Hidden: 4

Romance Series 1165

Pandangan aku buang ke luar tingkap. Mulut sendiri aku diamkan. Malas mahu bertanya lagi sebab jawapan yang dibagi akhirnya menyakitkan hati aku juga.

Anak mata aku ligat memerhati kereta-kereta yang melintasi kereta Alphard yang dipandu Aiddan. Bukan sebiji dua, banyak pula tu. Takut aku, dia orang ni bawa kereta ke nak berlumba sekali?

Nak kata Aiddan bawa perlahan, tak.

Mungkinlah. Nak intai meter, jauh sangat. Aku bukannya ada keturunan zirafah pun. Kalau tak, adalah kot peratus besar kemungkinan untuk aku ada leher panjang.

Taknak fikir tentamg hubungan keturunan aku dan zirafah, mata aku jatuh pada Harraz dan Uwais yang duduk diseat tengah dan mereka.. tidur.

Bila perhatikan lama-lama, comel pula. Tadi gaduh bukan main, anak mata tu kalau boleh nak terkeluar asyik duk jeling-jeling. Ini tidur boleh terlentok-lentok dekat kawan sendiri.

Astagfirullah.. Hazel. Apa kau ni? Perhati anak teruna orang pula.

Aku duduk diseat belakang sekali. Takkanlah sebelah Aiddan pula. Kalaupun sebelah dia tak ada orang, aku tetap akan pilih untuk duduk belakang.

Tak selesa.

Untuk seat di sebelah pemandu, baru aku tahu waktu aku dan Uwais 'berdebat' tadi, Aiddan rupanya sedang menunggu seseorang.

Kalau ikut apa yang aku dengar, diaorang panggil dia, Mika.

Zip beg aku buka dan telefon dikeluarkan. Button On-Off disisi kanan telefon ditekan dan terpampanglah wajah kacak seseorang yang aku jadikan wallpaper. Automatik, bibir aku mengukir senyum

Hailah.. rindu.

Ibu jari aku seretkan diatas skrin telefon mengikut pattern password sendiri.

Unlock!
Sekali lagi aku tersenyum. Ibu jari mula mengusap wajah-wajah yang aku jadikan wallpaper itu. Dengan gaya kasual miliknya, cukup buat aku jatuh cin..

"Hey, Hazel. Are you okay?"

Suara Aiddan menyentakkan aku. Senyuman aku mati sebelum kepala aku angkat memandang hadapan. Anak mata aku dan Aiddan bertemu di cermin pandang belakang kereta.

"Huh? Ha, okey je."

"Yeke?"

Kang ada juga mata aku yang terkeluar asyik menjeling orang aje harini. "Ya, betullah."

''Habistu duk tersengih-sengih macam kerang busuk tu kenapa?"

Hah?

"Mana ada aku senyum," aku mula cuba menegakkan benang yang basah.
"Alah Hazel.. senyum-senyum tengok siapa tu?" Aiddan masih lagi mengusik aku.

"Diamlah. Bawa jelah kereta diam-diam," fokus aku kembali pada telefon sendiri.

"Kalau diam-diam macam mana nak bawa kereta?" Aiddan masih tak berputus asa.

Kali ini, pakej dengan ketawa milik seseorang sebagai musik latar belakang. Mungkin Mika sebab Harraz dan Uwais masih tidur.

Kepala aku terangkat semula dan seperti tadi, anak mata aku bertemu dengan anak mata miliknya di tempat yang sama.

Muka menyampah aku tayangkan dan gelak Aiddan terhambur.

"Okey, Hazel. Okey. Aku bawa kereta diam-diam okey. Tapi kalau terlambat sampai airport lepastu terlepas flight Leia aku tak tahu tau!"

Gelaknya semakin galak mengganti galak milik Mika yang diam tiba-tiba. Dari sini melalui cermin pandang belakang, aku boleh nampak muka Aiddan yang semakin galak memerah.

Kalau waktu lain, mungkin aku boleh puji dia comel dengan muka merah sebab ketawa macam ini. Tapi bukan sekarang..

Aku terdiam sebelum aku dengar suara milik Mika yang seakan berbisik dengan jemarinya yang sibuk mencuit Aiddan supaya berhenti ketawa.

"Aiddan. Weh.. kau dah terlepas cakap."

Ketawa Aiddan mati.

"Leia? Dia nak pergi mana?"

Dan soalan daripada aku itu juga mengejutkan Harraz dan Uwais yang baru terjaga.

"Weh, Hazel.. kau dengan Mika pergi cari sebelah sana. Aku dengan Uwais pergi sebelah sini," Harraz yang masih berlari, mula memberi arah tuju untuk kami.

Aku angguk sedikit sebelum mengikut langkah Mika yang sudah mula berlari ke arah yang diberi Harraz tadi.

"Hazel, nampak dia tak?" Mika mula berhenti berlari. Dia berdiri tegak dengan sebelah tangannya ditahan pada dinding.

Langkah sendiri turut terhenti. Sejujurnya, nafas aku sendiri juga hampir hilang. Untuk soalan Mika tadi, aku menggeleng perlahan.

"Sempat lagi nak cari dia.. jangan risau.."

Padangan aku jatuh pada lantai. Aku mula rasa give up. Tengok Mika yang dah 'semput' mencari nafas pun, aku jadi serba salah.

"Hei, Hazel. Jom.."

Ajakan Mika mula tenggelam dari deria pendengaran aku. Fokus aku kini sepenuhnya pada lantai kerana ada..

..sepasang kasut seseorang yang berhenti. Tepat dihadapan aku. Pandangan aku mula dihiasi dengan sneakers hitam oren.

Dan sneakers hitam oren itu.. aku kenal.

"Hazel.."

Kepala aku terdongak sebelum mata aku terpasak pada wajah empunya kasut tadi.

"Leia.."

Leia balas panggilan aku tadi dengan satu senyuman manisnya. Pengelangan tangan aku ditarik dan digenggamnya. Matanya jatuh pada genggaman tadi dan dia tersenyum sendiri.

"Hazel.. listen to me first okey? I know how do you feel right now. I'm sorry..," matanya masih setia pada pegangan tangannya pada pergelangan tangan aku.

"I'm sorry.. I can't tell you about this earlier. I tried, but I can't. I know, this sounds cliché. But yah, sometimes cliché could happens in our real life," Leia tergelak kecil.

Pandangan aku mula kabur dengan air mata.

Pegangannya dkeratkan sebelum dia menyambung lagi, "aku tahu, kau jenis yang dengar explaination someone dulu baru jugde. That's why, aku berani buat macam ini."

Dia pandang aku sekilas sebelum pandangannya jatuh merenung tangan kami lagi.

"Aku tahu, aku pernah janji untuk sentiasa ada dengan kau lepas apa yang jadi dulu. Aku minta maaf, aku tak boleh tunaikan janji tu sekarang.."

Dada aku sesak. "Leia..," suara aku mula terketar-ketar memanggil namanya. Tubir mata yang mula sarat dengan air mata aku biarkan.

"Hazel, jangan nangis. Kau buat aku tak kuat nak pergi," pegangannya pada tangan kiri aku terlepas. Jemarinya naik mengusap air mata aku yang jatuh ke pipi.

Bibir sendiri aku gigit. Badan yang mula mengigil kerana sarat dengan pelbagai rasa, aku tahan.

"Kenapa.."

"Leia Arissa!"

Suara seseorang dari arah belakang Leia menyentakkan kami berdua.
Dada aku semakin sesak.

"Arissa! Cepat!"

"Ya abang. Sekejap!"

Ya. Itu abang dia.

Muka abangnya yang memerah itu aku pandang. Dan pandangan aku tadi dibalas dengan satu jelingan tajam daripadanya.

Satu fakta menarik tentang abang Leia adalah.. dia tak suka Leia berkawan dengan aku.

"Rissa nak cakap dengan Hazel sekejaplah!" suara Leia mula mengeras membalas ajakan abangnya tadi apabila abangnya kini sudahpun, berdiri disebelahnya.

Ya. Sambil aku dan abangnya tadi berbalas jelingan tajam, dia juga mula mengatur langkah ke arah kami. Lebih tepat, ke arah Leia.

"Tak ada, tak ada. Cepat. Kau nak kena tinggal ke?"

"Sejak bila Rissa nak ikut?"

"Arissa.." suara abangnya mula mengeras. Mukanya semakin memerah menahan marah.

Melihatakan situasi itu, aku buat keputusan untuk menarik tangan yang masih dipegang Leia.

Leia tampak tersentak. Bibirnya terbuka sedikit untuk bertanya mungkin, tapi terhenti apabila abangnya mula menembak das-das katanya untuk aku.

"Haih, sedar diri pun."

"Abang!"

"Leia..," aku cuba mengendahkan kewujudan abangnya yang sengal itu dan mula memanggil Leia.

Leia pulangkan fokusnya kepada aku. Senyum aku ukirkan dan kepala aku tergeleng kecil, tanda yang dia tak perlu 'berdebat' dengan abangnya.

"Tak apa. Pergilah.."

Leia mula memandang aku lama. Satu anggukan aku beri untuk menyakinkan dia yang aku 'okey'. Walaupun hakikatnya, beribu rasa sedang membadai jiwa aku.

"Dahlah. Jom Arissa. Dia dah halau kau dah pun kan.."

"Abang!" Leia mula memandang abangnya tajam. "Sekali lagi abang ganggu Hazel bercakap, serius Rissa takkan ikut pergi Bangkok!"

"Ingat mummy dengan daddy nak bagi Rissa tinggal sini sendiri ke?" abangnya masih tak berputus asa.

Leia mula mengeluh. Aku tahu, Leia takkan boleh membentak kalau perkara itu melibatkan mummy dan daddynya..

Maksud aku.. siapa je boleh.

"Abang pergi sana sekejap. Bagi Rissa cakap dengan Hazel. Sendiri. Sekejap. Berdua je!"

"2 minutes only."

Abangnya mula menyusun langkah menjauh dari kami.

Pergi saja abangnya, Leia capai tangan aku semula. "Hazel, I'm sorry, I can't explain now. Aku janji, ada masa aku call kau.."

Dia jeda sekejap sebelum menyambung, "jangan risau. Ada orang jaga kau dekat sini. Aku tak timggalkan kau sorang-sorang. Kalau tak aku tak tenang.."

Gelak kecil aku terhambur. "Apa kau ni, Leia? Aku dah besar okey. Aku tahulah jaga diri.."

"Ah, tak! Aku bukan baru kenal kau semalam," Leia putarkan bola matanya ke atas.

"Kau mesti tak kenal diaorang. My bad, aku pun tak pernah kenalkan diaorang dekat kau. Maaf!" Leia tayang senyum tak bersalah.

Aku masih diam. Mata ligat memerhati segala tingkah Leia. Nanti, mengarut dia inilah yang aku rindu. Entah bila nak jumpa lagi..

"Boys!"

Aku masih leka memerhati Leia yang sedang memanggil entah siapa-siapa itu.

"Korang tahukan..,"

Mata aku masih pada Leia. Takutnya aku nak lepaskan dia..

Dia masih nak berkawan dengan aku ke kalau dekat Bangkok, dia ada kawan baru?

Aku tahu pemikiran aku mungkin nampak ketinggalan zaman. Tapi..

"Arissa!"

Aku tersentak.

"Ah, damn!" Leia mula menyumpah sebelum fokusnya diberi sepenuhnya kepada aku.

"Hazel.. aku pergi dulu," jemari aku digenggam erat. "Jangan nangis. Jangan sedih. Aku tetap aku, walaupun kita jauh seribu batu."

Gelak kecil aku terhambur lagi, "Leia!"

Dia sengih sekejap sebelum mula menarik aku ke dalam pelukannya, "aku sayang kau. Jaga diri."

"Puteri Leia Arissa!"

Pelukannya dilepaskan dan dia mula mengundur. "Satu-satunya janji yang aku akan pegang dan tunaikan, aku tetap aku, walaupun kita jauh seribu batu. Pegang janji aku tu tau, Hazel!"

Dia berhenti melangkah dan menyambung lagi kata-katanya, "kalau waktu kita jumpa lagi nanti, aku berubah. Tampar je aku tau!"

Aku tersenyum mengiakan sebelum mengangguk laju. Bibir sendiri aku gigit menahan tangis yang hampir terhambur.

Aku taknak buat Leia rasa serba salah..

"Bye!"

Figura Leia mula tenggelam dalam lautan manusia yang ada.

"Bye.." balas aku dengan nada yang hanya aku dengar.

Pandangan aku mula kabur sebelum telinga sendiri menangkap jeritan seseorang memanggil nama aku dan semuanya gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience