BAB40

Young Adult Completed 8128

Pada pagi itu zara sampai sedikit lewat tidak seperti biasa .sesampainya zara dia melihat laila sudah ada barisan kelasnya pelik selalu dia menunggu zara di pintu pagar tetapi hari ni tidak adakan dia masih marah.bisik zara dalam hati.

Dia duduk diam sahaja di belakang laila masih tidak mahu menganggu dulu .mungkin laila perlu masa dan dia harus susun ayat untuk berbicara nanti supaya laila tidak kecil hati lagi padanya.fikir zara

Seperti yang dijanjikan tempoh hari semasa meeting bersama semua pengawas sekolah .sekarang tiba masa untuk dia umumkan.

"Assalamualaikum DanSelamatSejahtera semua Pelajar",disini saya ingin umumkan sesuatu kepada kamu semua.kata pengawas yang berdiri di depan itu.

Pihak sekolah ada mengajurkan lawatan sambil belajar kepada semua pelajar.terbuka kepada semua sesiapa yang berminat boleh serah nama kepada saya atau pada mana-mana sahaja pengawas yang ada.kata pengawas itu

Tetapi terhad terbuka kepada 20orang pelajar sahaja jadi siapa berminat boleh serah nama sekarang sekian terima kasih.sambungnya lagi dan berlalu pergi dari situ setelah habis bicara.

Di dalam kelas aku beranikan diri untuk menegor laila .sebab aku tengok mood dia nampak baik.

Awak masih marah dekat saya lagi ke?tanya zara merintih nadanya

Laila jadi sedih mendengar nada suara kawan baiknya .sebenarnya dia tidak marah tapi kecewa kerana zara mudah sangat terperdaya dan di tipu tapi tidak boleh salahkan dia juga .sebab laila tahu zara memang seorang gadis yang baik tak macam dirinya kasar .fikir laila

Huh! laila menarik nafas panjang sebelun memulakan bicaranya."saya tak marah awak cuma kecewa sikit je".jawab laila

Saya tahu awak tak suka.kalau awak tak suka tak apa saya tak akan kawan dengan dia okey. kata zara memujuk

Saya tak kata ,saya tak suka awak berkawan dengan dia.tapi saya tak percaya semudah itu dia berubah mesti ada sebab.ucap laila

Kalau awak nak kawan dengan dia saya tak halang itu hak awak .tapi saya cakap awal-awal yang saya tak akan pernah percaya dia dah berubah .sampai bila-bila pun tak akan pernah percaya.sambung laila berucap.

Jadi awak dah tak marah saya.soal zara

Tak.jawab laila ringkas

Lega saya dengar satu malam saya tak dapat tidur fikirkan masalah ni .saya takut sebab hal ni awak jadi renggang dengan saya.ujar zara

Laila cuma tersenyum mendengar kata-kata zara.tetapi dalam hati dia berkata." saya akan tetap ada dengan awak zara saya tahu aina mesti ada rancang sesuatu untuk kenakan awak".ucap laila dalam hati

Aina dan nizam berjumpa di sebuah kedai kek tak jauh dari rumah mereka.

Aku dapat tahu yang sekolah kau ada buat lawatan betul.tanya nizam memulakan bicara.

Semua pasal sekolah aku kau tahu kau pun dari sekolah tu juga ke?. balas aina bertanya balik selepas dia menyudahi sedut minuman di cawannya

Tak .jawab nizam berdalin untuk tutup rahsianya yang dia pernah sekolah di situ tetapi sudah di buang .

Habis macam mana kau tahu. tanya aina

Adalah, tu kau tak payah tahu.jawab nizam dingin

Apa-apalah kalau betul pun kenapa? ucap aina malas ingin melawan cakap denganya akhirnya dia juga yang kalah

Aku nak kau pujuk dia untuk turut serta lawatan itu dan kau ikut sama nanti aku akan bagi tahu seterusnya .kata nizam

Boleh tak ada masalah serahkan pada aku .ujar aina

Tapi macam mana dengan laila .sampai sekarang dia masih tak percaya pada aku.susah aku nak dekat dengan zara kalau ada dia.sambung aina

Kau tak perlu risaulah dia tak akan tahu rancangan kita.ujar nizam yakin

Terlihat aina menanggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata nizam.tanpa dia sedar ada telinga yang memasang dengar perbualan mereka dari belakang.

Aku dah agak dah kau memang ada rancang sesuatu .aku tak akan biarkan kau apa -apakan zara.kata laila dalam hati dia kesitu ingin beli kek untuk ibunya.tapi nasib dia baik dapat tahu rancangan mereka lebih awal.

jemput baca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience