“ Nek dah la tu, jom la balik rumah.. Lily dah penat la, matahari pun dah terpacak atas kepala.. esok kita sambung lagi toreh getah ni ye.. tak kan habisnya hari ni kita nak buat semua sekali gus…” pujuk Lily pada neneknya yang sedang menorah getah diladangnya.. walaupun tak banyak tapi cukup untuk mereka berdua buat makan hari-hari.
“Yela-yela, dah jom balik…bagi nenek air sikit..kering pulak tekak ni.. panas betul cuaca hari ni ye Lily.. minta-minta esok pun kita dapat la menorah getah lagi..kalau hujan sayang nanti getah skrapnya cair tak jadi…” omel nek Milah sambil minum air yang dibawa sebagai bekalan.
“ tula la nek, panas betul hari ni.. dah cepat naik motor ni.. Lily nak balik masak pula, tak kan ank bagi nenek masak pula kan.. Lily masak lagi sedap betul tak nek???” gurau Liliy di atas motor sambil senyum-senyum sendiri.
“ yela kau memang pandai masak, kalau kau tak belajar sekarang bila lagi, nenek ni dah tua, bila-bila je Allah boleh ambil nyawa nenek ni…” pujian ikhlas dari nek Milah. Dan dia juga takut kalau dia tak panjang umur siapa yang akan jaga Lily nanti…
Lily adalah anak yatim piatu yang mana ibu dan ayah meninggal dunia ketika turun pergi kerja dihospital. Ibu dan ayahnya adalah doktor hospital kerajaan. Selain nek Milah, Lily masih ada ibu saudara iaitu kakak ibunya, maklong Piah, paklong Kamal dan sepupunya Imran dan Nana.
Tapi mereka semua bencikan Lily kerana nek Milah lebih sayangkan Lily dari mereka..kerana nek Milah tahu.. mereka hanya inginkan duit yang socso bagi pada nek Milah setiap bulan, sedangkan yang layak dapat duit itu Lily dan bukannya mereka. Bagi mereka duit tu untuk mereka kerana Lily dan nek Milah hanya orang tua dan cucu yang bodoh tak pandai gunakn duit tersebut. Sedangkan nek Milah simpan duit itu untuk kegunaan Lily dikemudian hari, kalau umurnya tak panjang.
Rumah mereka hanya selang dalam 3 biji rumah dari rumah nek Milah.. mereka hanya datang bila tahu nek Milah dan Lily menjual getah skrap, hari itu mereka akan ulang ke rumah nek Milah selagi belum mendapatkan duitnya. Susah bila ada suami tapi pemalas, hanya tahu ambil hasil dari orang lain. Selain kerja malas, paklong Kamal juga kaki lepak kedai walaupun tahu duitnya tak ada. Dan hasilnya dia akan pukul maklong Piah selagi belum dapat duit dari nek Milah.
“ nek jom makan..harini Lily masak kari ayam kesukaan nenek, nek makan banyak-banyak.. kalau tak Lily merajuk tak nak duduk dengan nenek lagi…” usik Lily sambil sendukkan lauk kari ayam ke dalam pingan nek Milah…
“ ye nenek makan banyak-banyak kali ni, mana la tahukan ni kali terakhir nenek dapat makan masakkan kau, kot-kot la kau kahwin cepat ke nenek pergi dulu ke, taka da nenek kempunan semua tu…” usik nek Milah pada Lily…dalam nadanya nek Milah kedengaran sangat sedih yang tak terucap…
“ apa ni nek, depan rezekikan jangan la cakap macam tu, sedih Lily tahu tak…Lily tak nak berpisah dengan nenek. Lily ada nenek je kat dunia ni, Lily tak tahu apa akan jadi kalau nenek tak ada disisi Lily..” dalam menahan air matanya yang akan gugur bila-bila masa je, Lily terpaksa kuatkan hati jangan bagi nek Milah nampak kesedihannya… cukup sekadar hatinya yang menanggung sendiri…
Nek Milah sudah cukup susah hidupnya dengan kehilangan anak dan menantu sekali gus, ditambah anak dan menantu yang pentingkan diri sendiri lagi, bukan ditolong orang yang susah ni, tapi ditambah bebannya pada nenek yang tua ni.
Apalah dosa si tua ni semasa hidupnya, dari muda sampai tua hidupnya penuh dengan derita.. dan suaminya juga dulu adalah orang kuat dikampungnya, sebagai ketua kampong.. tapi hidupnya hanya pentingkan dunia, hidup nek Milah dimadukan sehingga dia dibuang oleh suaminya kerana tak melahirkan anak lelaki, sehinggalah akhir hayat suaminya dia seperti orang yang tak berguna, segala harta suaminya yang muda miliki kerana lahirkan anak lelaki yang ramai.
Tapi nek Milah tetap maafkan dan redha atas segala ujian dia terima, baginya harta dunia hanya sementara, tapi harta akhirat adalah utama.
Dan sekarang nek Milah hanya mahu menjaga amanah yang ditinggalkan oleh arwah anak dan menantunya, dia hanya mahu buat yang terbaik selama dia hidup. LILY AMANDA adalah harta yang tak ternilai baginya.
Share this novel