Hidden: 5

Romance Series 1165

Jemari aku mengurut pelipis sendiri bagi melegakan kepala yang terasa berdenyut. Mata masih terpejam erat. Dahi aku mula berkerut menahan sakit kepala.

"Hei, Hazel. Dah sedar?"

Suara lelaki?

Tak tunggu lama, mata aku terbuka besar. Tindakan refleks, aku mula bangun daripada pembaringan dan duduk tegak 90°.

Klinik?

"Eh.. eh, Hazel.. jangan bangun mengejut macam tu terus. Tak elok," suara tadi meneruskan bicaranya.

Kepala aku tertoleh ke kiri. Punca datangnya suara tadi.

"Kau okey tak? Kakak Aiddan kata kau demam.. aduh!"

"Kau kenapa, Harraz?" manusia yang menepuk bahu Harraz tadi menyoal.

"Apa yang kenapanya? Ish!" Harraz mencebik. Bahunya digosok kasar, mungkin bagi mengeksperasikan rasa geramnya.

"Kau dah tahu dia demam, lepastu tanya lagi dia okey ke tak? Sah-sah dahlah dia tak okey."

"Diamlah, Mika," Harraz mula bangun daripada duduknya. "Baik aku keluar cari Kak Dina."

Harraz atur langkahnya menuju ke arah pintu dengan bibir yang dicebik. Masih merajuk dengan Mika.

Mika pula tayang muka riak tanda dia menang perdebatan tak rasmi tadi. Harraz balas kembali dengan jelingan mautnya sebelum dia keluar.

Ada-ada je diaorang ni..

Aku mengeluh. Tapak tangan sendiri naik menekap dahi. Panas sikit aje pun. Beria betul cakap aku demam. Harraz ni memang suka auta lebih ke eh?

Berdiam diri melayan rasa sakit kepala, aku kembali tersedar.

Ya Allah!

"Mika! Sekarang ni pukul berapa?" kepala aku terus terdongak memandang Mika yang masih setia berdiri di tepi katil aku.

Dahi Mika berkerut. Pelik dengan reaksi aku tapi matanya tetap bergerak mengerling jam tangan miliknya sebelum menjawab persoalan aku, "enam petang."

"Weh.. telefon aku mana?" aku mula gelabah. Ini kalau abang-abang aku tahu ni, habis..

"Hei, Hazel.. tenang. Kenapa macam gelabah sangat-"

Belum sempat Mika menghabiskan ayatnya, aku potong.

"Memang aku gelabah lah! Dah pukul enam kot. Family aku.."

"Assalamualaikum.."

Bahana potong ayat orang.. kan ayat sendiri dah kena zass juga! Walaupun ayat aku di'zas'kan, bibir tetap laju menjawab salam dengan nada perlahan.

Beri salam itu sunat. Jawab salam itu wajib.

Anak mata aku bergerak ke muka pintu. Mika yang tadinya berdiri menghadap katil aku juga sudah bertukar arah ke arah yang sama dengan aku. Dia juga menjawab salam.

"Boleh akak masuk?" wanita tadi mula menutur katanya. Kepalanya hanya tersembul di pintu sementara badannya masih terlindung.

"Eh Kak Dina ni. Masuk ajelah. Patient akak ni dah sedar dah. Lepastu mengelabah. Lepastu..," Mika mula memandang aku dan aku balas dengan pandangan berapi.

Akhirnya, dia diam.

Wanita yang digelar Kak Dina oleh Mika itu mula tergelak kecil. Sopan. Langkahnya diatur lembut menuju ke katil aku.

"Hei, Hazel. Am I right?" bibirnya yang dioles dengan sedikit lipstick berwarna merah hati merekah dengan senyuman.

Aku angguk. Turut sama tersenyum.

"Hazel demam ni. Tu yang Aiddan bawa ke sini. Nama akak, Aiddinah. Boleh panggil Kak Dina je."

Aku angguk lagi. Dalam diam, anak mata aku juga ligat memerhati dirinya. Cantik, dengan tudung ungu cair yang dipadankan dengan blouse hitam yang labuh serta skirt pleated berwarna putih. Dia nampak.. simple yet still stunning. Dilehernya, ada tergantung stetoskop.

Aku mula mengaguminya dalam diam. Namanya cantik, secantik orangnya. Bekerja pula tu. Aku mula tertanya sama ada dia single ke taken.

"Hazel.. apa pandang akak macam tu?"

Suara Kak Dina menarik aku ke alam realiti semula. Dia sudah tersenyum malu, mungkin kerana aku yang terlalu nyata memerhati dia atas bawah.

Huh, Hazel. Kenapa rasa macam 'pervent' tiba-tiba ni..

Aku hanya tergeleng dengan senyuman kecil. Mika yang masih berada disini, seperti tiada.

Kak Dina hanya membalas dengan senyuman kecil sebelum dia sambung lagi.

"Hazel nak solat dulu? Dah asar dah ni.."

Allah!

"Oh, ya. Nak kak," aku angguk laju.

"Hazel dah rasa okey? Kalau dah, kita boleh pergi bilik solat di belakang. Kalau tak, akak bawakan keperluan solat ke sini," Kak Dina mula menekap tapak tangannya di dahi aku.

"Okey dah kak," aku tarik senyum lagi.

"Okey, kalau macam tu.. jom. Kita ke belakanglah."

Aku terus melabuhkan kaki ke tepi katil sebelum kasut sekolah sendiri disarung. Seterusnya, langkah Kak Dina aku ikut.

Mika?

Dia masih setia di dalam bilik. Sebelum aku keluar, aku nampak dia berjalan menuju ke sofa dan duduknya dilabuhkan.

Malas nak berfikir, aku terus menarik fikiran sendiri supaya waras. Dalam kepala dah merancang apa yang perlu dilakukan selepas solat.

Solat. Lepas solat, kita balik!

Ya, balik!

—-

"Assalamu'alaikum Warahmatullah..," kepala aku tertoleh ke kanan sebelum ke kiri pula dengan lafaz yang sama.

Selesai memberi salam, tapak tangan aku mula meraup lembut muka sendiri. Sefaham aku, amalan ini cuma sunat.

Kak Dina yang berada dihadapan aku sebagai imam aku pandang. Dalam dia, aku mengaguminya lagi. Dia doktor yang berjaya. Ada klinik sendiri. Tapi masih, dia ingat pada Penciptanya.

Dia seolah-olah ada kedua-duanya. Seimbang. Ilmu duniawi dan ukhrawi. Aku kagum lagi.

"Ya Allah, budak ni.. memang suka mengelamun ya?" suara Kak Dina menyentakkan aku.

Laju anak mata aku mencari wajahnya. Kak Dina sudah menukar arah duduknya menghadap aku. Pandang saja, aku tersengih malu, "maaf kak."

Kak Dina tergelak kecil, "tak ada apa pun. Nak minta tadah tangan je. Akak nak baca doa ni. Aminkan tau!"

Bersungguh dia menyuruh. Akhirnya, aku yang tergelak kecil, "baik kak!"

Dia tersenyum dan mula menghadap kiblat kembali. Walaupun suaranya perlahan membacakan doa, aku masih dengar. Perlahannya cuma perlahan yang membuatkan doa itu hanya aku dan dia yang dengar.

Aku aminkan setiap doanya.

"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar.."

Tak lama selepas itu, Kak Dina mengaminkan doanya dan diikuti aku. Dia mula berpaling ke belakang lagi dan tangannya dihulur.

Salam.

Aku sambut.

"Alhamdulillah, demam Hazel dah kebah dah. Kalau tak tadi, gelabah Si Aiddan tu, nak suruh pergi hospital terus..," Kak Dina mula menjulingkan matanya. "Tak percaya dia dengan kakak dia yang cantik ni! Geram betul akak."

Ketawa aku pecah. "Akak..," dan aku sambung gelak.

"Betul! Dia punya gelisah tadi. Nak aje akak tampar. Huh..," tangannya disilang ke dada. Mukanya dicemberutkan. Ketawa aku kekal galak.

"Hm, sukanya dia gelakkan akak.. kesian akak..," Kak Dina masih dengan rajuk palsunya.

Aku tergeleng perlahan dengan ketawa yang masih tersisa.

"Manislah Hazel ni. Ada lesung pipit pula tu," jarinya laju mencucuk lekuk di pipi kanan aku.

Aku tersengih lagi entah untuk kali yang keberapa, "ada sebelah je kak. Sebelah kiri ni tak nampak sangat pun."

"Tapi tetap nampak manis! Kalau kekal sampai dah tua nanti, fuh..," Kak Dina mula menayang muka teruja. "Nampak muda ajelah!"

Gelak kami berdua terhambur.

Tiba-tiba, tawa Kak Dina terhenti dan seri wajah gembiranya diganti dengan muka terkejut.

"Allah! Hazel..,"

Tawa aku mati. Aku mula curious seiring dengan overthinking. Kenapa? Dia ada pesakit ke? Ke.. aku ambil masa dia untuk berborak ni lama sangat? Mesti dia banyak kerja..

"Omooo! Hazel! Cepat siap, Hazel. Matilah akak macamni..," dia mula kalut-kalut bangun dan sejadah coklatnya dilipat.

Melihat tindakannya, aku turut serta. Sejadah ungu yang digunakan tadi aku lipat. Sambil itu, aku berkira-kira sama ada nak bertanya kenapa atau tak.

Nak tanya, aku takut digelar penyibuk.

Tak tanya.. ugh! Tak bolehlah.

Aku terlalu tertanya-tanya untuk tak bertanya pasal ni.

"Hm, akak? Kenapa? Akak ada patient ya? Maaf, Hazel ambil masa.."

"Eh, tak tak! Apa pula ambil masa akak. Akak free je ni. Klinik dah tutup pukul lima tadi. Malam nanti pukul lapan baru buka balik," Kak Dina menjawab soalan aku sambil tangannya lincah memasukkan telekung pada hanger sebelum digantung ke dalam sebuah almari.

Walaupun ini cuma bilik solat, biliknya besar dan selesa. Kemas sangat. Rasanya kalau nak solat jemaah dan jemaahnya lebih daripada 10 orang pun, masih muat.

Suara Kak Dina menyambung sebabnya mula kedengaran lagi, "cuma.. tadi Aiddan ada pesan suruh cepat sikit. Dia nak hantar Hazel balik. Dia kata, dah janji dengan Hazel nak hantar sebelum pukul 10 malam.."

Telekung yang aku guna tadi juga aku sangkut didalam almari. Telinga masih menangkap setiap satu butir perkataan daripada Kak Dina.

"Aiddan ni, jenis kalau dia kata nak cepat, kenalah cepat. Dia tak suka tunggu orang lama-lama.."

Dan jawapan Kak Dina tadi itu juga melajukan pergerakkan aku.

Oh Hazel.. takkan baru pertama kali jumpa kau dah buat dia marah..

No! A big no!

Langkah kaki aku lajukan menuju ke bilik yang aku duduk tadi. Dada sendiri mula berdegup kencang. Dalam kepala dah fikir macam-macam, kalaulah Aiddan marah.

Semakin dekat dengan pintu bilik tadi, langkah aku semakin perlahan. Jemari yang dah menyejuk aku satukan untuk saling memberi haba sesama sendiri.

Tadi, selepas kekalutan melanda aku dan Kak Dina, Kak Dina menyuruh aku untuk balik ke bilik ini. Katanya, Aiddan dengan yang lain tunggu aku disini.

Dan sekarang.. aku masih lagi terpacak diluar pintu bilik. Aku mula berfikir bukan-bukan.

Ah, Hazel! Apa engkau ni? Daripada kau fikir macam mana kalau Aiddan marah, baik kau fikir apa nak jawab dengan abang-abang dengan bonda kalau diaorang tanya kenapa balik lambat.

Mendengar suara hati sendiri mengejek, bibir aku tercebik.

Huh, nanti kalau kena 'sergah' dengan Aiddan, kau juga yang kecut!

Aku tersenyum bangga dengan jawapan yang akal aku beri untuk hati. Dalam imaginasi, aku mula berhigh-five dengan akal. Wah, bijak!

Eh.. kejap.. apa yang aku cakap ni.

Kepala aku gelengkan. Membuang segala entah apa-apa itu. Tekad. Tombol pintu aku genggam dan dipulas. Dengan mata yang terpejam sedikit, pintu aku tolak perlahan.

Terbuka saja pintu, kepala aku mula menjengah ke dalam. Dan..

..ada empat pasang anak mata ternaik memandang aku. Aku mula terkulat-kulat, blur memikirkan reaksi apa yang patut aku beri.

"Err.. aku kacau korang ke?"

Sunyi.

Soalan aku terbang dengan kepaknya sendiri mengikut deru angin.

Kekok aih!

Disebabkan aku rasa terlalu kekok, perlahan-lahan aku berundur ke belakang. Membuat keputusan untuk tunggu diluar. Dalam hati, dah mula mengutuk diri sendiri.

Itulah, nak masuk bilik, lain kali ketuk dulu.
Sedikit lagi pintu hampir tertutup, suara seseorang menahan aku daripada berbuat begitu.

"Eh, Hazel.. dah siap eh?"

Pintu aku kuak kembali. Kepala mula tersembul semula. "Haah."

"Ohh, okey, okey. Jap, kitaorang kemas ni kejap. Kau tunggulah dekat kaunter depan sana," Aiddan mula bangun daripada duduknya di atas lantai dengan sejadah di tangan.

Sejadahnya dilipat kemas. Tiga orang lagi, Mika, Harraz dan Uwais turut berbuat begitu.

"Okey.."

Pintu aku tutup perlahan.

Tertutup saja pintu, aku mula mengeluh. Masalah tertanya-tanya aku kembali lagi.

Aku kacau diaorang ke? Diaorang dah lama tunggu aku ke? Tapi tadi, nampak gaya macam Aiddan menghadap belakang.. gayanya seperti mahu cakap sesuatu.

Kerusi didepan kaunter aku duduk. Persoalannya yang menyerabutkan fikiran tadi aku cuba abaikan. Sudahnya, aku mula memerhatikan sekeliling bahagian masuk klinik sementara menunggu mereka.

Harapnya diaorang tak marah akulah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience