BAB 3

Romance Completed 16699

“Sah!”

“Sah!”

Aku terkesima. Akhirnya, hari ini aku menjadi milik Fahim juga. Susah nak percaya Amer Fahim tu suami aku. Sungguh tak. Dia sudah berdiri di depan aku untuk menyarungkan cincin. Aku kelu, keras, tak bermaya.

“Dania, tangan!”ucap Kak Chik. Tangan aku hulurkan. Cincin disarung.

“Cium tangan Fahim!”arah Kak Chik lagi. Aku menyambut salamnya dan mencium tangan itu. Dahi aku di kucup lembut. Satu perasaan bertandang di jiwa. Air mata aku gugur tiba-tiba. Mummy, Daddy.. Nia rindu!

“Jangan nangis,”suara Kak Chik antara dengar dan tidak. Mata aku terpandang Tok ma. Tok ma menangis? Kenapa? Agaknya, kalau arwah mummy dan daddy ada lagi, mesti mereka juga akan menangis melihatkan saat ini.

Aku berjalan ke arah Tok ma. Wanita tua itu aku peluk erat. “Tok ma jangan nangis, nanti Nia sedih juga”lembut suara aku memujuk.

“Tok ma bahagia kerana Dania dah ada penjaga, ada lelaki yang sanggup menjaga Dania hingga hujung nyawa, Dania jaga dan belajar cintakan Fahim ye,”lembut kata-kata Tok ma. Aku angguk laju-laju. Tak nak hampakan Tok ma.

Habis majlis nikah dan kenduri doa selamat, aku terus naik ke bilik. Sedih dan tidak boleh percaya bahawa aku sudah bergelar isteri.

“Boleh abang masuk?”Aku yang baru menanggalkan make-up mengalihkan pandangan padanya. Kacaknya Amer Fahim ni. Sekali pandang dah macam pelakon yang nama Fazreen tu. Nama pun dah nak sama.

“Masuk je lah,”balas aku sambil lewa. Aku berjalan ke almari. Satu selimut aku keluarkan.

“Saya tidur dekat lantai, awak tidur dekat atas.”Ucap aku. Dia sudah kerut kening. Aku buat tidak faham. Sebiji bantal telah aku letakkan di atas lantai. Malam itu aku tidur beralaskan karpet. Tak apa, aku berjiwa kental!

Dia angkat bahu. Terus bergerak ke katil dan baring. Sebiji bantal di letaknya di muka, menghalang cahaya terbias ke wajah mungkin. Tanpa ucapan selamat malam? Aku pula sudah angkat kening. Suka hatilah! Tak gentleman langsung. Selalu aku baca dekat novel, lelaki mengalah tidur dekat bawah. Dia ni bangsa tak romantik!

Aku bergerak ke tepi dinding. Suiz lampu aku tekan. Seluruh bilik gelap. Hanya lampu tidur yang masih aku pasang. Aku baring di lantai, selimut aku tarik menutupi seluruh badan.

Rindu, aku tiba-tiba rindu mummy dan daddy.

“Hiahhhhhhhhhhh…”aku mengeliat kuat. Tarik tangan kiri, tarik tangan kanan.

“Makkkkkkkkk…”jerit aku sambil berundur ke hujung katil.

“Makkkk,”jerit aku lagi, gedebukkkkk! “Sakitnya,”ucap aku. Dia terpisat-pisat bangun apabila melihat aku terduduk di lantai.

“Kenapa ni?”soal dia.

“Kenapa? Macammana saya boleh ada dekat atas katil ni?”Soal aku pada dia.

“Ohh, semalam awak mengingau. Menangis-nangis nak kan mummy awak, saya angkat awak ke katil, awak tidur, saya pun tidur balik.”Ucap dia sambil memicit-micit belakang tengkuknya.

Pipi aku sudah merona merah. Dia nampak aku mengingau ke? Kak Chik selalu cakap aku suka menangis dalam tidur, maknanya dia nampaklah aku menangis? Malunya!

“Dah pukul berapa sayang?”ucapnya. Satu perasaan menyerap dalam jiwa aku apabila perkataan itu di sebutnya.

“Pukul 5.30 pagi,”jawab aku tulus.

“Pukul 6.30 kejutkan saya ye, kita solat subuh sama-sama.”Ucap dia. Nasib dia masih pejam mata. Kalau tak mesti dia dah nampak pipi aku dah merona merah ni!

“Okey,”balas aku. Aku masih setia di tempat aku jatuh terduduk tadi. Wajah dia aku pandang lama-lama. Kacaknya!

“Dah, dah lah pandang tu, dah banyak pahala awak dapat pagi-pagi pandang muka saya ni,”ucap Fahim. Aku tersentak mendengarkan kata-katanya. Aku terus bangun dari duduk, tuala di dalam almari aku capai dan bergerak ke bilik air. Haih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience