Hidden: 2

Romance Series 1165

Kaki melangkah laju menuju ke perpustakaan. Dahi yang berpeluh aku lap menggunakan hujung baju. Semput jugalah nak berjalan dari kelas ke perpustakaan ini.

Belum kira bahagian merempuh lautan manusia yang berpusu-pusu di tangga tadi. Ugh, aku tak suka tempat ramai orang ni.

Aku teruskan langkah tanpa menghiraukan manusia sekeliling. Sales itu mula pukul 3:30 petang, sekarang dah pukul 3:20 petang. Memang ada lagi sepuluh minit, tapi dari kelas aku nak ke perpustakaan bukannya sekangkang kera.

Perpustakaan terletak di blok Bright. Kelas aku pula di blok Cloud. Blok Bright dan Cloud pula dipisahkan dengan Blok Sun, Blok Star, dan Blok Moon. Bayangkanlah, tiga blok itu pula ada 10 bilik dengan arah mengufuk.

Imaginasikanlah berapa jauhnya aku kena menyusun langkah. Tapi, demi buku, demi sales, aku gagahkan juga.

Sambil bermonolog dalaman, tanpa aku sedar akhirnya kaki mula menapak menaiki tangga. Aku jatuhkan pandangan ke hujung kasut sebelum mengangkat kepala kembali dan mendonggak.

'Perpustakaan Glorious Of Us'

Aku tersenyum puas. Terasa pengorbanan merentas tiga blok tadi berbaloi, terus aku panjat tangga yang pertama. Alhamdulillah, mungkin arkitek bangunan ini dulu ada beri cadangan dekat pengasas sekolah agar tangga untuk ke perpustakaan dikurangkan.

Kalau betul, aku berterima kasih sangat-sangat untuk dia!

Anak tangga ke sepuluh berjaya dipijak. Ini anak tangga terakhir. Fuh, berbaloi Hazel, berbaloi!

Nafas yang tak teratur akibat daripada aku yang gopoh dan perjalanan yang jauh cuba diatur kembali. Tak lama, bibir melakar senyuman lagi.

Mata aku terus melekat pada pintu masuk perpustakaan. Nampak tak ramai orang, kasut pun tak banyak lagi je. Taknak membuang masa, aku mulakan langkah.

Selangkah langkah kaki dicipta, pesak baju kurung aku ditarik dari tepi yang menyebabkan langkah aku bertukar arah.

Terpusing saja badan aku ke tepi, satu figura tinggi menyapa pandangan aku. Oh, okey. Tinggi aku cuma paras bahu dia je. Bila berdiri depan dia macam ni, apa yang aku nampak tanpa mendongak hanyalah dadanya.

Oleh itu, kepala aku terdongak dan anak mata aku bertemu dengan anak matanya yang turut sama memerhati aku.

Aku terkaku.

Jeda.

Aku pandang dia dan dia pandang aku. Okey.. sekarang ni kita memang nak main lawan mata ke macam mana?

Belum sempat aku tanya soalan itu, dia matikan sunyi antara kami dengan menarik hujung lengan baju aku dan meneruskan langkah. Tangga yang aku panjat untuk ke perpustakaan juga kami lalu. Bermakna.. sia-sialah usaha aku panjat tangga ni beria-ria tadi huh?

"Eh, eh. Kejap. Kau ni siapa?"

Tak boleh jadi ini. Bila dah melibatkan perkara yang mensia-siakan usaha aku, aku kena protes!

Tangan aku rentap daripada tarikannya. Dahlah sukahati je nak tarik-tarik orang, tak cakap pula tu nak pergi mana. Lagi teruk, aku tak kenal pun dia siapa. Aish, Hazel, macam mana kau boleh ikut dia ni tadi?

Dia berhenti ditempat terakhir dia melangkah dan berpusing ke belakang. Ke arah aku. Pandangan matanya bertemu dengan pupil milik aku dan dia.. diam.

"Hei!" jari aku petik dihadapannya.

Seolah tak terkesan, dia kekal statik dan wajahnya masih tidak beriak. Astagfirullahalazim, geram pula kita!

Malas nak melayan, aku tukar hala tuju kembali ke arah perpustakaan. Belum sempat aku melangkah, dia bersuara.

"Hazel, err.. hmm, aku.. er.."

Aku pusing menghadapnya semula dan menunggu bicaranya dihabiskan.

"Aku.. sebenarnya.."

"Eh, Uwais! Pergh, dia ni. Orang pesan suruh bawa balik anak dara orang. Kau tercegat apa kat sini? Dah macam nak mengurat--"

Ppap!

"Woi! Sakitlah!" seseorang yang baru tiba dengan selamba tanpa salam tadi mengadu sakit sambil menggosok kesan tepukan daripada manusia yang menarik aku tanpa alasan itu.

"Aku taknaklah mencarut. Jadi kau diam eh, Harraz. Aku dah cakapkan aku taknak buat benda ni tadi."

Kemudian, manusia yang digelar 'Uwais' tadi mula memutarkan matanya ke atas. Tanda menyampah dengan kawannya yang dipanggil Harraz itu.

Dan.. aku disini seperti tunggul.

"Ehem.." aku berdehem sebelum menunduk memperbetulkan kaca mata sendiri. Bila kepala didonggakkan kembali, dua pasang mata jatuh merenung aku.

"Korang ni siapa? Aku tak faham."

Bernoktah saja soalan aku, Harraz mula menghalakan pandangannya ke arah Uwais. Uwais juga berbuat perkara yang sama dan mereka saling merenung antara satu sama lain.

Agak lama untuk aku yang nakkan jawapan sekarang sebelum kedua-duanya mula mengjungkitkan bahu sendiri.

Aku ternganga. Seriuslah?

"Whattheheck"

"Chop chop chop.. Hazel.. no cursing here." Harraz tayang senyum.

Aku termalu sendiri sebelum ternganga buat kali kedua. Dia tahu nama aku? Kali ini, baru aku perasan yang tadi, Uwais juga ada menyebut nama aku.

"Korang tahu nama aku?"

"Of course!" Harraz menjawab laju.

Belum sempat aku soal, Harraz mula mengaduh sakit lagi selepas lengannya ditepuk buat kali kedua dengan Uwais.

Aku syak Uwais ni Thor kot. Sakit betul gayanya Harraz tu kena tepuk.

"Hm, Hazel. Ikut kitaorang dululah. Nanti kitaorang explain. Boleh?"

"Haa, betul tu Hazel. Ikut kitaorang dulu okey. Kitaorang janji tak buat apa-apa. Kitaorang berdua budak baik. Lagi-lagi Uwais ni, dia dulu budak.."

Ppap!

"Uwais Luqman! Sakitlah gila."

"No cursing, Harraz," jawab Uwais dengan tanpa nada sebelum menapak mencipta jarak antara kami.

"Fuh, sabar Harraz. Nanti ada chance kau tampar dia habis-habis okey. Okey, Harraz. Sabar."

Aku hanya memerhati Harraz yang mula bercakap dengan dirinya sendiri sambil memandang tajam ke arah Uwais yang semakin menjauh. Nampak sangat tak puas hatinya tu. Aku rasa kalau dia dapat Uwais ni, memang boom!

"Er, ehem. Harraz?"

Dia terdiam dan mula berpaling pada aku. "Eh, ha. Hazel, jomlah."

Aku angguk sedikit sebelum mula mengikut langkah Harraz yang masih lagi tak puas hati dengan Uwais.

Apa-apa je diaorang ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience