BAB 38

Young Adult Completed 8128

Setelah habis waktu pelajaran bahasa melayu tibalah masa untuk semua pelajar rehat.semua pelajar ambil kesempatan ini semestinya untuk makan bersama kawan mereka.ada juga kawan mereka yang datangnya dari kelas lain inilah masanya untuk mereka berkumpul bersama.

Tetapi tidak pada zara.zara selalunya akan memhabiskan masa rehatnya di perpustakaan kerana disitu dia boleh belajar lebih masa sikit .selalunya waktu rehat zara tidak akan makan itu kerana dia lebih suka makan. balik rumah nanti pasti uminya akan masak makanan kesukaanya setiap kali balik sekolah.

Zara tidak gemar sangat makan di kantin sekolah atau diluar kerana bagi dia masakan uminya jauh lagi sedap berbanding diluar sana.

Diperpustakaan selalunya zara akan membaca buka ataupun siapkan tugasan yang cikgu bagi didalam kelasnya sampailah waktu rehat habis.bukan dia tiada duit untuk makan macam yang lain tetapi dia lebih suka simpan duitnya untuk kegunaan di masa akan datang .

Laila pula kekadang dia akan ikut zara kesini dan kekadang tidak sebab laila suka habiskan masanya dengan melihat sekeliling kawasan sekolah.waktu rehat ni lah masa dia nak berpusing melihat kawasan di sekolah ni .kalau boleh satu sekolah dia nak teroka kekadang zara sendiri pelik dengan kawan baiknya itu.

Semasa zara sedang fokus membaca buku tiba-tiba dia terdengar suara orang menangis dari arah belakangnya.dia pun ingin tahu siapa yang menangis.dia menoleh kebelakang dan terlihatkan aina yang menangis itu.

Dia tertanya-tanya kenapa?aina menangis ada masalahkah dan dimanakah?kawan baik dia tu. ucap zara dalam hati.

Nak pergi tegor ke?fikir zara

Kalau aku tegor nanti yang ada bergaduh pula .mulalah cakap aku nak sibuk hal dia dahlah dia tak suka aku.sambung zara berfikir.

Tapi kalau biarkan kasihan pula tengok dia .mesti dia ada masalah kalau tak .tak mungkin dia menangis sampai macam tu sekali.bisik hati kecil zara

Akhirnya zara buat keputusan untuk datang dekat dan beranikan diri untuk bertanya "Aina awak kenapa menangis ada masalah".tanya zara

Malah aina enggan menjawab pertayaan zara .dia hanya menangis sahaja.

Tak apalah kalau awak tak sudi nak kongsi dengan saya .sorry ganggu awak saya pergi dulu .kata zara ingin berlalu pergi tetapi tidak jadi kerana merasakan tanganya di pegang seseorang.

Betul ke ? awak sudi dengar masalah saya . ucap aina merintih suaranya.

Kalau awak sudi kongsi pada saya .saya sudi dengar lagipun mana tahu saya boleh bantu kurangkan rasa sedih awak .kata zara

Terima kasih zara.ucap aina

Tak apa ,saya nak tanya kenapa?awak menangis ni .ada masalah. soal zara

Tak, ada masalah cuma saya sedih sebab kawan baik saya yang saya percaya selama ni tikam saya dari belakang dahlah tu sekarang dia cakap dah tak nak kawan dengan saya .saya sekarang dah tak ada kawan tu yang saya sedih.ucap aina sebak

sebab apa? mesti ada sebab kan sampai dia buat awak macam tu sekali. tanya zara

saya pun tak tahu sebab apa .dia tak cakap apa -apa pun .dia tiba-tiba tuduh saya ambil buku dia padahal saya tak tahu macam mana buku dia boleh ada dalam beg saya.jelas aina pada zara

Ada orang nak kenakan awak tak .dia nak buat awak dengan shila bergaduh .kata zara

Mungkinlah saya pun malas mahu fikir. kata aina

Dahlah aina awak jangan sedih okey.awak boleh kawan dengan saya. ucap zara

Betul ke ?awak sudi kawan dengan saya .saya dah banyak sakitkan hati awak buat jahat pada awak .tapi awak masih sudi nak kawan dengan saya .awak memang baik .kata aina

Dahlah lupakan apa yang pernah awak buat pada saya dulu .kita manusia tak lari dari kesilapan .kita buka buku baru tutup buku lama.lagipun saya tak pernah simpan dalam hati pun awak jangan risau okey. jelas zara

Terima kasih .tapi macam mana dengan laila dia tak kisah ke ?awak nak kawan dengan saya.tanya aina

Pasal tu awak jangan risau nanti saya cakap dengan dia okey.jawab zara ringkas.

jemput baca semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience