BAB 7

Adventure Completed 27271

"Luna... bangun sayang..." Terdengar bisikan suara seseorang pada telingaku. Suaranya sangat lembut. Aku pun mencelikkan mata, kelihatan seorang perempuan tersenyum ke arahku. Aku terkejut lalu aku berundur ke belakang. Kulit perempuan itu berwarna biru, matanya pula warna merah. Amat mengerikan!

"Awak siapa? Saya tak tahu awak! Jangan kacau saya..." Aku menolak-nolak tubuh birunya itu. Dia tetap mendekati aku lalu perempuan itu mengusap lembut rambutku.

"Ini ibu kandung Luna, sayang... semasa kamu dilahirkan, kulitmu juga berwarna biru, sayang..." Hampirku tidak percaya perempuan berkulit biru ini adalah ibu kandungku. Masakan dia ibu kandung aku pula? Ibu aku bernama Frigga.

"Maaf sangat... ibu kandung saya hanya Frigga bukannya awak..." Suaraku diperlahankan, takut dia berkecil hati.

"Tidak mengapa. Saya faham. Suatu hari, kamu akan tahu siapa saya, sayang... pakailah rantai ini. Ia akan melindungi kamu, sayang... Mama sayang Luna." Setelah dia memakaikan aku rantai yang diberikan kepadaku. Perempuan itu semakin lama semakin berundur dan pandanganku mula kabur.

"Oi Luna... bangun... Archon nak buat meeting." Aku menggosok-gosok mataku. Ngantuk benar! Sophie yang mengejutkan aku tadi hanya menggelengkan kepalanya. Sophie membaling tuala kepadaku dan menyuruhku cepat.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Lambat betul kau ni, Luna..." Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas kerusi, Archon mula memarahiku.

"Alah, jangan marah-marah abangku sayang..." Aku mengenyitkan mata ke arah Archon yang sedang membuat muka masam. Loki hanya pandang serius ke arahku. Terus kecut aku melihat wajahnya.

"Dah-dah jom mula... Sekarang ni kita nak meeting mengenai musuh kita tu... agak-agaknya kita serang dulu ke?" Bermulalah mesyuarat itu. Tiba-tiba kami terdengar bunyi letupan dari luar istana. Cepat-cepat kami berlari menuruni anak tangga dan keluar dari istana itu. Kelihatan dua buah kapal mendarat di hadapan istana kami.

"Itu... itu kapal konco-konco Laufey! Cepat, bersedia..." Archon menjerit menyuruh kami bersedia untuk menentang Laufey dan konco-konconya yang sudah keluar daripada kapal-kapal mereka. Thor sudah bersedia memegang penukul kuasanya begitu juga yang lain. Aku pula memegang pedang kuasaku, "The Golden Cresent".

"Hello, people of Zsolt. I'm back..." Laufey melambai-lambai kepada kami lalu dia tersenyum sinis.

"Can I meet my daugther and my son? Luna and Loki... are you here, my sweeties?" Aku dan Loki memandang antara satu sama lain. Aku menguatkan lagi peganganku pada pedang kuasaku.

"Who are you!? You're not my father! Erick is my father!" Aku menjerit sekuat hatiku. Laufey pula ketawa apabila aku memberitahu Erick ayahku. Sempat pula dia ketawa, aku dahlah sedang membara ni.

"He's not your father, my sweetie. I'm your real father! I'm! Not Erick! He lies to you. He lies! He kill Evinda! Your real mother!" Bergema-gema suara Laufey memberitahu segala-galanya. Aku dan Loki terkejut. Tiba-tiba Ibu datang memapah ayah yang kini lemah.

"Not my husband, Laufey! You kill Evinda! You're cruel! Tell the truth to the kids! Now!" Ibu pula bercakap kepada Laufey. Otakku semakin kusut. Mana satu yang benar? Mana satu ibu dan ayah kandungku? Siapa!?

"Siapa ibu dan ayah kandung, Luna? Ha? Mother? Father? Who? Please tell me the truth, please.." Aku menangis teresak-esak. Archon memelukku erat.

"Aku! Aku adalah ayah kandung kau! Ibu kamu mati dibunuh oleh dia!" Laufey menunjuk ke arah Erick. Loki pula memegang kepalanya. Keadaan semakin parah! Parah!

"Come Luna. Come with me.Sudah 16 tahun ayah menunggu kamu, Luna. Ayah nak bawa balik anak-anak ayah, Loki dan Luna. Marilah..." Laufey mendepakan tangannya menyuruh aku dan Loki kembali ke pangkuannya. Aku tidak pasti sama ada dia ayah kandung ataupun tidak? Fikiranku kusut.

"Attack!" Tiba-tiba Laufey menyeru agar konco-konconya menyerang istana Zsolt. Aku bersedia bersama pedangku. Sedangku berlawan bersama konco-konco Laufey. Aku terasa seseorang menarik lenganku dan tiba-tiba mataku berpinar-pinar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience