“ Alhamdulillah semuanya sudah selesai, semoga ikatan perkahwinan anak-anak kita berkekalan hingga ke akhir hayat mereka…Aminn….” Ucap syukur en. Amin pada hari perkahwinan anak lelaki tunggalnya.
“ Adam, lepas ni kena jaga Lily dengan sebaiknya, sekarang dia adalah tanggungjawab kamu, bimbing dia ke arah jalan yang diredhai untuk kukuhkan lagi ikatan perkahwinan kamu ni…dan sekarang kamu ni dah jadi suami orang, perangai tu kena la ubah sikit” en.Amin sempat berpesan pada anaknya yang sedang sibuk melayan telefonnya dari tadi..
“ erm…apa-apa la papa, perkahwinan ni pun papa dan mama yang nak kan, buka nya Adam yang inginkan, Adam pun tak kenal siapa budak ni, dah la budak kampung…” Marah Adam pada papanya.
“ Ish kamu ni tak baik cakap macam tu, Lily nama dia, bukan budak kampung..dah pergi panggil dia ajak balik dengan kita kat rumah kita sana…kat sini dia tiada siapa-siapa…” penuh sopan en.Amin menegur perangai anaknya.
“mamanya jom ajak menantu awak siap-siap, kita nak gerak selepas asar nanti…saya dah suruh anak awak jaga perangai dia dengan Lily tu, tapi tak tahu la dengar ke tak…nanti awak tegur-tegur la sikit perangai anak awak tu, dia dah jadi suami orang dah pun” nasihat en. Amin pada isterinya, kadang dia geram sangat dengan perangai anak laki tunggalnya.. hidup tak ada arah tuju…macam jasad tanpa roh.
“Lily jom sayang balik rumah kita, rumah papa mama…sana ada ramai orang..” ajak pn.Suraya.
Lily hanya menganguk sambil mata melilau mencari suaminya..yang hanya sibuk dengan telefon nya di tangan.
Sesudah sampai kerumah, pn.Suraya menunjukkan bilik dia dan Adam… besar, sebesar rumah yang mereka duduk bersama arwah nek Milah sebelum ni… tetiba dia teringatkan nek Milah… nek, Lily dah kahwin..papa mama baru Lily baik sangat..mereka sayang Lily… macam nenek sayangkan Lily sebelum ni…
Waktu solat maghrib Lily hanya bersembahyang didalam bilik yang dia huni bersama dengan Adam…
suaminya Adam, dia belum bertegur dengan suaminya. Suaminya hanya mengelak dari bercakap dengannya, dan hanya ada telefon didepannya. Tapi papa mamanya sangat sayangkan dia.
“ woi turun la makan, mama papa aku tunggu kau, tak kan baru 1 hari kau dah nak jadi boss dalam rumah ni…apa kau lupa ke asal usul kau tu.. dasar budak kampung…” jerkah Adam pada Lily yang baru siap bersembahyang dan tengah membaca doa.
“ Errrr… kejap saya turun, saya nak habiskan doa saya kejap….” Ucap Lily dalam ketakutan..
“ kau nak berdoa apa??? bagi kau kaya, kau dah dapat apa yang kau nak kan?? Dah kahwin dengan orang kaya pun…” perli Adam yang melihat Lily masih berdoa di atas sejadah….
Lily hanya diam, hanya menahan air matanya dari gugur, dia tak nak dihari perkahwinan dia, dia mulakan dengan kesedihan. Lily hanya tersenyum dan membuka telekung sembahyang dan lipatkan didalam sejadah….
“ abang tak nak solat dulu ke? Nanti terlepas pula” ajak Lily pada suaminya.
“ apa yang kau sibuk sangat fasal solat aku ni?? Aku solat ke tak ke itu masalah aku…kau jangan pandai-pandai nak ajar aku…!!!” Adam yang mula naik hantu mehempas pintu biliknya…
Lily sedikit tersentak dengan kelakuan Adam yang menghinanya di hari pertama pernikahan mereka.
“ maaf buat semua menunggu, Lily solat maghrib dulu tadi…takut tak semapt kalau makan dulu…
ucap Lily yang ketakutan…sambil matanya melihat suaminya.
“ tak apa, solat je dulu..itukan yang paling utama.. makan kemudian pun boleh…nanti lepas makan kita solat isyak sama-sama, Adam kamu pun join sama..jangan nak merayap keluar malam ni.. start esok kita akan makan malam selepas kita solat maghrib dulu semua boleh???” Tanya en.Amin pada anak dan isterinya.
“ elok la tu bang, sempat la kita solat berjemaah sama-sama, makan pun sama-sama…keluarga kita dah bertambah…Lily jangan segan-segan, buat je macam rumah sendiri lepas ni, kita semua 1 keluarga.” Dengan lembut pn.Suraya bercakap dengan suaminya dan anaknya…
Sekarang dalam hati Lily, dia akan jadikan mak mertuanya sebagai contoh seorang isteri yang mithali.
Share this novel