan pada kaki kirinya sejak lahir dan dia tidak dapat berjalan seperti orang biasa. Dia memerlukan kerusi roda untuk menampung dirinya.

"Sayang, mama. Lambat balik? Patutnya minggu lepas Luna dah balik. Risau mama. Kenapa tak call mama?" Wajah mama tampak sangat risau. Serba salah aku jadinya. Aku terus memeluk erat badan mama dan mencium pipinya beberapa kali.

"Sorry, mama. Luna lambat balik sebab temankan mereka ni. Tu busy sikit tak sempat nak call. Sorry ya, mama." Aku memegang tangannya. Wanita inilah yang menjagaku sejak aku masih bayi. Terasa menyesal pula tidak menelefon dia semasa aku berada di negeri Zsolt. Tapi, macam mana mahu membuat panggilan? Dekat sana tiada line. Huu~

"Sayang, ni siapa? Tak pernah mama nampak. Ni mama kenallah. Sophie dan juga Aael." Mama memandang ke arah Archon. Dia memberikan senyuman kepada mama.

"Nama saya Archon, aunty. Saya kawan mereka juga. Kawan baharu..." Fuh! Nasib baik Thor tidak cakap yang dia abang aku. Kalau tak jenuh aku nak menceritakan dekat mama. Dari huruf A hingga Z. Sayang Archon!

"Oh! Marilah masuk. Kebetulan, mama ada masakan makanan kegemaran Luna." Mama menarik-narik lenganku.

"Mama, mana papa? Tak nampak pun dia." Aku mencari-cari kelibat Nike Caleswood iaitu bapaku.

"Papa kamu belum balik kerja lagi. Sekejap lagi baliklah tu. Mari kita makan dulu. Jemput kawan-kawan kamu tu.." Aku mengangguk lalu memberi isyarat kepada mereka supaya mengikut aku ke dapur untuk menikmati hidangan makan petang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience