BAB41

Young Adult Completed 8128

Selepas sahaja dia terdengar perbualan aina dengan nizam di kedai kek minggu lepas terus saja laila cerita pada abangnya.lalu pagi ini zack menyampaikan pada aidil apa yang adiknya cerita padanya semalam.

Aku ingatkan dia dah berhenti ganggu zara tapi rupanya tak malah mintak bantuan orang lain untuk merancang lagi plan jahatnya .tak serik langsung nizam ni. ucap adam dia juga turut ada di situ.

Aku dah boleh jangka yang dia tak akan berhenti setakat situ .aku kenal sangat nizam .kalau sesuatu yang dia mahukan dia akan cuba sedaya upaya guna cara jahat pun dia sanggup.kata aidil

Aku dah bagi tahu dekat kau dulu .beritahu pada ibu dia apa yang dia buat pada zara dulu sekurang-kurangnya ibu dia tahu apa yang anak dia buat pada zara .kau tak nak lepaskan dia macam tu je.ujar adam

Aku bukan tak nak bagi tahu ibu dia.cuma aku tak sampai hati mesti ibu dia sedih bila tahu perangai nizam macam tu.jawab aidil

sebab nak jaga hati ibu dia kau biarkan.tengoklah nizam tu.orang dah lepaskan pun kira untung nak buat jahat juga.kalau hati dia dah jahat buat baik macam mana sekalipun tetap jahat.ucap adam kesal

Jadi sekarang kita nak buat apa?tanya zack setelah lama berdiam diri.

Tak apa kita ikut dulu rentak permainan dia sebab aku nak tahu apa pula plan dia kali ni. tapi kau kena suruh adik kau sentiasa awasi zara aku takut kalau budak aina tu bawa zara senyap-senyap susah kita nak tahu nanti.ujar aidil

Baiklah, nanti aku cakap pada adik aku.jawab zack ringkas

Di dalam kelas time tu pula zara hanya seorang diri tiada laila bersamanya .ini peluang aku untuk pancing dia.bisik hati kecil aina.

Hai, zara .segah aina

Hai.jawab zara sedikit terperanjat

Sorry.kata aina atas perbuatan dia barusan

Tak apa saya okey lain kali jangan buat lagi terkejut saya.ujar zara

Sorang je pelik, mana kawan awak yang banyak mulut tu.soal aina memeli laila

Tak baik tau awak cakap macam tu. dia pergi tandas katanya.jawab zara

Tapi kenyataan kan mulut dia memang bising kan.kata aina

Betul ,tapi dia baik tau kalau awak rapat dengan dia .awak akan tahu.ujar zara

Tak hingin pun aku nak rapat dengan dia .kau pun sebenarnya aku tak hingin nak rapat. sebab terpaksa .aku nakkan aidil.kata aina pelahan

Awak cakap apa saya tak dengar.tanya zara

ha, tak ....tak ada apa?jawab aina menutupnya.

Oh....ya sebelum saya terlupa awak pergi tak lawatan tu.tanya aina

Lawatan tu ,saya tak tahu lagi nak pergi ke?tak .jawab zara

Saya ingat nak tanya laila dulu kalau dia pergi saya pergi . tak ada kawan nanti kalau dia tak pergi. sebab laila ada cakap hari tu dia tak tahu lagi nak pergi atau tak sambung zara

Tak apalah ,kalau laila tak pergi awak pergi dengan saya tak payah tanya dia .kata aina memujuk

Kau kenapa? nak hasut dia supaya tak bagi tahu aku. sampuk suara dari belakang mereka

Terlihat laila baru balik dari tandas.
"Tak mana ada aku hasut dia .aku cuma cakap kalau kau tak nak pergi tak apa aku ada boleh teman dia" . ucap aina

Kalau zara pergi. aku mesti pergi .aku tak akan biarkan dia pergi seorang diri manalah tahu ada orang nak buat jahat pada dia dekat sana nanti.perli laila dan matanya tepat memandang aina

Aina terasa dengan apa yang disampaikan laila barusan dia pun terus meminta diri untuk pergi dari situ"okeylah zara saya pergi dulu".kata aina berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

jemput baca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience