Argh... aku tersedar daripada pengsan. Kepalaku sangatlah berat. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh dimasukkan ke dalam penjara. Kulihat sebelah Loki juga berada dalam penjara bersebelahan denganku tetapi kelihatan dia masih tidak sedarkan diri.
"Luna, are you awake my dear?" Laufey mendekatkan dirinya pada besi penjara itu. Aku sedikit berundur supaya dia tidak pegang atau mengusap aku.
"Aku dekat mana ni! Lepaskan aku! Kau siapa sampai nak paksa-paksa kitaorang balik dekat pangkuan kau? Jawab!" Aku menjerit sebelah telinganya biar dia pekak. Puas hatiku!
"Sampai hati anak ayah, jerit dekat telinga ayah. Sakit tau!" Laufey menggosok-gosok telinga kirinya.
"Aku tak ada bapak macam kaulah! Penjahat!" Aku menyilangkan tanganku.
"Tak apalah. Luna, duduklah dalam ni sampai Luna minta pertolongan ayah, ya?" Laufey mengenyitkan mata ke arahku. Ergh!
"Tak ada masa aku nak minta pertolongan kau! Aku sanggup mati kering dalam ni!" Aku mengejek Laufey.
"Jangan cakap besar, Luna. Tengok pada skrin ni, ya. Jangan menangis." Aku memandang ke arah skrin yang dikatakan oleh Laufey. Ah! Ibu! Ayah! Archon! Sophie! Aael! Istana kena serang oleh konco-konco Laufey. Sebahagian daripada dinding istana telah pun musnah! Aku terus terduduk. Laufey pula tersenyum sinis ke arahku lalu dia beredar dari bilik penjara.
"Loki... loki..." Terpaksa tanganku mencelah pada besi untuk mengejut Loki. Setelah beberapa minit aku mengejutnya, akhirnya Loki tersedar dari pengsan.
"Aku... aku dekat mana ni? Asal kau ada juga? Menyibuk betullah kau ni." Eh! Sabar sahaja dengan Loki ini, nasib baik aku ni berbaik hati mahu mengejutnya kalau tak... mati kering kau dalam ni! Terus aku menyilang tanganku sambil memikir untuk keluar dari sini. Tak jadi mahu memberitahu Loki tentang Zsolt diserang.
"Ha? Diam pula? Nak cakap apa tadi?" Aku tetap membisu, aku mengangkat punggungku dan mencari-cari idea untuk keluar dari penjara buruk ni!
"Luna..." Suara Loki semakin menggeram.
"Diamlah kau! Kau kata aku menyibuk tadi. So, sekarang pandai-pandailah tahu sendiri!" Aku memperlinya. Loki diam. Hahaha! Akhirnya, aku menang kali ni! Ingatkan tak takut dengan aku. Rupa-rupanya penakut juga...
Bummm....
Aku mengurut-ngurut dadaku akibat terkejut dengan bunyi letupan. Aku memandang ke arah sebelah. Mulutku melopong... pintu penjara Loki sudah bolos. Loki pula sudah terkeluar daripada penjara tersebut.
"Loki... tak akan kau nak tinggal aku keseorangan? Sedihlah aku macam ni dapat abang yang kejam macam kau!" Aku menyilangkan tangan dan mencebik. Sekali lagi bunyi letupan betul-betul dihadapanku. Terkejut! Nak jatuh dah jantung ni...
"Jangan sesekali anggap aku ni abang kau! Faham!" Sampai hati Loki mencekik aku. Lalu Loki menarik tanganku dengan kuat sekali. Rasanya pergelangan tanganku seperti sudah tiada. Sakit! Akhirnya sekian lama, Loki menarik tanganku dilepaskan jua. Pergelangan tanganku kelihatan kebiru-biruan.
"Kalau kau nak mati jangan ikut aku. Cepatlah jalan! Lembap betul!" Loki membebel ke arahku. Aku berhenti sekejap kerana pengelangan tanganku sangat sakit.
Zupp...
Laufey mencampak kami menggunakan kuasanya. Sakit tulang belakangku. Aku ternampak Laufey mahu membaling kuasanya ke arah Loki. Dengan pantas aku menghalang Loki terkena kuasa saktinya.
"No! Loki!" Aku menolak Loki yang mahu berdiri semula. Kuasa Laufey tepat kena pada bahagian belakangku. Aku rebah. Terlalu sakit. Terlalu pedih. Akhirnya, aku memejamkan mata. Terdengar sayup-sayup suara Loki memanggilku. Suaranya sangat cemas.
"Luna... Luna! Wake up! Luna!!!" Loki mengoyang-goyangkan badan Luna. Laufey sangat terkejut. Dengan perlahan-perlahan dia mendekati tubuh Luna yang terbaring kaku. Loki memeluk Luna dengan erat.
"You! You kill Luna! You kill her! You kill her!" Loki menggunakan kuasanya untuk membunuh Laufey. Marah Loki semakin meluap-luap.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Luna... Luna wake up... wake up my dear.." Terdengar bisikan lembut pada telingaku. Terasa seperti seseorang memegang rambut panjangku. Aku di alam mana ni? Kelihatan semuanya putih bercahaya.
"Saya dekat mana ni? Awak! Awak datang lagi?" Tanpa disedari aku memeluk wanita itu. Aku menangis teresak-esak dalam pangkuannya.
"Sayang mama sekarang dekat alam yang sangat indah bersama mama sekarang. Tapi Luna tidak lama bersama mama hanya sebentar sahaja kerana kamu masih memakai rantai yang mama berikan." Wanita itu membelai rambutku lembut lalu dia mencium kedua-dua belah pipiku.
"Betul ke awak ibu saya? Kenapa awak begitu lain daripada saya? Kulit awak berwarna biru seperti Laufey! Ya! Laufey! Musuh negeri Zsolt.Adakah awak seperti Laufey juga?" Aku menolak tubuh wanita itu.
"Ya sayang. Tapi mama tak sekejam seperti ayah kamu, sayang." Wanita itu terus memelukku erat.
"Apa bukti awak ibu saya? Dan apa bukti Laufey ayah saya?" Aku terus menangis. Tiba-tiba wanita itu memegang kepalaku lalu dia menyuruh aku memejamkan mata.
Share this novel