Hidden: 6

Romance Series 1165

"Hazel.. dah sampai ni. Bangun.."

Terasa badan sendiri ditolak, mata aku buka perlahan. Wajah Uwais menyapa pandangan aku.

"Huh?"

"Dah sampai rumah kau dah ni. Sini, turun," kerusi dihadapan aku ditundukkan sebelum dilipat ke hadapan.

Aku masih lagi berdiam diri. Mata sendiri aku tenyeh menggunakan hujung jari. Otak masih sedang cuba memproses segala apa yang berlaku.

Uwais pandang aku pelik. Tapi tak pula dia paksa aku turun. Hanya memerhati aku yang masih kabur fikirannya dengan apa yang jadi.

Lama berdiam diri, aku mula menangkap apa yang jadi.

Ah sudah..

"Weh, aku tidur ke tadi?" Uwais yang masih setia berdiri di pintu kereta menunggu aku untuk turun, aku soal.

Uwais angguk. "Ya. Ni dah sampai rumah kau ni. Sini, turun cepat."

Eh? Macam mana..

"Ye je..," aku mula menyuarakan keraguan aku. "Mana pula kau tahu rumah aku, kita baru jumpa hari ni kot," aku sambung lagi.

"Kau tak ingat ke Hazel?" Uwais menyoal tenang. Seolah tak ada apa yang berlaku. Aku tak faham macam mana dia boleh setenang tu. Tak takut ke bawa lari anak dara orang?

"Ingat apa pula?"

Uwais tergeleng perlahan. "Seriuslah tak ingat?" dia menyoal kembali.

Eh, engkau ni..

Kang ada yang makan penumbuk malam-malamni..

Walaupun sakit hati, kepala aku gelengkan juga. Masih memandang Uwais, Uwais pandang aku semula. Lama. Seperti dia sedang berfikir sesuatu dan berharap apa yang difikirnya tu, aku boleh baca.

"Haih, tak apalah. Dah, sini, turun cepat. Ehhh, ni dah kali ketiga tau aku suruh kau turun. Kang aku kunci dalam kereta biar lemas baru tahu," dia mula berundur ke belakang sedikit, memberi ruang untuk aku turun daripada kereta.

Aku pandang dia semacam sebelum pandangan aku meliar ke sekeliling.

Ah, Hazel.. kenapalah 'pandai' tu tak boleh simpan sikit?

"Hm, dah percaya dah ni rumah kau?" Uwais menyoal tiba-tiba.

Pandangan aku kembali kepada dia. Satu jelingan tanda menyampah aku berikan dan Uwais tergelak.

Dah kenapa mamat ni..

"Weh, Uwais! Apa weh kau buat lama-lama ni.. kitaorang suruh kejutkan Hazel je. Bukannya mengurat dia."

Harraz yang datang entah dari mana mula membebel. Uwais mula mengalihkan pandangannya kepada Harraz sebelum Harraz mengaduh sakit kerana lengannya ditumbuk Uwais.

Terasa dejavu.

Aku terus menggeleng laju. Tiba-tiba rasa 'pandai' yang terlebih tadi memalukan aku. Betullah apa yang Uwais cakap tadi, ini memang kawasan taman perumahan aku.

Cuma.. macam mana diaorang tahu?

Laju, tangan aku menggali beg sekolah sendiri mencari telefon. Telefon aku onkan dan..

..kelakarnya! Telefon aku habis bateri!

Ugh! Tahan diri, Hazel. Jangan mencarut, jangan!

Bagi menahan kehendak diri daripada melakukan dosa itu, aku mula bangun dengan keadaan membonggok sedikit sebelum menuju ke pintu.

Harraz dan Uwais yang masih sedang berdebat aku abaikan. Jejak saja kaki ditanah, angin sejuk malam menampar lembut pipi aku sehingga awning tudung aku turut terusik. Mata aku terpejam rapat.

Tenang. Sekurang-kurangnya aku rasa tenang selepas apa yang berlaku hari ini. Terselit rasa bersyukur. Allah masih mengurniakan aku rasa tenang macam ini.

"Hei, Hazel.."

Mata aku terbuka perlahan. Wajah Aiddan menyapa pandangan aku. Kening aku terangkat, menunggu dia menyambung katanya.

"Tu, abang kau dah tunggu dalam rumah tu.."

Terasa darah aku mula menghilang. Abang? Dah tunggu? Serius ke Aiddan ni? Dia kenal ke abang aku yang mana? Fuh, bertenang Hazel, bertenang.

Aku mula menarik nafas perlahan dan menghembusnya kembali. Okey, Hazel. Jangan gelabah. Aiddan sebut 'abang', bukan 'abang-abang'. Mungkin cuma Abang Izz.

"Terima kasih hantarkan balik," aku mula menyusun kata untuk menghargai perbuatan Aiddan. Wajah Aiddan aku pandang.

Dia gelak sekejap sebelum menjawab, "sama-sama. Alhamdulillah, nasib baik sempat sebelum pukul 10."

Senyum kekok terlakar dibibir aku.

Satu saat..
Dua saat..
Tiga saat..

Ugh! Awkwardnya! Kenapa macam ni.. tak suka betul!

Untuk menghapuskan rasa kekok yang aku tak suka ini, aku mula bersuara lagi, "aku masuk dulu."

Aiddan hanya menggangguk kecil. Tangan kanannya diseluk ke dalam poket seluar sebelum pandangannya terasa kepada Harraz dan Uwais yang masih 'berperang' di belakang.

"Weh! Koranggggg.. sampai bila nak gaduh?" Aiddan mula menapak ke arah mereka. Telinga Uwais dan Harraz ditarik supaya keduanya menjauh antara satu sama lain.

Harraz mula mencebik, bahu Aiddan dipukul sekali. Manakala Uwais pula masih dengan cool vibesnya, dia mula menayang muka malas nak layan.

Seperti Uwais, aku juga malas nak layan drama Tv10 yang tak cliché tapi entah apa-apa itu. Langkah sendiri aku bawa menuju ke pintu rumah.

Jantung aku mula berdetak laju. Dalam hati, aku mula berharap supaya hanya Abang Izz yang masih berjaga. Walaupun.. itu mustahil sebab sekarang baru pukul sembilan malam.

Alah! Kalau tak tidur pun, aku harap abang-abang aku yang lain keluarlah. Duduk lepak dekat kedai mamak ke, pergi main futsal ke.. takpun, main badminton.

Pintu rumah yang disalut dengan cat berwarna putih itu aku pandang. Lama sebelum aku rasa yakin nak pulas tombol pintu.

Alahai Hazel.. sampai bila nak tercegat depan pintu rumah sendiri ni..

Aku mula mengeluh. Penat melayan diri sendiri yang tahap overthinking  terlalu hebat. Kepala aku geleng sekali sebelum jemari aku balutkan disekeliling tombol pintu dan dipulas.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumusalam, Hazel.. baru nak balik?"

Gulp..

Kenapalah lain yang aku seru namanya, lain pula yang muncul ni..

"Hahahaha..," aku ketawa kekok. "Abang Am.. bila balik?" kepala aku tertunduk ke bawah dengan anak mata yang mengintai wajah Abang Am sikit-sikit.

"Petang tadi. Kita balik nak jumpa dia dulu, eh dia pula tak ada. Baik-baik rasa nak ajak pergi kedai buku, terus malas," Abang Am mula bersandar pada dinding pintu.

Jemari aku naik menggaru pipi yang tidak gatal, "hehehe..," aku ketawa tak bersalah pula. "Maaflah, ada hal sikit tadi."

"Siapa budak-budak lelaki tu?" Abang Am mula menyoal tiba-tiba. Rajuknya tadi seperti lebur sekelip mata.

Damn! Ingatkan tak perasan..

"Er.. kawan?" jawab aku perlahan tapi dengan nada seakan menyoal kembali. Riak muka Abang Am mula berubah tegang.

Liur sendiri aku telan.

"Ye ke kawan? Hazel tahukan, Abang dah cakap dah jangan.."

Belum sempat Abang Am menghabiskan bebelannya, aku potong.

"Ya, betul. Kawan je. Kawan baru since Leia dah pindah. Okey kan?" aku menjawab malas. Nada suara sendiri sebolehnya aku keraskan. Sebut nama Leia pun boleh buat aku sebak sekarang ni.

"Leia pindah?" Abang Am menyoal balik dengan nada terkejut. Sesaat, nadanya berubah lembut kembali, "haih, dahlah. Sini, masuk dulu. Dah malam ni. Nanti cerita dekat abang okey?"

Aku mengangguk. Kaki mula mencipta langkah longlai. Aiddan, Harraz dan Uwais yang berada di kereta aku abaikan.

Mengantuk..

"Eh, kenapa?" Abang Am mula menyoal selepas aku menghulurkan tangan.

Kepala aku terdongak memandangnya sebelum riak annoying aku sajikan. Abang Am ketawa perlahan sebelum huluran tangan aku disambut. Laju, aku bawa pautan tangan kami tadi ke hodung sendiri.

"Ingatkan dah lupa nak salam abang..," mukanya dimimikkan dengan mimik sedih. Aku mencebik.

Abang Am ketawa lagi.

"Ehem.. sweetnya abang dengan adik ni. Tahulah kita ni, adik-beradik semua lelaki. Janganlauh buat kita cemburu dekat sini.."

Riak wajah aku berubah sebelum kepala aku tertoleh ke kiri. Punca suara sumbang.. maksud aku, suara entah siapa-siapa tadi datang.

"Bisinglah kau Mika. Auta je lebih.."

Mika mula tersengih tak bersalah.

Mika?

Mika yang dengan aku tadi? Macam mana dia boleh masuk rumah ni?

"Mika?"

Perhatian Mika beralih kepada aku.

"Macam mana kau boleh masuk rumah ni?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience