Uwekk...
"She's so cute, Evinda." Aku terlihat seorang wanita terbaring baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan comel tetapi kulitnya berwarna biru. Wajah bayi itu seiras-iras aku. Adakah itu aku?
"What's her name, Evinda?" Frigga bertanya kepada Evinda.
"Luna... Luna Pearl..." Wanita itu tersenyum sambil mengucup dahi bayi itu. Aku terkejut. Nama itu... nama itu nama aku! Maknanya bayi itu ialah aku! Tetapi bagaimana aku boleh bertukar kepada kulit manusia?
"Frigga, can you help me?"
"What, Evinda?"
"Can you call, Erick?" Belum sempat Frigga memanggil suaminya. Erick sudah terpacul di hadapanya.
"What do you want, Evinda?" Dengan muka sombong Erick bertanya kepada wanita itu.
"Can you change her? Like you change Loki? Please, Erick. I will get out from the Zsolt. Please.." Wanita itu merayu kepada ayah. Tiba-tiba bunyi letupan dari dalam bilik itu. Muncul Laufey bersama konco-konconya.
"Evinda! Let's go back. Please... I want you and our children." Laufey merayu-rayu kepada wanita itu.
"No! I will never go back with you. Enough what are you do it to me." Aku ternampak ibu membawaku bersama Loki dan Archon ke atas.
Nampaknya keadaan semakin rumit. Wanita itu rebah di atas lantai, darah melimpah keluar di atas lantai. Laufey mahu membunuh Erick tetapi kuasanya terkena pada bahagian perut wanita itu. Aku terkejut. Sangat terkejut! Laufey terus menghilangkan diri. Disitu jugalah aku ditukar kepada kulit manusia dan ayah memberikan aku kuasanya. Sebab itulah ayah mengharap untuk aku meneruskan generasi Zsolt ni.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Luna dah faham, sayang?" Aku memandang lama wajah mulus wanita itu. Tidak kusangka dia adalah ibu kandungku. Maknanya aku keturunan Laufey. Aku? Aku anak Laufey?
"Mama, sayang Luna... Walaupun mama tak pernah jaga Luna dari kecil. Mama sentiasa ada disini." Dia meletakkan tangannya pada dadaku.
"Mama... maknanya Luna ni keturunan Laufey?" Akhirnya terlepas juga dari mulutku menyebut perkataan "Mama" pada dia. Kelihatan mama tersenyum manis.
"Akhirnya, Luna dah faham. Mama gembira sangat. Ya, sayang. Tetapi keturunan Perllin sudah hampir pupus. Kamu adalah yang terakhir. Manakala abang kamu, Loki kedua yang terakhir. Sebenarnya ayah kamu dulu sangat baik orangnya, dia jadi begitu disebabkan oleh keluarga mama. Datuk kamu amat benci kepada ayah. Semakin lama, ayah kamu mahu membelot semua kuasa keturunan Perllin. Dari situ dia mula menjadi jahat. Mama sangat sayangkan dia tetapi mama tak menyangka dia akan berubah sebegitu.
"Mama... Luna nak ikut mama..." Aku memeluk mama seerat-eratnya.
"Tak boleh sayang. You're still alive. Luna, jangan bunuh ayah kamu, sayang. Sedarkanlah dia. Jagalah ayah dan Loki untuk mama sayang. Luna satu-satunya keturunan terakhirnya. Mama sayang Luna... beri air ini pada ayah, ya." Pandanganku semakin kabur.
Akhirnya aku kembali ke dunia nyata. Aku ternampak Loki sedang membelasah Laufey dengan teruk sekali. Aku harus menghentikan Loki.
"Loki, berhenti. Berhenti..." Aku menahan Loki dari terus membelasah Laufey. Kelihatan Laufey seperti nyawa-nyawa ikan. Aku harus menyelamatkannya.
"Luna, kau hidup?" Takku sangka Loki memelukku. Sampai aku terangkat dibuatnya. Kuat betul Loki ni...
"Dia ayah kita. Walaupun dia jahat dia tetap ayah kita. Ayah minum air ni." Aku memberinya air dari pemberian mama tadi. Aku memangkunya, mukanya habis berlebam-lebam. Loki kelihatan terkejut akan reaksiku.
"Luna apa kau buat? Dia bunuh kau tadi! Kenapa kau tolong dia?" Muka Loki bertukar kepada muka yang paling bengis yang tak pernah aku lihat.
"Nanti aku cerita dekat kau. Sekarang kita kena keluar dari sini dulu. Tempat ni Zsolt dah serang semula. Mereka tak tahu kita ada di dalam. Jom cepat..." Aku memapah ayah yang kelihatan sangat lemah akibat dibelasah teruk oleh Loki. Fuh... bahaya juga Loki apabila dia sedang membara.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Luna! Kau selamat bersama... Loki." Apabila aku sampai di istana Zsolt, Aael terus menerjah aku.Nasib baik tak terkejut. Sempat lagi Aael menjeling ke arah Loki.
"Asal kau bawa balik musuh kita ni? Kau dah kena pukau ke apa?" Giliran Sophie pula menerjah aku.
"Nanti aku cerita, sekarang teman aku pergi bilik rawatan. Cepat!" Aku membesarkan mata supaya mereka mendengar cakap aku.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Apa! Laufey buruk tu ayah kau?! Kau biar betul? Bukan ke ayah kau Si Erick tu? Heh! Tak percayalah aku. Aku tak kisah yang kau dengan Loki adik-beradik kandung." Sophie dan Aael serentak menyilangkan tangan mereka. Aku sedikit tergelak melihat reaksi mereka. Aku memejamkan mata lalu aku bertukar kulit asalku.
"Argh! Luna! Kau... kau..." Sophie jatuh pengsan manakala Aael melopong mulutnya.Laa... kasihan Sophie sampai pengsan dia tengok aku. Memang sah aku ni buruk.
"Luna... tak payahlah kau tukar kulit kau dekat depan diaorang ni..." Loki menepuk bahuku. Tersentak aku dibuatnya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Selesai makan malam bersama keluarga. Aku terus menuruni anak tangga ke bawah tanah. Aku pergi menjenguk ayah yang dikurung di dalam penjara bawah tanah. Aku membuka pintu tersebut. Kelihatan ayah sedang tertidur sambil berdiri. Tubuhnya agak lemah. Kasihan aku melihat tangan dan kakinya digari. Perlahan-lahan aku cuba untuk membuka gari-gari ditangan ayah. Sebelum itu aku sudah pastikan pintu itu sudah terkunci rapat dan pedang kuasaku tergantung pada bahagian pinggangku.
"Luna..." Setelah aku membaringkan ayah,ayah mula bersuara. Suaranya agak lemah. Aku mengendahkannya, aku pergi ke kabinet untuk mengambil ubat-ubat dan kit keselamatan yang sudah tersedia di dalam penjara itu. Penjaga penjara langsung tak kasihankan ayah. Luka-luka ayah tidak dirawatnya. Tahulah ayah orang jahat. Hmm....
"Luna..." Sekali lagi aku terdengar ayah memanggilku. Ketika itu aku sedang merawat lukanya. Tiba-tiba ayah memegang tanganku. Aku tersentak, terus aku menarik tanganku. Setelah selesai merawat aku memberi ayah makan dan minum. Selepas semuanya siap, aku minta diri untuk balik ke bilikku.
Jam sudah menunjuk ke angka 12 tengah malam. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Aku asyik terfikirkan ayah yang berada di penjara bawah tanah. Selama sejam aku memikirkannya, akhirnya mataku dapat dilelapkan juga.
Share this novel