“ Lily, esok ada orang yang akan masuk meminang kau, kau terima je, kau jangan banyak songeh tak nak la apa la, aku dah terima pinangan orang tu… kau hanya setuju je esok.. yang lain aku tak nak ambil tahu. Faham ke tak ni??” jerit maklong dari bawah dan Lily hanya menyorok disebalik pintu rumahnya.
“ maklong, nenek meninggal belum sebulan pun lagi, jangan la buat macam ni pada Lily, Lily tak nak kahwin.. Lily belum bersedia lagi, Lily pun muda lagi, tahun ni Lily baru 19 tahun maklong, tolong la..” rayu Lily disebalik pintu.
“Aku tak nak dengar semua tu, yang aku tahu kau berambus dari pandangan mata aku..aku tak nak tengok kau lagi lepas ni… dan tanah rumah ni aku nak jual… kau pandai-pandai la ikut laki kau nanti” marah maklong dengan sepuas hatinya.
“tolong Lily maklong, Lily tak nak kahwin…” menangis si anak yatim piatu dengan sedihnya, hidupnya sentiasa dilanda masalah selepas nek Milah meninggal kerana angkara maklongnya..satu-satu masalah yang datang.
Ke esokkan harinya.
“ Assalamualaikum, kami dah sampai…” bunyi panggilan dari bawah…
“ masuk lah, silakan naik.. jemput semua, maaf la rumah kampung je, tak besar macam rumah di Bandar..” seloroh maklong Piah pada tetamu yang datang.
“ala, biasa jelah, kami pun asal dari kampung juga, tapi kerana kerja di bandar harap maklum la, rumah bandar lain sikit jela…tapi suasana kampung juga yang seronok…hahaha..” balas en. Amin.
“ betul tu pn. Piah, kami ni hanya duduk je kat Bandar tu untuk kerja, apa-apa kampung juga dihati kami ni, betulkan bang…hihi” sampuk pn. Suraya.
“ betul tu, kalau semua dah ada, boleh la ye kita mulakan dengan majlis kita yang sebenarnya ye… nak kami panggil nak saudara kesayangan kami keluar untuk sarungkan cincin ke? Masalah hantaran ke apa ke seperti yang kita bincang sebelum ni la ye…” ujur maklong Piah pada en. Amin dan pn. Suraya.
“ boleh-boleh panggil la dia keluar, tak sabar nak tengok bakal menantu saya ni bang, saya dengar dari orang kampung katanya cantik lemah lembut, sopan lagi…” dengan sabarnya pn. Suraya ingin melihat bakal menantunya.
“ kejap ye… saya pergi panggil…” dan maklong Piah berjalan ke dalam bilik yang Lily duduk, dan melihat Lily sudah siap sepenuhnya.
“kau jangan nak malukan aku, kau ikut je apa yang aku dah pesan dengan kau semalam, kalau kau buat perangai siap la kau nanti, kau senyum..aku tak nak tengok muka masam kau tu…” bisik maklong Piah pada Lily yang berjalan beriringan dengannya.
“ ni la anak saudara satu-satunya yang kami ada, dia adalah kesayangan kami semua, sebenarnya kami beart hati nak lepaskan dia..tapi kami pun tak mampu nak bagi dia kemewahan yang sepatutnya dia dapat, kami miskin…sekadar cukup makn, cukup pakai je encik puan…” katanya sambil memegang tangan Lily, tapi dia bukan hanya memegang tapi menekan dengan sangat kuat untuk Lily ikut dalam lakonannya.
“ Ya Allah, canttiknya awak sayang… secantik nama awak LILY AMANDA…meh sini mama nak pakaikan awak cincin, cantikkan bang, bertuahnya anak kita dapat isteri yang cantik…” puji pn.Suraya sambil mencuit suaminya….
“ ye betul, Alhamdulillah… semua dah selesaikan, selepas ni panggil je kami ni papa mama, jangan segan-segan, anggap je kami macam orangtua kamu ye Lily” sungguh bersemangat en. Amin dan pn .Suraya bila melihat bakal menantu yang cantik… ye betul-betul cantik…sungguh indah ciptaan Allah pujinya dalam hati.
“maknanya kita kira lagi sebulan la ye urusan perkahwinan mereka, segala belanja perkahwinan kami akan tanggung, dan wang hantaran kami akan bagi sebanyak 15 ribu lagi sebagai tambahannya. Cukup ke pn. Piah dan en. Kamal???” Tanya en. Amin pada maklong dan paklong Kamal….
“ cukup-cukup…cukup sangat” balas maklong kerana baginya dengan duit yang sebelum ni en. Amin dan pn.Suraya pernah bagi 5 ribu untuk persiapan tunang, dan tambah lagi 15 ribu itu cukup untuk gelapkan mata hitamnya sekejap.
“Kalau begitu kami bergerak balik dulu ye Lily, nanti kami datang lagi… jemput Lily sebagai menantu kami…” ucap pn.Suraya pada Lily yang hanya mampu tersenyum, dan sedih disebalik topeng wajahnya..
Baginya kahwin yang di aturkan adalah perkahwinan sebagai perjudian, antara bahagia ataupun derita. Kita tak mampu untuk memilih, tapi kita mampu untuk bertahan jikalau kita adalah insan yang kuat.
Setelah bersalam dengan semua, dan keluarga belah pihak lelaki bergerak pulang terdengar jeritan maklong pada Lily…
“ apa kau bodoh ke tadi, sepatutnya bila dia cakap fasal duit tu kau cakap la tak cukup, kau nak buat beli baju kahwin lagi, nak bagi aku lagi sebagai pengasuh kau ni..apa la bebal sangat kau ni…” marah maklong baginya Lily sangat menyusahkan.
Lily hanya menangis, lagi la membuatkan maklong naik hantu, dan dia menunjal-nunjal kepala Lily, bila Lily mengelak lagi la dia berang.
Share this novel