bab 7

Action Completed 1736

Chapter 7: kebenaran terbongkar 1

Elize dan Doktor Aisyah keluar.
tiba tiba....

"Surprise!"~Ramai yang keluar dari tempat persembunyian mereka dalam bentuk manusia kecuali snow.

Elize terkejut dan bertanya
"apa yang berlaku?apa yang kamu semua buat?"~Elize.

"amboi...hari jadi sendiri pun tak ingat?"~Doktor Aisyah.

"eh...eh...saya lupa..."~Elize tersenyum malu.

"siapa yang bagitau?sebab selama saya tinggal disini,saya tak pernah bagitau."~Elize bertanya tiba tiba.

"Snow bagitau."~Twilight dalam bentuk manusia bersama Snow yang masih dalam bentuk serigala.

"terima kasih,Snow. tapi,macam mana awak tahu?saya tak kenal awak pun.."~Elize menggaru kepala yang tidak gatal itu.

"Elize,ikut kami. Snow ada benda yang bagitau. korang semua makanlah dulu."~Twilight

Elize mengikut Twilight dan Snow dari belakang. yang lain sedang makan.

sampai dibelakang perkampungan Werewolf.

"apa yang awak nak bagitau saya?"~Elize.

Twilight dan Snow berhenti.


"awak nak tahu siapa Snow sebenarnya?"~Twilight bertanya serius.

Elize hanya mengangguk.


"Snow. "~Twilight memberi isyarat kepada Snow.

Snow bertukar menjadi manusia.
berubah kepada wanita yang cantik.

Elize seakan akan tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

"Elize?awak kenal saya kan?"~Snow.

Elize menangis teresak esak dan terus memeluk Snow.

"mestilah saya kenal..saya..saya dah lama cari kakak..kakak pergi mana?kakak Shakirah tak sayang Elize ke?"~Elize mengeratkan lagi pelukannya.

Shakirah terus membalas pelukan Elize.

"dah puas Elize cari akak. sejak akak hilang,porak peranda keluarga kita. Elysa dan Elize kena dera. Elize kena tuduh..Diorang kata sebab adik akak hilang. Elysa pula pertahankan Elize. Kitorang kena dera,kak..."~Elize.

"maafkan kakak, Elize..Kakak takut kalau diorang nampak akak ni berubah jadi serigala..."~Shakirah.

Setelah beberapa minit,mereka melepaskan pelukan mereka.

Elize menceritakan semuanya. tak ada yang tertinggal. dari A hingga Z.

Shakirah seakan akan tidak percaya.

"sanggup mak ayah buat macam tu.."~Shakirah.

"tapi,Elize gembira sebab dapat jumpa kakak.. walaupun kakak ni serigala..."~Mereka ketawa.
Twilight yang berada tidak jauh dari situ hanya memandang langit.

Shakirah memberi Elize seutas rantai yang cantik.

"apa ni kak?"~Elize.

"ini ialah rantai yang boleh berubah menjadi bentuk pedang. nanti akak ajar."~Shakirah memakaikan Elize rantai itu.
Elize terus menggosok rantai itu.
cantik. itu ialah perkataan yang Elize selalu katakan.

"Hei,jangan lupa. parti masih berjalan. mari kita habiskan parti dulu. barulah kita habiskan masa bersama."~Shakirah.

"baiklah..mari kita pergi. "~Elize.

mereka pergi semula ke majlis.

setelah selesai makan dan bermain,mereka semua mengemas dan pergi masuk tidur.

didalam bilik Elize.

Elize dan Shakirah masih rancak berbual.

"Shakirah,biar lah Elize tidur. dah lambat ni. lagipun,aku ada benda nak bagitau kau.keluarlah."~Twilight mengetuk pintu.

"Twilight dah panggil. akak pergi dulu. tidur tau.."~Shakirah berkata lembut.

Elize mengangguk. lagipun,dia memang mengantuk.

Shakirah keluar dan terus mengajak Twilight jauh dari bilik Elize.

"kenapa kau tak cakap tentang lagi satu puak tu?"~Twilight berkata sedemikian sambil memandang ke arah bulan yang mengambang itu.

"apa maksud kau? "~Shakirah.

"kau tak nak bagitahu dia ke?nanti dia tahu juga. dia tu kan macam juga. kau separuh Werewolf separuh puak tu.. lagipun,malam ni tepat tahun ke seratus peperangan kita dengan puak Vampire. Diorang dah tolong kita. sekarang kita kena tolong dia pula. esok berkemungkinan dia akan tanya tentang puak tu. kau tahu lah macam mana perangai Erik. "~Twilight panjang lebar.

"aku lupa nak bagitau dia lah.."~Shakirah mengusap lehernya.

"kau jangan nak tipu aku, Shakirah. aku dah lama kenal kau. kenapa kau takut bagitau dia?diorang tak seteruk puak Vampire lah..diorang baik je dengan kita.aku rasa,dia boleh terima. macam hari ni. kau bagitahu dia,terus jadi macam dulu."~Twilight.

"esok lah..lagipun,dia tidur. "~Shakirah.

"baiklah. kau bagitahu dia. aku akan bagi kau privasi."~Twilight terus pergi.

Shakirah terus memandang bulan dan angin membuai pipi lembut Shakirah.

"ibu dan ayah takkan marah Shakirah kan? "~Shakirah terus masuk ke bilik nya.

DIDALAM MIMPI ELIZE.

Elize sedang berada di bilik yang sangat terang.

"kat mana ni?"~Elize memandang sekeliling. terlalu terang. dia tidak dapat melihat dengan jelas.

tiba tiba bahunya dipegang.

Elize melompat kebelakang.

"Elize,jangan takut. "~Seorang lelaki berambut oren .

"macam mana awak tahu nama saya?awak siapa?dimana saya?"~Elize memberikan pelbagai soalan.

"oh..saya lupa nak bagitau awak. saya Erik Knight. dari puak pheonix. ini mimpi awak. "~Erik.

"puak pheonix?"~Elize.

"awak mesti tak pernah dengar tentang kami kan?"~Erik.

Elize menggeleng kepala.

"Humm..baiklah. macam ni. awak tanya kakak awak atau pun Twilight. diorang tahu tentang puak pheonix. saya pergi dulu."~Erik mengeluh dan pergi.

Elize terbangun dari tidur nya.

"mimpi apa tadi tu?Erik Knight?Puak pheonix?aku kena tanya kakak."~Elize bangun mandi dan bersiap.

Elize pergi ke bilik Shakirah.
Elize mengetuk.
setelah mendengar seseorang menyuruh nya masuk,Elize masuk.

"Elize mesti nak tahu tentang puak pheonix kan?"~Shakirah .

"macam mana akak tahu?"~Elize terkejut.

"kakak pun macam adik. dianugerahkan sesuatu yang luar biasa. tentang puak pheonix tu. yang sebenarnya,kita berdua bukan..bukan anak kepada.. Naini dan Sharil."~Elize terkejut.

"kita ialah anak kepada Peny dan Wakiya. Peny ialah daripada puak pheonix dan Wakiya pula daripada puak werewolf.
Tentang Erik,dia ialah abang kita. sebab tulah,Elize dapat mimpi tentang Erik..dia nak sangat jumpa Elize. sekarang,Elize nak jumpa tak?"~Shakirah.

"pergi mana?"~Elize masih lagi terkejut tetapi memberanikan diri untuk bertanya.

"jumpa Erik. akak pun dah lama tak jumpa dia."~Shakirah.

"nak pergi dengan apa?"~Elize.

"kita tak perlu pergi tetapi dia akan datang. kita boleh panggil dia dengan rantai lagi satu ni."~Shakirah memberikan seutas rantai dan memakaikan Elize rantai itu.

"pegang rantai ni. "~Shakirah.
Elize memegang rantai itu.

"panggil nama Erik."~Shakirah.

"Erik Knight!"~Mereka menjerit nama Erik.

tiba tiba ada sesuatu terbang dari langit dengan laju.

"awak semua panggil saya ke?"~Erik dari atas sambil mendarat.

"abang dah jadi makin laju sekarang."~Shakirah.

"of course lah..abang ikut petua ayah dan mama memang berguna.."~Erik kelihatan sedih setelah berkata sedemikian.

"dah lah tu..kau abang kan..kenalah kuat. jangan malukan puak kau lah.."~Shakirah.

Elize hanya melihat sahaja percakapan mereka.

"abang,ni Elize. kau dah ganggu tidur dia tahu tak?kau jangan ingat aku tak tahu yang kau masuk dalam mimpi dia."~Shakirah.

"sorry lah..aku cuma rindu dia je.."~Erik.

"sekarang kau dah boleh tengok dia. depan depan..pergi lah cakap dengan dia. aku pergi dulu."~Shakirah.

"pergi dating dengan Twilight ke?"~Erik bergurau.

"lebih kurang..."~Shakirah gelak sambil berlari.

"tak habis habis budak ni.."~Erik.

Erik memandang Elize yang sedang menyandar pada dinding dan duduk sambil memandang ke langit.

"betul ke yang awak abang saya?"~Elize berkata tanpa memandang wajah Erik.

"takkan Elize tak percaya?"~Erik menyandar pada dinding yang sama.

"Elize percaya tapi...kenapa abang tinggalkan Elize?kenapa tinggal kan kakak?"~Elize masih belum memandang Erik.
Erik tersentap.

"kalau abang tak nak jawab..saya pergi dulu.."~Elize bangun.

"nanti,Elize."~Erik menggenggam tangan Elize.

"tunggu. abang akan bagitau. tapi,kita masuk bilik Elize. sini tak sesuai."~Elize meleraikan genggaman Erik.

"kalau macam tu,marilah."~Elize.
Erik mengekori dari belakang.

sampai di bilik Elize.
biliknya kemas.
Erik terlihat satu bingkai gambar.
gambar ketika keluarga Elize sedang gembira. tiada Erik.
Erik hanya mengeluh.

"kata nak bagitau. sekarang lah."~Elize duduk di tilam nya.

begitu juga Erik.

"yang sebenarnya,ada peperangan berlaku seratus tahun yang dahulu. puak pheonix dan puak Werewolf bergabung tenaga untuk bertarung dengan puak Vampire. ketika peperangan itu berlangsung,abang baru berumur 6 tahun Shakirah berumur 5 tahun. Elize baru sahaja dilahirkan. Peny dan Wakiya iaitu mak ayah kita suruh kita berpecah. tapi,kakak tak nak berpisah dengan Elize sebab katanya nak jaga Elize sebab baru dilahirkan. jadi,kami terpaksa setuju. abang pula perlu ada jauh dari Shakirah dan Elize. walaupun begitu,abang ada je dengan korang. abang tengok dari langit. bila abang tengok Shakirah berlawan dengan puak Vampire dulu,abang tolong sebab Shakirah ketika itu bersendirian. nasib baik sempat. kalau tak, Shakirah tak ada kat sini untuk bagitahu semua ni."~Erik bercerita.

"sekarang tak bahaya ke kalau kita bersama?"~Elize memberanikan diri untuk bertanya.

"tak sangat sebab puak Vampire pun dah semakin berkurangan. "~Erik.

"apa kuasa pheonix?"~Elize.

"seperti yang Elize tahu,puak Vampire boleh membunuh dengan senang, Werewolf Pula boleh menerkam mangsa dengan kuku. Pheonix pula bergerak dengan pantas dan laju."~Erik.

"apa puak Elize? apa yang Elize tahu,kakak Shakirah dari puak Werewolf Dan abang dari puak Pheonix. saya apa?takkan dari puak Vampire?"~Elize membuat kan Erik terkejut.

"Elize bukan dari puak Vampire. tapi,Puak pheonix dan puak Werewolf. Elize boleh bergerak laju. cuma Elize tak boleh nak berubah je. tapi,boleh menerkam mangsa dengan kuku yang tajam."~Erik.

"kenapa Elize tak boleh berubah?"~Elize memandang Erik.

"sebab Elize dapat kuasa gabungan. jadi,Elize tak boleh bertukar. hanya boleh bergerak laju dan menerkam mangsa. "~Erik memandang Elize.

"sekarang,Elize gembira sebab Elize tahu perkara sebenar. tapi,Elize tetap sayang kan Elysa. satu satunya adik yang Elize sayang. dialah yang selalu lindungi Elize. sekarang,Elize nak lindungi dia pula. tapi,Elize tak tahu..."~Elize memandang ke bawah.

"mungkin boleh."~Shakirah membuka pintu.

"macam mana?"~Elize.

"Kakak dah cari tempat Elysa bersekolah. rasanya,akak boleh daftarkan Elize ke sekolah tu. tapi..agak jauh dari sini."~Shakirah.

"Elize tak kira walau sejauh mana pun Elize kena pergi. jangan risau. Elize boleh pergi "~Elize.

"macam mana?"~Shakirah.

"dia kan dari kedua-dua puak. Elize boleh guna kuasa pheonix untuk pergi jauh. takkan kau lupa?"~Erik menyampuk.

"tapi,aku takut Elize tak boleh nak kawal.."~Shakirah.

"jangan risau. aku boleh ajar. kau dan Twilight pula ajar dia untuk bertarung. katanya,nak lindungi Elysa. jadi,dill?"~Erik.

setelah berfikir panjang,Shakirah bersetuju.
bagus juga jika Elize belajar pertahan diri. untuk keselamatan semua.

pada keesokan harinya.

Elize bersiap awal kerana dia tidak sabar untuk berlatih. dia terlalu teruja.
sementara menunggu yang lain bangun,Elize memutuskan untuk berjoging dahulu.

Elize nak berjoging sekejap. Elize nak regangkan badan. lama dah tak berjoging. nanti Elize balik kalau pukul 12 tengah hari Elize tak balik juga,cari Elize dekat Taman Suria . Elize bukan apa. Elize cuma Takut ada apa-apa yang berlaku...
daripada: Elizebeth.
kepada. :si pembaca.

Elize menulis pada kertas supaya yang lain tidak risau.
setelah selesai menulis,Elize pergi ke Taman Suria.

dia berjoging dan ketika dia sedang berjoging,dia berhenti kerana dia dapat rasakan yang ada seseorang yang mengekori nya.
bunyi derapan tapak kaki itu tidak kedengaran menandakan dia berhenti. Elize memandang ke belakang.
secara tiba-tiba, kepalanya dihentak oleh sesuatu. orang yang menghentak kepala Elize meletakkan sesuatu dicelah pokok yang berada berdekatan.

jam 12:20 tengah hari.

mereka yang berada di perkampungan serigala berasa risau kerana takut takut ada sesuatu berlaku pada Elize.
ketika itu, Shakirah, Twilight dan Erik ke Taman Suria untuk mencari Elize.
Mereka mencari dimerata tempat tetapi tidak menjumpai Elize. tiba tiba,ketika Erik hendak berehat di sebuah pokok kerana penat terbang,dia terjumpa sebuah kertas yang berada dalam satu sampul hitam.
Erik kenal dengan sampul itu. dia terus mengambil sampul hitam itu dan membacanya. setelah membaca nya,Erik menggenggam penumbuk nya dan mengepal surat itu. Twilight dan Shakirah yang sudah lama berada di situ menunggu jawapan Erik.

"Erik,kau jumpa apa tu?"~Twilight.

"diorang dah tangkap Elize untuk dijadikan tebusan. diorang tak pernah berubah. tapi,dia orang tak tahu pasal Elize. sebab kalau diorang tahu,diorang akan pergunakan Elize untuk menentang kita."~Erik menjadi serius.

"siapa?"~Shakirah.

"puak Roze. diorang memang berdendam dengan Erik. tapi,aku tak sangka pula yang diorang boleh culik Elize. untuk dijadikan tebusan. geramnya aku!"~Twilight mengamuk dengan meramas rambut nya yang hitam berkilat itu.
dia juga melompat lompat kemarahan.

Shakirah terkejut. dia tidak pernah tahu tentang puak Roze. dia juga tak pernah melihat Twilight mengamuk begitu.

"Twilight,sabarlah...."~Erik menenangkan Twilight.

"macam mana aku nak sabar sedangkan diorang dah culik Elize? "~Twilight.

"tapi, sekurang kurangnya diorang tak tahu tentang Elize.."~Erik.

"tak!kau salah!kalau diorang tahu Elize tu adik kau,bermakna diorang pun tahu tentang kuasa Elize! kau tak terfikir ke? lagipun,diorang kan ada kuasa tu. takkan tu pun kau tak fikir!"~Twilight menjerit disitu.

"kalau macam tu,bukan ke sepatutnya kita pergi?kat mana diorang?"~Shakirah cuba untuk menenangkan keadaan dengan berkata perlahan.

"diorang berada di tempat persembunyian. di atas langit. tapi,macam mana korang nak naik?korang tak de sayap."~Erik mengibas sayap nya yang besar itu.

"takkan kau tak boleh angkat kami. lagipun kau hanya perlu angkat kami berdua sahaja. "~Twilight.

"macam mana?"~Erik.

"biar kami naik atas kau. takkan tu pun tak boleh!"~Twilight menjerit tak puas hati.

"sabar lah...baiklah...naik atas aku."~Erik membenarkan mereka menaiki atasnya.

Shakirah dan Twilight menaiki Erik.

setelah beberapa minit mereka terbang,mereka sampai di suatu tempat yang kelihatan ceria.
ramai yang bermain.

' lagi sekali,aku menjejakkan kaki aku. tunggu kau, Roymez. aku akan hentikan apa yang kau rancangkan dan apa yang kau dah ambil. '~Twilight bermonolog sendirian.

"ini memang tempat puak Roze tapi,mereka semua bukan dari puak Roze. mereka dari puak yang bercampur. disini,mereka dilindungi."~Erik.

"apa maksud abang dilindungi?"~Shakirah.

"mereka dilindungi selagi mereka tidak keluar dari sini dan dedahkan tentang puak Roze. kalau mereka mendedahkan tentang puak Roze,mereka akan diburu sehingga mereka ditangkap dan diseksa sampai mati."~Erik.


'dilindungi lah sangat.'~Twilight monolog.

"macam mana kau tahu semua tu?"~Twilight bertanya walaupun dia sudah tahu segalanya.

"sebab...aku tinggal disini...dulu. sebab tulah mereka buru aku..tapi,tak sangka diorang pergunakan Elize..."~Erik menangis.

' aku tahu. sebab dulu kita pernah berkawan. tapi,kau yang lupa. '~Twilight monolog.

"dah lah tu,abang..."~Shakirah memujuk.

ketika Erik menangis, seseorang terdengar perbualan mereka datang.

"abang Erik,abang nak cari Elize ke?"~lelaki yang agak sama umur dengan Erik berbisik kepada Erik.

Twilight memandang lelaki itu.
dia terkejut tetapi disembunyikan.
dia menggenggam penumbuk.

' berani kau tunjuk muka kau depan aku. sempat kau berpura pura. kau boleh tipu diorang. tapi bukan aku.'~ Twilight.

"kuro. ya,abang tengah cari adik abang. macam mana Kuro tahu?"~Erik.

"dah heboh satu tempat ni. sekarang,biar Kuro yang hantar abang pergi. bersama kawan kawan abang. mari."~Kuro.

"semua,Kuro tahu kat mana Elize. mari kita ikut dia."~Erik.

"baiklah. "~Shakira.

mereka mengikuti Kuro dari belakang.

"abang dan kawan kawan abang tunggu sini. biar saya masuk dulu."~Kuro.

Erik mengangguk.
Kuro masuk ke dalam bilik itu.

"siapa dia?"~Shakirah.

"dia kawan abang. tapi,sebab dia agak muda dari abang,dia panggil abang Abang Erik. kami dah lama berkawan. sampailah abang keluar dari sini. dia lah yang pantau tempat ni."~Erik.

' kau mudah sangat percaya pada orang. nanti dia akan tikam belakang kau. tapi,aku takkan pernah biarkan kau tipu kawan aku.' ~ Twilight.

Shakirah mengangguk.

"awak semua,masuk."~Kuro memanggil mereka dari dalam dan keluar.

Erik membuka pintu dan Kuro keluar meminta diri untuk pergi.

sebelum Kuro pergi, Twilight membuat pandangan tajam kepada Kuro manakala Kuro tersenyum sinis.


' katakan selamat tinggal pada kawan kawan kau, Twilight. '~ Kuro tersenyum sinis.

Twilight dan yang lain terus masuk.

Erik dan Shakirah sangat terkejut.
tempat itu dipenuhi dengan darah.

"apa yang berlaku disini,abang?"~Shakirah terkejut melihat darah berada dimerata tempat.

"ini ialah darah orang yang pernah mengkhianati aku.."~Seorang lelaki berambut putih keluar disebalik kegelapan.

"siapa kau?mana Elizebeth!"~Shakirah menjerit.

"aku Rozmey. ketua bagi puak Roze. aku dah masuk dalam kepala adik kau. banyak penderitaan yang dia dah alami. korang pula tambah kan masalah pada dia. kesian...jadi,aku jadikan dia orang kanan aku. supaya dia dapat lupakan kisah silam dia.. perkenalkan orang kanan aku yang baru,Elize."~Elize keluar dari belakang Rozmey.

semua terkejut.
pemakaian dan penampilan Elize bertukar.
rambutnya dibiarkan keluar, kacamata nya dibuang menampakkan parut di mata kirinya, berpakaian kot,matanya juga berwarna merah menandakan dia dipukau.

"apa yang kau dah buat dekat Elize?"~Erik.

"aku jadikan dia orang suruhan aku. itu saja."~Rozmey.

' kau nak pergunakan dia,Roymez. kau jangan ingat aku tak tau.'~ Twilight bermonolog dan dia tahu yang Roymez dapat mendengar nya.
hanya Erik dan Shakirah tidak dapat mendengar nya kerana kuasa Shakirah masih ditahap rendah.
manakala Erik tidak mempunyai kuasa itu.
Roymez memandang Twilight tersenyum.

"jadi,kau dah tahu apa kuasa yang dia ada?"~Erik.

"of course aku tahu. kan aku ada kuasa untuk melihat minda seseorang. macam Elize dan Shakirah."~Rozmey.

"apa yang kau cuba nak bagitau aku?"~Shakirah.

"takkan kau tak tahu yang kau dan adik kau pun dari puak kami?"~Rozmey

Shakirah terkejut.

"apa maksud kau?"~Erik.

"sama macam soalan Elize bila aku bagitau dia."~Rozmey.

"apa yang berlaku tadi?"~Erik.

"biar aku tunjukkan."~Rozmey memetik jarinya dan mereka terus berada semasa Elize dikurung.

"apa yang berlaku?..."~Elize menangis.

"Elize!"~walaupun Shakirah menjerit,Elize masih tidak dapat mendengar apa yang Shakirah katakan.

"ini ialah apa yang berlaku sebelum Elize menjadi orang kanan aku. seperti hologram. kau boleh nampak tapi tak boleh berkomunikasi dengan orang itu."~Roymez menerangkan.

pintu dibuka.
Elize memandang ke arah pintu.

"siapa awak?"~Elize masih menangis.

"saya Roymez. dari puak Roze.saya cuma nak awak jadi orang kanan saya. "~Roymez.
"puak Roze?"~Elize.

"puak kami hanya lah melindungi orang yang telah dibuang. macam kau, Elizebeth. "~Roymez.

"macam mana awak tahu nama saya?"~Elize mengesat airmata nya.

"puak kami mempunyai kuasa untuk masuk dalam minda orang. kami boleh baca fikiran orang. kau salah seorang daripada kami."~Roymez.

"apa maksud kau?aku tak pernah tahu yang aku dari puak Roze pun. aku pun tak tahu tentang puak kau lah!"~Elize marah.

"Elize,jangan marah..kakak kau pun tak tahu. sama macam abang kau. yang tahu hanya Twilight. dia tahu segalanya. "~Roymez menenangkan Elize.

Erik dan Shakirah memandang Twilight serentak.
Twilight masih menyaksikan apa yang berlaku.

"macam mana aku boleh jadi sebahagian daripada puak kau? Sedang kan mak aku puak Pheonix dan ayah aku puak Werewolf. jelaskan sementara aku bagi masa."~Elize memandang tajam.

"disebabkan kau ada gabungan kuasa. gabungan kuasa kau bukan sahaja kuasa pheonix dan Werewolf tetapi juga puak puak yang lain. semua puak bergabung dengan kau. Vampire Dan Roze. kau adalah daripada semua puak,Elize.. kecuali kakak kau, Shakirah dan abang kau,Erik.. Shakirah dari puak Roze, Werewolf dan Pheonix. manakala Erik dari puak Pheonix dan Werewolf."~Roymez menerangkan.

Elize terjatuh. dia seakan akan tidak percaya.

"ini bermakna....aku ni...dari puak Vampire Yang membunuh tu juga ke?"~Elize bertanya.

Roymez hanya mampu mengangguk.

Shakirah yang berada disitu menangis teresak esak mendengar nya.
Erik menenangkan Shakirah.
Twilight masih lagi terdiam sambil menggenggam tangannya secara sembunyi.

"marilah ikut aku,Elize. mari kita hapuskan orang yang dah sakiti kau."~Roymez menghulurkan tangan nya.

"tak Elize,jangan!"~Shakirah menjerit Walaupun dia tahu yang Elize tidak akan mendengar nya.

"kau jangan ingat aku akan bunuh orang. aku tak nak bunuh orang.. biarlah aku disakiti daripada aku sakiti mereka..."~Elize mara laju ke arah Roymez untuk menerkam nya. tetapi,Roymez lagi pantas dan mengunci tangan Elize.

"kau rela tengok orang yang dah seksa kau hidup gembira daripada kau yang tersakiti ke?"~Roymez melepaskan genggaman nya.

Elize mengambil peluang untuk menyerang Roymez.

"aku takkan sakiti orang lain hanya sebab dia sakiti aku. sebab aku sayang mereka. walaupun diorang dah seksa aku,aku tak nak tengok diorang terseksa!"~Elize.
Roymez hanya mengelak.
Erik dan Shakirah terkejut melihat pergerakan Elize. terlalu laju. terlalu kuat.

"kau memang kuat. tapi,tak sekuat aku. sekarang, giliran aku!"~Tiba tiba ada sesuatu yang datang dan semakin lama,ianya menjadi satu bentuk pedang yang bercahaya gelap.

Elize menjadi semakin lemah kerana menggunakan terlalu banyak tenaga untuk melawan Roymez.
Elize memandang Roymez sambil memegang dada nya yang semakin sesak itu.

"ini ialah pedang yang akan membuatkan kau ikut arahan aku."~Roymez menghalakan pedangnya ke arah Elize.
Elize mengelak lagi.

sedikit demi sedikit aura kejahatan menyerap ke badan Elize ketika pedang itu terkena pada Elize.

Elize semakin lama semakin lemah.
Elize terduduk.
dia terima apa yang akan terjadi.
Roymez mengangkat pedang nya dan mata pedang itu terkena pada mata sebelah kiri Elize.
Elize pengsan.
Roymez mengangkat Elize dan membawanya ke bilik.

mereka yang lain hanya mengekori Roymez yang membawa Elize ke bilik yang mereka sendiri pun tidak tahu.

ketika Roymez memasuki bilik itu,mereka yang lain memasuki nya dengan senang tanpa perlu membuka pintu.

ketika mereka berada di situ, Erik dan Shakirah terkejut.
Roymez sedang membersihkan luka pada mata Elize sambil mengeluh.

tiba tiba mereka berada di tempat mereka semula.

"aku tak sekejam yang korang sangkakan. aku cuma nak buat kan mereka yang menyeksanya pula yang terseksa. seperti mana yang dia pernah rasa. "~Roymez.

Elize masih diam.

"tapi,apa yang aku tak faham kenapa kau sanggup lukakan Elize?"~Shakirah.

"aku...aku tak sengaja yang sebenarnya..."~Roymez memandang Elize yang dipukau itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience