BAB 2

Romance Completed 16699

“Irine Dania, turun makan!”aku tersentak. Baru je ingat nak log in blog, dah kena sergah.

“Kejap lagilah,”balas aku malas.

“Cepatlah, Tok ma dah tunggu dekat bawah tu! Suara Kak Chik sudah naik satu oktaf. Aku mencebik. Nak tak nak, aku bangun juga dari kerusi. Kak Chik pun selagi aku tak turun, selagi tu dia berdiri dekat tepi pintu bilik aku.

“Jom..”balas aku malas. Kak Chik berjalan laju di depan aku.

“Jalan slowlah sikit Kak Chik. Jatuh nanti!”ucap aku.

“Kak Chik dah biasalah!”ucapnya. Aku senyap. Tak ada mood nak bergaduh.

“Dania, duduk sebelah Tok ma sini,”Aku mengukir senyuman plastic pada Tok ma. Kerusi sebelah Tok ma aku tarik. Kak Chik pula duduk di kerusi berhadapan aku.

“Macammana, setuju tak dengan cadangan Tok ma?”soal Tok Ma. Aku hanya memandang kosong Tok Ma yang sedang menyenduk gulai lemak nanas ke dalam pinggannya.

Kelu.

“Dengar tak Tok ma cakap ni?”ucap Tok ma. Aku angguk. Apa yang Tok Ma usulkan semalam bukannya cadangan. Itu arahan. Sungguh dictator Tok ma aku ni!

“Dania ada pilihan ke?”soal aku pula. Tok ma angkat kening. Kak Chik sudah menjeling.

“Tok ma tak nak paksa, tapi ni wasiat.”Lembut suara Tok ma. Nasi sudah di suapnya ke mulut.

“Hah? Maksiat?”balas aku. Tok ma tersedak.

“Kamu ni! saja je nak Tok ma kena sakit jantung ke?”sergah Kak Chik. Aku pula? Aku tak dengarlah!

Tok ma meneguk air di dalam segelas di sebelahnya.

“Wasiat, ini semua wasiat dari mak ayah kamu,”ucap Tok ma. Aku senyap. Aku menguis-nguis malas nasi di dalam pinggan.

“Tok ma tak baik tau buli anak yatim piatu macam Dania ni,”aku buat ayat sedih. Sengaja mahu minta simpati.

“Sebab kasihankan kamulah Tok ma buat semua ni, Tok ma dah tua, dah tak lalu nak jaga kamu.. tak lalu nak jaga harta arwah lagi, Tok ma tak nak kamu kena sisih kalau Tok ma dah tak ada nanti,”perlahan Tok ma menuturkan kata-katanya.

Air mata aku mengalir. Saja je Tok Ma nak buat aku sedih!

“Dania boleh jaga diri sendiri, Dania dah dua puluh satu tahunlah!”aku tak mahu kalah.

“Itu kata kamu, hakikatnya kamu tak boleh jaga diri sendiri lagi!”bangkang Kak Chik. Spoil Kak Chik ni!

“Kahwin muda-muda ni, Tok Ma ingat lelaki tu boleh jaga Dania ke? Entah-entah dia cuma nak harta Mummy dan Daddy,”balas aku pula. Geram!

Tok ma mengeluh. Aku sudah memuncungkan mulut. Marah dengan Tok ma! Ikutkan, bukan banyak mana pun harta yang mummy dan daddy tinggalkan. Setahu aku, adalah empat buah rumah sewa dekat flat Pandan Indah dekat Ampang sana, dua rumah kedai dekat Serdang dan rumah banglo dua tingkat yang aku duduk di pecan Kajang sekarang. Itu je pun! Tapi, itu jugalah yang pak cik-pak cik aku sibuk bertanya pun!

Rasa nak ketawa bila ingatkan, kena kahwin paksa sebab harta dunia ni. Alahai,

“Setuju je lah,”tambah Kak Chik.

“Tak nak, kak Chik boleh jaga Daniakan?”sengaja minta belas ihsan Kak Chik.

“Kak Chik tak mampu Dania, Kak Chik pun nak bahagia macam orang lain juga,”aku tambah mencebik. Kak Chik sudah enam bulan bertunang, dua tiga bulan lagi kahwinlah dia! Sedih, Kak Chik siap ada pilihan lagi, siap boleh pilih bakal suami, siap boleh nak pilih tahun dan tarikh kahwin, Siap boleh kahwin ikut target umur dia lagi. Untung Kak Chik, umur dua puluh lapan baru kahwin. Ini tidak adil! Ini yang nak nyanyi lagu Yuna ni.. Ini tidak adil, tidak adil untuk ku..

“Tak adil!”ucap aku tiba-tiba.

“Apa yang tak adil? Bukannya ada perlawanan bola sepak dekat sini.”Kak Chik sudah senyum sinis memandang aku. Kak Chik dan Tok Ma bukan main lagi berselera makan. Aku je yang tak berapa nak lalu. Aku dah banyak sangat makan hati ni!

“Assallammualaikum,”ucap satu suara dari ruang tamu.

“Fana, pergi tengok siapa datang tu!”arah Tok ma pada Kak Chik. Laju je Kak Chik berlari ke ruang tamu.

“Hah, makanlah!”tajam Tok ma memandang aku. Dah macam tak sayang je dekat aku Tok Ma ni!

“Tok ma, Fahim datang ni!”Jerit Kak Chik dari ruang tamu. Aku berhenti menyuap tiba-tiba. Baki nasi di dalam mulut aku telan laju-laju. Tanpa sempat membasuh tangan aku terus lari ke bilik.

“Irine Dania!”jerit Tok ma. Aku buat tak dengar. Laju aku berlari ke tingkat atas. Menyorok di tepi tangga.

“Fahim bila balik?”soal Tok ma pada cucu angkatnya itu.

“Semalam, mama cakap Tok ma nak jumpa Fahimkan?”soalnya. Mak aih! Sedapnya suara dia. Merdu..

“Ye, lama Tok ma tak jumpa Fahim. Maaflah pasal Dania tu. Dia sakit perut tu!”suka-suka je Tok ma malukan aku depan Fahim. Tebal empat belas inci muka aku nak mengadap Fahim. Malu!

“Tak apa Tok ma, biasalah budak-budak,”balas Fahim pula. Aku sudah mengetap bibir. Sama naik dia dengan Tok ma. Amboi!

“Dah makan, jom kita makan dulu ye, langkah kanan kamu hari ni,”ramah Tok ma menjemput.

“Eloklah tu, saya pun belum makan lagi ni.”

Aku di tangga paling atas dah mengeluh geram. Tak sabar betul Tok ma nak bercucu menantukan Fahim tu. Meluat aku. Dalam banyak-banyak lelaki dalam Malaysia ni, kenapa Tok ma nak sangat aku kahwin dengan Fahim? Kenapa? Dah tu pulak, kenapa mummy dan daddy buat syarat tak masuk akal macam tu? Adak e aku kena kahwin dulu baru semua harta tu dapat dekat aku. Selagi aku tak kahwin tak boleh! Pula tu letak syarat kena kahwin dengan Fahim, cubalah cakap kena kahwin dengan Fahrin Ahmad ke, sedap juga didengar. Arghhh, tertekan!

Fahim tu dah lah umur sebaya Kak Chik. Ap kelas kahwin dengan orang tua? Aku berjalan ke tandas. Baru teringat nak basuh tangan. Sungguh tak sopan anak dara biar tangan kering tak berbasuh ni!

“Irine Dania!”jerit Tok ma. Aku kenal benar intonasi suara Tok ma tu. Itu tandanya ada kemarahan di hujung panggilan itu.

“Kejap, Dania dekat toilet,”jerit aku pula. Rambut aku betulkan sikit-sikit. Saja nak bagi nampak kemas. Kejap lagi ada pula kena tegur free-free.

Fahim. Lama dah aku tak dengar cerita pasal dia. Kali terakhir aku jumpa dia pun lima tahun lepas. Lepas tu dah tak pernah jumpa. Tak tahu sesat planet mana entah, tup tup beberapa hari lepas Tok ma cakap keluarga Fahim datang merisik aku. Kenapalah kau jumpa jalan nak balik Malaysia ni mamat!

“Kenapa Tok ma?”tanya aku. Aku berdiri static di hujung tangga paling bawah.

“Sinilah!”ucap Kak Chik. Aku sudah menjeling Kak Chik. Sengaja minta kena siku Kak Chik ni!

“Mari sini jumpa tunang kamu ni,”ucap Tok Ma. Hoih! Tak boleh diterima dek akal. Puhhh semangat!

“Perlu ke?”ucap aku. Kak Chik sudah memandang aku tajam. Aku tak nampak reaksi Fahim kerana dia duduk membelakangkan aku.

“Ergh, tak apa Tok ma, Fahim cakap dengan Dania dekat luar ye,”Tok ma mengangguk. Dia bangun dari kerusi. Dup dap dup dap jantung aku.

Tangan aku di tarik. Aku hanya menuruti,

“Kenapa degil sangat ni? tak kasihan dekat Tok ma ke?”soalnya. Pulak! Siapa nak kasihankan aku?

Dia memandang aku. Aku melarikan pandangan kepada rumput-rumput hijau di kaki.

“Siapa pula nak kasihankan saya?”lembut aku bertanya. Sedih, sana sini kena paksa.

“Saya kena paksa kahwin, dengan lelaki yang saya tak kenal, dengan lelaki yang pandang saya sebelah mata, dengan lelaki yang pernah cakap saya tak layak untuk dia, dengan lelaki yang lebih tua untuk saya, dengan lelaki yang saya tak pasti nak terima saya seadanya atau tak. Ada tak orang yang kasihan pada saya?”Tambah aku. Mata aku memandang tepat ke wajah lelaki di depan aku. Sempurna lelaki itu, kacak, tinggi, bergaya dan berkelulusan tinggi. Sungguh sempurna di mata aku. Dia terdiam. Aku juga.

“Irine Dania, saya memang tak baik, tak sempurna, tapi saya janji akan menjaga amanah Allah pada saya dengan sebaik mungkin.”Balas dia. Aku masih membisu.

“Saya akan jaga awak macammana Tok ma jaga awak,”Tambahnya. Aku sudah mengetip bibir.

“Saya tak perlukan baby sitter!”balas aku. Aku berundur dan berlari ke tingkat atas. Kak Chik yang berdiri menatang air tidak aku pedulikan. Dia ingat aku ni budak kecil? Baby? Kenapa tak kahwin je dengan Kak Chik? Kak Chik pun cucu Tok ma juga! Walau kami bukan adik-beradik, tapi kami membesar sama-sama.

Aku tak ada pilihan. Aku pasti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience