BAB 5

Romance Completed 16714

Galaxy note yang tidak henti-henti berbunyi di atas meja sisi aku capai. Apalah mamat ni, mandi tak ingat telefon. Yang menelefon pun tak faham ke sekarang ni dah maghrib. Macam ini punya orang pun ada.

“Hello, Im dekat mana? Baby rindu Im, please jangan buat baby macam ni,”euuu.. aku rasa mual mendengar suara gedik di hujung sana. Aku diamkan sahaja. Tunggu dia habis bercakap.

“Baby janji tak buat lagi, please honey.. please.. please..”Aku masih diam. Aku terkejut apabila Samsung Galaxy note yang sedang aku tekapkan di telinga itu di tarik kasar dari tangan kanan aku.

“Hello!”jawab Fahim kasar.

“Aku tak berminat dengan kau, aku tak sanggup nak jadi pak sanggup kepada anak luar nikah kau!”Panggilan di tamatkan. Matanya tajam memandang aku.

“Kenapa pandai-pandai nak jawab telefon orang ni?”kasar suaranya. Aku mengeluh. Salah ke?

Aku memberanikan diri memandang matanya “Seorang isteri perlu tahu semua rahsia suaminya, bukankah isteri adalah penyimpan rahsia seorang suami?”Soal aku padanya. Matanya masih memaku pada aku.

“Kami dah lama putus, dia dah melahirkan anak luar nikah. Saya tak tahu rupanya dia ada lelaki lain dekat Kuala Lumpur ni.”ucap Fahim tiba-tiba. Aku masih memandangnya. Fahim beralih duduk di birai katil.

“Kejauhan membuatkan dia tak setia, saya tak sangka perangai dia macam tu.”Aku masih kaku.

“Sebab tu saya tak nak awak jauh dari saya,”tambah dia.

“Awak masih boleh kalau nak bersama dia, saya percaya dia lebih matang, lebih baik dan lebih sempurna dari saya,”balas aku merendah diri. Hati aku tersentap bila mendengar ceritanya. Rupa-rupanya dia sudah punya kekasih. Dan, aku pula hanya sebagai galang-ganti? Tak patut!

“Saya cintakan awak,”

“Cintakan saya, tapi awak ada perempuan lain, dan saya ini pula sebagai galang-ganti. Kan?”Soal aku tegas.

“Terpulang pada definisi awak,”balasnya. Aku mengeluh.

“Awak cemburu?”soalnya. Panas pula hati aku. Mestilah!

“Mestilah cemburu! Suami saya ada perempuan lain, wajib saya cemburu!”perkataan wajib itu sengaja aku tekankan. Geram! Dia tersenyum. Sakitnya hati!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience