Bab 6

Action Completed 1736

Chapter 6:kisah silam Elizebeth.

Shakila membaca surat yang Elizebeth tinggalkan kuat supaya yang lain boleh dengar.

Elysa melihat pada rantai yang dia ambil. memang cantik. dia memakainya pada lehernya.

tulisan pada surat.

cerita saya bermula dari saya keluar dari rumah.
saya bina sebuah pondok di hutan kerana ada sesuatu yang saya nak lakukan disana.
walaupun pondok saya tu kecil,cukup untuk saya.
saya terserempak dengan seorang lelaki yang pengsan di tengah hutan. saya membantu nya walaupun saya tahu yang akan ada sesuatu yang teruk akan berlaku.

FLASHBACK.
*************

"apa nama awak?"~Elize bertanya pada lelaki yang baru sahaja tersedar dari pengsan.

"Mur... Murdoc. awak?"~Murdoc.

"saya Damia. Damia Syazrin. "~Elize terpaksa menipu kerana dia tahu segalanya tentang lelaki itu tetapi dia buat buat seperti tidak tahu apa apa.

"saya nak tanya awak. kenapa awak pengsan tadi?"~Elize.

"saya ..saya..saya ditendang keluar dari perkampungan saya."~Murdoc.

"sebab?"~Elize.

"mari kita keluar dulu."~Murdoc keluar dari pondok Elize.

Elize hanya mengikuti Murdoc dari belakang.

"baiklah,kita dah ada kat luar. apa yang awak nak buat?"~Elize.

Murdoc berada agak jauh dari Elize dan bertukar menjadi Vampire. taring nya agak tajam .

Elize langsung tidak takut malahan dia tersenyum walaupun tangannya digenggam.

"Wah!awak dari puak Vampire. hebat sangat."~Elize teruja walaupun perasaan Elize sebenarnya bercampur. mahu marah,mahu gembira.

"kenapa awak tak takut?"~Murdoc.

"saya ada kaji tentang puak awak. tak sangka saya dapat tengok dekat dekat.."~Elize.

"apa maksud awak?"~Murdoc.

"saya hanya dapat tengok dari jauh. tak sangka dapat tengok dekat dekat."~elize.

Murdoc bertukar menjadi manusia.

"awak pula,kenapa awak tak duduk dengan keluarga awak?bukan kah manusia perlu tinggal dengan keluarga?"~Murdoc.

"saya cuma nak mengembara. saya biasa tengok orang mengembara di dunia luar. lagipun,saya nak lah juga rasa mengembara. jadi,saya mula dengan hutan ini."~Elize menipu lagi.

"oh..begitu...."~Murdoc.

"Murdoc,awak tak bagitau lagi pada saya yang awak ditendang keluar dari perkampungan awak."~Elize.

"saya jenis yang suka mengkaji. sampai kan saya buatkan puak saya dalam bahaya. saya kaji tentang puak Werewolf. saya nak tahu sangat kenapa puak saya berdendam dengan puak Werewolf.jadi,saya intip mereka. saya tak sempat nak dengar apa yang mereka lakukan mereka dah tahu yang saya intip mereka. saya pulang ke perkampungan saya dan cerita kan pada mereka. tak semena saya ditendang keluar. saya rindukan keluarga saya."~Murdoc menangis.

"awak jangan risau. saya akan tolong awak. buat sementara waktu,awak tinggal dengan saya dulu. lagi beberapa minggu kita pergi."~Elize memberi cadangan.

"baiklah. terima kasih sebab tolong saya. walaupun kita berlainan.."~Murdoc.

Elize tersenyum.
senyum Elize ada maknanya.

"baguslah kalau kau percaya kan aku. boleh aku teruskan plan aku. jaga lah kau, Murdoc."~Elize bermonolog sendiri dalam hati.

Mereka pulang.
sejak itu,mereka jadi kawan.
walaupun baru sahaja berjumpa.

beberapa bulan setelah mereka berkawan.

mereka sedang memandang bulan penuh yang sangat indah.

"Murdoc..awak tak nak balik ke?"~Elize.

"nak je..tapi..."~Murdoc.

"takpe. biar saya bercakap dengan mereka. saya pandai berunding awak jangan risau."~Elize.

"baiklah."~Murdoc tersenyum.

keesokan nya.

Elize membuat persiapan untuk bertemu dengan puak Vampire.

"awak pasti ke?"~Murdoc.

Elize mengangguk dan tersenyum.

Mereka memulakan perjalanan mereka.

"awak...bila kita nak sampai ni?Saya dah penat..."~Elize menjadi letih kerana dah nak sampai tengah malam mereka berjalan.

"janganlah cepat mengalah...sikit je lagi..."~Murdoc senyum terlihat taringnya.

Elize dapat rasakan sesuatu yang tidak elok tentang Murdoc.
dia sudah merancang sesuatu tentang Murdoc.

tepat jam 12 tengah malam, Elize tiba tiba di tetak dari belakang. Elize menjadi pening dan terus pengsan.

setelah Elize tersedar dari pengsan,dia terkejut.
kerana apa yang berada disekeliling nya ialah Vampire.

"Murdoc..Murdoc.."~Elize memanggil nama Murdoc.

"ya,Damia. Apa yang kau nak sebelum puak makan kau?"~Murdoc berhadapan dengan Elize.

"apa yang berlaku?"~Elize.

"kau akan jadi makanan buat kami semua. simple as that. "~Murdoc.

Elize menangis teresak esak.
kaca matanya terjatuh.

"Pengembaraan kau berakhir disini,Damia. kasihan kau...tak dapat tengok keluarga kau buat kali yang terakhir.. hahaha"~Murdoc ketawa.

Elize masih menangis teresak esak.
dibelakang, tangannya sedang digenggam kerana marah dan untuk melepaskan dirinya.

"kamu semua,tunggu apa lagi. aku dah bawa makanan ni..makan lah dia.. haha hahaha"~Murdoc .

Elize masih menangis walaupun senyuman terukir di bibirnya secara sembunyi.

Semua puak Vampire menyerbu Elize dan tiba tiba sahaja mereka terhapus.

"a..apa..apa yang berlaku?apa yang kau buat?"~kali ini, giliran Murdoc pula yang terkejut.

tali yang mengikat Elize terlerai dan Elize mengambil semula kacamata nya yang terjatuh. Elize sedikit demi sedikit mara ke arah Murdoc.

"kau ingat tak tentang beg yang aku bawa tu?"~Elize.

Murdoc kebelakang dan mengangguk.

"aku dah bawa banyak bawang putih. walaupun aku manusia,tetapi aku tak seperti manusia yang lain. aku dah dianugerahkan satu kelebihan yang hanya aku je yang ada. kot ."~Elize semakin mendekati Murdoc.

"kot?"~Murdoc kebelakang.

"aku tak tahulah..kot kot ada lagi seseorang yang ada kelebihan macam aku. sebab aku dapat rasakan. tapi.. entahlah.."~Elize lagi mara kehadapan ketika Murdoc ke belakang

"apa...apa kelebihan kau?"~Murdoc kebelakang.

"aku boleh tahu tentang seseorang atau sesuatu hanya melalui mimpi atau dengan melihat sesuatu atau seseorang."~Elize mara dan mara.

Murdoc kebelakang.

"kalau kau dah tahu segalanya,kenapa kau tolong aku?"~Murdoc.

"sebab aku nak balas dendam. "~Elize mara ke arah Murdoc

"dendam?"~Murdoc kebelakang.

"puak kau dah bunuh kakak yang aku sayang"~Elize menggenggam penumbuk.

Elize makin mara dengan Murdoc dan Murdoc semakin kebelakang. hampir dengan api yang marak.

"aku tahu yang api tu untuk aku tetapi sekarang,api itu untuk kau!"~Elize menolak Murdoc.

Murdoc tertewas juga akhirnya.

"kau jangan pandang rendah terhadap manusia."~Elize berkata sedemikian ketika dia sedang berjalan pulang.
Elize meninggal kan beg yang dipenuhi dengan bawah putih itu di perkampungan puak Vampire.

ketika Elize sedang berjalan pulang ke pondok nya,dia perasan yang dia diekori dari belakang.
"keluar sahaja. jangan risau. saya tahu yang awak semua ekori saya dari awal.saya takkan cederakan awak semua.."~Elize memanggil orang yang sedang mengekori nya itu .

keluar seorang lelaki berambut hitam berkilat.
bersama dengan beberapa ekor serigala.

"Macam mana awak tahu saya ekori awak?"~Lelaki itu.

"awak sendiri tahu jawapannya, Twilight."~Elize.

"jadi,betul lah awak Elizebeth yang saya dan yang lain cari sekarang ni?"~Twilight.

"saya tahu kenapa awak datang, Twilight. saya pun sedang mencari awak. tunjukkan saya perkampungan awak."~Elize.

Twilight dan serigala yang lain menunjukkan Elize perkampungan mereka.
ketika Elize berada disana,dia mendapat bayangan. rumah mereka dihancurkan oleh puak Vampire. semua penduduk kampung itu cedera teruk. mereka memerlukan pertolongan Elize.

"baiklah. saya dah tahu nak buat apa. biar saya ambil barang barang saya. saya akan kembali nanti."~Elize.

"nak saya temankan?"~Snow, serigala putih yang mempunyai parut pada mata kanannya dan matanya berwarna kuning bergitu juga dengan Twilight. warna bulu sahaja berbeza kerana Snow berbulu putih seperti salji manakala Twilight berbulu hitam seperti di tengah malam.

"tak mengapa. saya pandai jaga diri saya. saya pergi dulu "~Elize pergi meninggalkan mereka.

Snow mengekori Elize dari belakang kerana dia risaukan sesuatu berlaku kepada Elize.

Elize menyedari nya.
Elize tahu yang Snow risaukan Elize. jadi,dia biarkan sahaja.

ketika Elize sampai di pondok nya,dia sangat terkejut. Pondok nya Terbakar!
Elize menutup mata untuk mengetahui angkara siapa itu.
Shakila!

"kenapa lah kak Syakila berdendam sangat dengan aku?"~Elize berkata sedemikian dan terus meredah masuk ke dalam pondoknya. untuk mengambil barang barangnya
Setelah Elize mengambil semua peralatan nya,Elize keluar. tetapi, disebabkan terlalu banyak asap yang Elize hidu,Elize menjadi sesak nafas dan terus menjerit kerana dia tahu yang Snow berada disitu. dia mahu Snow menolong nya. tiba tiba,Elize pengsan.

Snow yang berada di situ terus mengambil Elize dan bawanya keluar.
Snow bertukar menjadi manusia.
Snow membawa Elize ke hospital berdekatan.

Di hospital.


"Doktor Aisyah!tolong selamatkan Elize. tolonglah!"~Snow dalam bentuk manusia meluru

Doktor Aisyah yang berada di situ terus mengambil Elize dan membawanya ke wad untuk diperiksa.

Doktor Aisyah menyelamatkan Elize.
Snow berasa gembira dan lega kerana dia dapat selamatkan Elize.


"Terima kasih, Doktor Aisyah. saya tak tahu nak balas macam mana. terima kasih banyak banyak."~Snow.


"ini ialah tanggungjawab saya sebagai doktor. awak balik lah ke perkampungan awak. saya akan jaga Elize untuk awak. "~Doktor Aisyah.

"terima kasih. saya pergi dulu."~Snow.

"baiklah."~Snow bersalam dengan Doktor Aisyah dan terus berlalu pergi.

Didalam wad.

"Assalamualaikum, Elizebeth. awak dah sedar?"~Doktor Aisyah.

"Waalaikumussalam. awak doktor Aisyah kan?"~Elize.

"Seseorang hantar awak. betul. saya doktor Aisyah. "~Doktor Aisyah.

"Snow. betul kan?"~Elize.

Doktor Aisyah mengangguk.

"Doktor,boleh tak kalau saya keluar?saya perlu pergi ke suatu tempat"~Elize bangun.

"awak nak pergi ke perkampungan Werewolf,kan. biar saya yang hantar awak. "~Doktor Aisyah.

"awak pun dari puak serigala juga ke?"~Elize.

"tak. saya cuma bantu mereka. tapi, kecederaan mereka sangat teruk. saya tak dapat rawat. cuma awak sahaja."~Doktor Aisyah.

"baiklah. mari kita pergi."~Elize bangun dengan bantuan Doktor Aisyah.

mereka masuk ke dalam kereta doktor Aisyah.

mereka tiba di perkampungan Werewolf.

"Aisyah,awal kau balik. "~Twilight dalam bentuk manusia

"aku datang sini nak hantar Elizebeth. lepas tu aku pergilah kerja balik. ambik dia. bawa masuk."~Doktor Aisyah.

"baiklah"~Twilight membawa Elize masuk ke tempat semua serigala tercedera.

"kamu semua, Elizebeth dah datang. sila bagi kerjasama boleh?"~ Twilight.

Semua yang berada di situ hanya dapat melihat Elizebeth sahaja.

selama sebulan Elizebeth berada di situ.
selama sebulan itu lah Elizebeth merawat semua serigala yang sakit dan perkampungan itu menjadi lebih baik.

Elizebeth dan Snow dalam bentuk serigala sedang berada di dalam bilik Elize

"Elizebeth,lepas ni apa yang awak nak buat?"~Snow.

"mungkin saya akan tinggal di sini. sementara itu,saya nak fikirkan masa depan saya."~Elize.

"boleh je kalau awak nak tinggal di sini. awak tidurlah dulu. dah nak lewat malam dah ni. "~Snow.

"tapi,saya tak dapat tidur..."~Elize.

"nak saya dodoi kan?"~Snow.

"boleh je.. lagipun,saya tak pernah didodoikan sejak kakak saya hilang...."~Elize menangis.

"kenapa?"~Snow.

"tak apa lah...awak kata nak dodoi kan."~Elize mengelap air mata nya.

"baiklah. dengar,ya..

wahai adikku tidurlah..

jangan risau apa yang kan berlaku esok.

tidur sahaja.

kita tutup yang lama kita buka yang baru.

janganlah menangis...

hidup kita kan berubah esok hari...

mimpi....yang indah saja...

jangan kamu ingat perkara buruk dahulu.....

kita boleh ubah masa silam kita...

dari awal...dari awal...dari awal....

tidurlah...wahai adikku sayang..tidurlah..

esok kita kan gembira semula....

mimpikan yang indah..sahaja...

wahai adikku......"

setelah Snow mendodoi Elize, Elize dengan senangnya tertidur.
Snow menangis teresak esak kerana teringatkan seseorang.
setelah itu,Snow keluar dari bilik Elizebeth.

"kau tak nak bagitahu perkara sebenar pada Elize ke,Snow?"~Twilight yang berada lama di luar bilik itu.

Snow berubah menjadi manusia.

"mungkin esok. esok aku bagitau dia. lagipun,esok ialah hari penting dia. marilah,kita siapkan apa yang patut untuk esok."~Snow mengajak Twilight untuk menyelesaikan 'sesuatu'.

"janji esok.."~Twilight.

"ya,aku janji."~Snow.

mimpi Elizebeth.

ketika itu, keluarga Elizebeth masih bahagia. sangat sangat gembira. Shakirah,kakak yang disayangi semua, Shahril,Shakila, Elizebeth dan Elysa sedang bermain kejar kejar dan bermain buaian.

Shakila menolak buaian Shahril dan Elizebeth menolak buaian Elysa manakala Shakirah pula sedang makan aiskrim senyap senyap.

Elizebeth perasaan yang kakak kesayangan nya sedang makan aiskrim.

"tak aci kakak Shakirah makan aiskrim sorang sorang...nak juga.."~Semua yang berada di situ terus meluru ke arah Shakirah setelah Elizebeth memberi tahu mereka bahawa kakak Shakirah sedang makan aiskrim sorang sorang.

"ep...ep..akak dah belikan untuk korang lah..mangga untuk Shakila,epal untuk Shahril, Elizebeth strawberi,Elysa blueberry dan untuk mama Dan papa perisa Pandan."~Shakirah memberi adik beradik dan ibu bapanya aiskrim yang dibeli sebentar tadi.
"terima kasih kak Shakirah!"~Semua menjerit keriangan.

"sama sama.."~Shakirah.

"terima kasih Shakirah. susah susah je belikan "~Naini.

"takde susahnya,ma. makan lah. tengok papa tu,makan tak ingat dunia ."~Mereka ketawa kerana melihat Shahrul makan aiskrim sampai kan meleleh.

setelah habis makan,mereka membuang sampah. Shakirah membuang sampah mereka semua.tiba tiba ada gegaran yang berlaku. Shakirah tahu apa yang berlaku.

"kamu semua lari!pergi balik kerumah!mereka cuma mahukan saya sahaja!"~Shakirah memberi arahan kepada keluarga nya.

semua mengikut arahan kecuali Elizebeth.

"Elizebeth,pergi akak ada benda yang nak di uruskan.pergi!"~Shakirah.

"Tak!saya tak nak tinggalkan akak. tolonglah,jangan tinggalkan Elize. Kakak!"~Elize menangis.

"Elize jangan risau. Kakak ada kawan yang boleh tolong akak."~datang sekumpulan serigala.

"Twilight,pergi hantar adik saya ke tempat yang selamat. yang lain,mari sedang mereka!"~Semua serigala mengikuti Shakirah kecuali serigala hitam yang diberi nama Twilight itu.
Twilight pergi ke arah Elize dan mengangkat Elize untuk membawa nya pergi ke tempat selamat.

"Elizebeth,mari saya hantar awak ke tempat yang selamat."~Twilight.

"Awak boleh bercakap?"~Elize terkejut.

"ya,saya boleh."~Twilight.

"Twilight,apa yang kakak saya katakan?saya tak faham apa yang berlaku."~Elize.

"biar saya bagitahu awak. kakak awak sentiasa dengan kami. kami ialah puak serigala. yang menyerang itu ialah dari puak Vampire. mereka benci dengan kami. jadi,dia sasarkan kakak awak yang rapat dengan kami. "~Twilight.

Tiba tiba Twilight tersungkur.

"apa yang berlaku?"~Elize.

"salah seorang daripada puak Vampire dah serang saya. ouch..."~Twilight memegang perut nya yang berdarah terkena anak panah.

Elize segera merawat Twilight.

"dari mana awak belajar semua ni?"~Twilight tertanya tanya bagaimana Elize dapat merawatnya dengan cepat.

"kakak Shakirah ajar saya."~Elize.

tiba tiba telinga Twilight ke atas bermaksud dia terdengar sesuatu.

"ada salah seorang daripada puak Vampire datang.awak kena pergi. sendirian."~Twilight.

"tapi..."~Elize.

"pergi, sekarang. tolonglah..."~Twilight merayu.

Elize akur dan pergi.
setelah beberapa minggu kelibat Shakirah masih tidak kelihatan. sejak itu, keluarga Elizebeth hancur. kerana mereka menyalahkan Elizebeth terhadap apa yang berlaku pada Shakirah.

Elize terbangun dari tidur setelah dikejutkan oleh doktor Aisyah.

"Elize..bangun. pergi mandi dan mari keluar. ada benda yang saya dan yang lain nak bagitau."~Doktor Aisyah.

Elize menggeliat dan pergi mandi.

Elize keluar dan tiba-tiba.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience