BAB 2 KEHILANGAN

Family Series 10995

“ nek bangun nek, dah subuh ni…bangun la cepat kan terlepas subuhnya, nenek main-main dengan Lily ke ni, bangun la nek…nek…nek…kenapa tangan nenek sejuk??? Nek jangan main-main…jangan takutkan Lily, kejap lagi dah nak siang, nanti terlepas subuh…nek bangun la…” raung Lily dalam hening subuh…

Lily tahu neneknya telah tiada…dan lepas ni dia dah tak ada tempat bergantung. Nak harapkan maklong Piah jauh sekali untuk tolong dia…

“terima kasih semua yang sudi datang ziarah mak saya..” menangis maklong Piah bila ada yang datang ziarah arwah maknya, dia harus berlakon sedih yang teramat untuk dapatkan perhatian orang kampung kerana mereka datang membawa duit sebagai sedekaah untuk keluarga si mati. Dia harus mainkan peranannya dengan lebih baik..

Sedangkan Lily hanya berada dihujung dinding rumah papan yang dia dan nek Milah duduk sebelum ni untuk menahan tangis dan membaca surah Yassin untuk arwah neneknya. Kerana sebelum nek Milah dikebumikan orang terlalu ramai dan padat didalam rumah, ini semua kerana hayatnya nek Milah adalah orang yang sangat rendah hati, dan tak akan mencari musuh. Dan sentiasa ke surau untuk sembahyang dan membaca A’quran bersama-sama kawan suraunya.

Setelah selesai semuanya, orang kampung pun beransur pulang selepas balik dari kubur, Lily terdengar bualan antara maklong Piah dan suaminya tentang duit yang dia dapat, kononya dapat la dia bayar hutang di kedai yang selalu paklong Kamal lepak, dan hutang barang dapur yang maklong Piah berhutang di kedai runcit dikampungnya. Lily sangat sedih bila tahu mereka hanya buat-buat sedih atas kehilangan nek Milah, bertapa terlukanya hati yang mendengar.

“ Lily, lepas ni kebun getah yang kau dan mak toreh sebelum ni aku nak, kau pandai-pandai la cari kerja lain nak sara hidup kau nanti, jangan minta duit dengan aku sudah, kau kan dah dapat banyak yang mak aku bagi kau sebelum ni…dan rumah ni kau duduk la sementara aku belum fikir nak jual ni, tapi lepas aku fikir nak jual kau kena keluar dari rumah ni…aku tak nak bela kau ye, aku tak hidup aku susah kerana kau, kau tu pembawa sial, kalau buka kerana lahirkan kau, adik aku tak akan meninggal!!!. Semua salah kau, adik aku mati sebab kau, mak aku mati pun sebab kau, kau memang pembawa sial….” Jerit maklong Piah pada Lily yang hanya mampu menangis, Lily sangat terasa hati bila maklong Piah cakap dialah segala punca kematian semua…

Hanya dengan air mata yang mampu Lily luahkan bertapa sedih hatinya bila dihina seperti dia adalah yang mecabut nyawa ibu ayah dan neneknya…

“ maklong apa dosa Lily sampai hati maklong cakap macam tu, Lily tak pernah sakitkan hati sesiapa pun, nak sakitkan hati maklong lagi la Lily tak berani… Lily hanya nak tumpang kasih sayang maklong je, ye dulu Lily ada nenek, tapi sekarang Lily hanya ada maklong je, tolong jangan buat macam ni pada Liliy maklong… Lily tak nak duit maklong, Lily hanya minta maklong bagi sedikit belas kasihan maklong pada Lily…” dalam sedu Lily memohon untuk secebis kasih dari maklongnya.

“ kau memang pandai cakapkan patut la mak aku dulu sayang gila dengan kau, apa yang kau cakap semua mak aku ikutkan, langsung tak bantah. Memang dasar anak sial… kau tahu la nasib kau nanti bila kau melawan kata aku nanti, dah jom abang kita balik kesian anak-anak kita lapar, kita bawa dia orang makan kat bandar hari ni..” jerit maklong Piah pada suaminya yang merokok di tepi rumah untuk berjaga-jaga kalau ada yang datang dan mendengar semua amaran yang isterii dia ucapkan tadi kepada Lily.

“ jom…hahhh kau Lily kau dengar tak apa yang bini aku cakap tadi tu?? Kau jangan buat-buat tak dengar pula, kalau bini aku tak berani nak buat kau, aku berani..kau tu anak yatim tak ada yang akan kisahkan kau pun, hidup ke mati ke apa…jom Piah..” jerit paklong Kamal pada Lily yang hanya menunduk melihat tanah… bertapa kejam nya setiap ucapan yang mereka keluarkan dari lidah yang tak bertulang.

Lily hanya mampu melihat mereka berlalu dengan motor buruknya, dan hatinya terus menangis kerana kehilangan yang besar baginya, kerana kehilangan ibu dan ayah dia sebelum ni dia masih sangat kecil… dan dia belum sempat kenal siapa ibu dan ayah dia, dia hanya sempat bermanja hanya 5 bulan sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience