BAB 1

Romance Completed 16714

Arrange married atau perkahwinan yang diaturkan, masih ke wujud sistem macam ni? Last time aku check memang pernah berlaku iaitu pada zaman mak bapak aku atau pun adalah satu dua kes terpencil yang terjadi padakawan akunpunya akwan yang tinggal di kawasan pedalaman, yelah orang kampung kuat adatnya, bila anak teruna atau dara mereka yang bekerja di bandar tak kahwin-kahwin orang tua mereka pun pulunlah jodohkan anak mereka dengan anak jiran kampung sebeleh, sepupu-sepapat dan sebagainya.

Orang cakap, zaman millennium macam sekarang sudah tak ada kahwin-kahwin paksa. Aku percaya, sungguh-sungguh aku percaya. Sampaikan aku boleh tergelak guling-guling bila baca novel kahwin-kahwin paksa macam dekat pasaran tu. Yelah macam tak relevan betul kahwin paksa dengan dunia sekarang ni.

Tapi, itu cerita bulan lepas. Nampaknya, sekarang aku sendiri jadi watak kahwin paksa macam dalam novel yang aku ketawakan tu. Kerja gila. Ini betul-betul kerja gila. Gila-gila pun, aku juga yang kena hadap. Nasiblah badan.

Mata aku terkebil-kebil memandang deretan baju yang digantung di dinding kedai. Cantik cantik semuanya. Tapi aku tak berkenan. Sebabnya mudah, aku tak nak kahwin lagi! Rasa macam nak jerit kuat-kuat. Tapi aku tak mampu, aku tak ada pilihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience