“Maaf encik Adam, saya tak dapat selamatkan isteri encik..apa-apa encik boleh tanyakan pada nurse didalam..encik boleh masuk sekarang..dan salam takziah dari saya.” dengan lembut doktor tersebut terangkan pada Adam. Dan doktor tersebut terus berlalu pergi kerana dia masih banyak kerja untuk hadapi setiap hari. Adam yang terkejut terus jatuh kelantai dan menangis semahunya. Setiap mata yang memandangnya penuh dengan simpati. “Lily kenapa tinggalkan abang, kenapa pergi bawa anak kita sekali…Lily balik la….” Raung Adam yang seperti orang gila. “encik nak masuk ke tak?? Nak tengok isteri encik buat kali terakhir ke tak??? Kalau tak nak kami ...