BAB 24

Young Adult Completed 8128

2 Minggu Kemudian

setelah dua minggu dia menjadi senior kepada gadis itu tiba masanya untuk dia mengundur diri.tetapi hatinya rasa berat untuk berpisah kerana selama dua minggu ni hubungan dia dengan zara semakin baik.

Jadi amat susah untuk dia berjauhan malah hatinya juga sudah jatuh cinta .ya dia kalah dengan perasaan dia sendiri semakin lama dia cuba menepis .perasaan itu semakin datang dan buatkan dia tidak sampai hati untuk berpisah.

Dia sudah buntu saat ini apa perlu dia meluahkan isi hatinya kepada gadis itu atau pendam sahaja.tidak kalau dia hanya pendam .dia akan kehilangan gadis itu.tetapi dia belum sedia untuk luahkanya.
dia risau kalau gadis itu tidak menerimanya.

Di dalam bilik zara duduk bersila atas lantai tepi katilnya .hatinya resah memikirkan esok adalah hari terakhir dia menjadi junior aidil.

Sepatutnya dia rasa gembira .sebab sebelum ni dia hendak sangat cepat abis aidil menjadi seniornya .tetapi tiba masanya hatinya berasa lain .dia rasa sedih untuk berpisah.

perasaan aneh yang dia rasa .secara tiba -tiba hadir .adakah dia dah jatuh cinta pada lelaki tu.tak mungkin .katanya sendiri menafikan perasaanya.

Malas mahu serabutkan fikiranya dia pun bangun dari lantai dan memanjat katil dan terus merebahkan badannya untuk tidur.

tasya sudah berfikir .dia mahu berbaik semula dengan aidil memandangkan nizam sudah tidak mahu padanya.

tetapi bagai mana caranya untuk dia mahu minta maaf pada aidil kalau aidil sendiri tidak mahu memandangnya lagi

tak apa tasya kau kena cuba .jangan risaulah aidil tu hati dia baik .pasti dia masih sayangkan aku .kata tasya sendiri.dia bertekad untuk ambil hati aidil semula.

petang itu di pondok tempat mereka selalu berjumpa selepas habis sesi pelajaran.zara duduk di situ seorang diri menunggu aidil.

tiba-tiba datang seseorang menyapanya.
hai seorang je boleh saya teman awak.kata suara itu

Dia pun menoleh memandang gerangan yang menegornya itu.berkata dalam hati.ini bukan lelaki semalam ke.kata zara.

hai tak akan dah lupa saya kot.saya lah nizam .ujar nizam megenalkan dirinya.

oh... ya ..sorry saya lupa .kata zara padahal dia ingat tetapi buat-buat lupa.kerana tidak suka lelaki itu mengangunya

awak tunggu siapa.tanya nizam

kawan .jawab zara ringkas

siapa .tanya nizam lagi

senior saya.jawab zara.

maksud awak aidil.ujar nizam

ya.kata zara

awak masih lama lagi ke?nak kena jadi pelajar dia.tanya nizam untuk kepastian

hari ni hari terakhir saya belajar dengan dia.jawab zara

terlihat nizam tersenyum dengan jawapan zara barusan dan berkata.lepas ni awak dah tak jumpa dia lagikan.tanya nizam

belum sempat zara menjawab ada suara yang menyampok dari belakang.siapa kata tak jumpa lagi.kata suara itu

mereka berdua serentak pusingkan kepalanya ke belakang melihat siapa yang bersuara tadi.

tidak semestinya dia dah tak jadi pelajar aku lagi aku dah tak boleh berjumpa dia .dia boleh jadi kawan aku tak salah .kata aidil

terlihat aidil dekat situ nizam dengan segera mahu beredar .okeylah saya pergi dulu.kata nizam

eh...kejap sebelum tu boleh tak saya nak minta number telefon awak.kata nizam kepada zara

zara terdiam lama untuk menjawab.emmm... saya tak pakai telefon.soal zara menbohongnya.

habis tu macam mana awak berhubung dengan aidil selama ni kalau tak ada telefon .kata nizam

saya guna telefon rumah.soal zara

kalau macam tu bagilah number telefon rumah awak.jawab nizam

sorry tak boleh.kata zara

kenapa?soal nizam

zara sudah hilang idea untuk mengelak dari beri numbernya pada nizam.tiba-tiba aidil bersuara.kalau dia tak nak bagi jangan paksa bro.kata aidil

terlihat nizam mengetap giginya tanda marah dan berkata.tak apa lah saya pergi dulu.kata nizam dan berlalu pergi dengan perasaan marah

tak apa aku akan cuba dapatkan juga tengoklah .ni nizam setakat benda kecil tu mudah je .kata nizam angkoh.

macam biasa dalam setengah jam mereka belajar tiba masa untuk mereka balik.tetapi kali ni rasa lain sikit kalau boleh mereka mahu berlama lagi di situ tetapi tidak boleh

jadi lepas saya tengok prestasi awak sekarang .nampaknya prestasi awak bertambah baik jadi awak dah tak perlukan saya lagi.lagipun ni hari terakhir kita.kata aidil

zara tiba-tiba saja berasa sedih bila aidil kata bergitu.

aidil perasan akan muka zara yang berubah itu dia pun berkata.jangan sedih walaupun saya bukan lagi senior awak tapi kita masih boleh berkawan.kalau awak perlu apa apa dan tak faham dalam pelajaran awak boleh cari saya .saya masih sudi ajar awak.kata aidil

Betul ke .tanya zara untuk kepastian

ya.betul .jawab aidil

terlihat zara tersenyum manis.dan aidil perasan akan itu dia pun turut tersenyum sama .suka betul dia melihat senyuman gadis itu.

oh..sebelum saya terlupa .saya nak tanya kenapa?awak tak nak bagi number awak pada nizam tadi.tanya aidil

saja malas mahu bagi sebab saya tak nak dia kacau saya.jawab zara

awak kenal dia .tanya aidil

tak .dia yang ganggu saya hari tu sampai sekarang.jawab zara

kenapa?awak kenal dia ke .tanya zara

siapa je yang tak kenal buaya macam dia tu.satu sekolah kenal .jawab aidil

Kalau awak nak tahu dia tu orang gelar dekat sekolah ni mulut manis.kata aidil

kenapa?tanya zara

Iyalah dia kalau nak mengayat perempuan punya lah manis sekali ayat yang dia bagi .perempuan mana yang tak cair.tapi bila dah dapat dia jadi bosan iyalah dah pandang orang yang sama je memanjang siapa tak bosan .kata aidil

so bila dah bosan apa jadi dengan perempuan tu.tanya zara lurus

kena tinggallah apa lagi dia cari lain.perempuan tu makan hati lah.kata aidil sambil ketawa

zara pun turut ketawa .oh...jadi awak nak cakap yang nizam tu tukar perempuan macam tukar baju.macam tu.tanya zara

lebih kurang macam tu lah.jadi awak jangan pernah cair dengan dia.nanti awak terkena faham.kata aidil menasihati zara.

terima kasih bagi tahu kadang -kadang awak ni baik juga ya.ujar zara

aidil hanya tersenyum dan berkata.jadi selama ni awak anggap saya jahat.

tak ada lah sampai macam tu tapi awak ni dulu .sombong sikit ego pun ada.tapi sekarang tak.kata zara

manusia kan boleh berubah.ujar aidil

betul,betul,betul.kata zara mengikut dailog ipin

mereka berdua ketawa bersama.dari jauh ada mata memandang mereka dan tersenyum

gadis itu memang boleh buat kau bahagia aidil .aku akan pastikan nizam tak kan rampas dia dari kau .kata lelaki itu.

jemput baca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience