Bab 1

Action Completed 1736

Chapter 1: Drike.

"maaf kan saya,Maria. Saya tak dapat nak siapkan kerja rumah yang awak berikan..."~Elysa.

"apa?!berani kau tak siapkan kerja aku. aku akan kerjakan kau nanti. tengok je lah."~Maria mara bersama ahli nya dan melanggar bahu Elysa hingga jatuh.

"itu baru sikit. aku dan ahli aku akan buat yang lagi teruk dari itu."~Maria berkata sedemikian sebelum dia pergi.


Ketika Maria dan ahli kumpulan nya pergi berjalan makan angin di taman berdekatan dengan sekolah,mereka terasa seperti di perhatikan.

Maria dan ahli kumpulannya berhenti.
Maria dapat rasakan bahawa orang yang mengekori mereka juga berhenti.

ketika mereka berjalan semula,ada sesuatu yang melintasi mereka dengan pantas.

"itu..itu cuma daun..jangan takut."~Maria cuba untuk tidak takutkan ahli kumpulannya kerana jika mereka takut,mereka akan lari dan meninggal kan Maria.

mereka meneruskan perjalanan mereka semula. Ada sesuatu melintasi mereka lagi.

"siapa tu? tunjukkan diri kau."~Maria memberanikan diri.
tiba tiba semua ahli kumpulan nya terjatuh dan pengsan.

"kalau kau tak jawab juga,bermakna kau pengecut."~Maria.

"awak pun sama,Maria. awak suruh Elysa buat kerja awak."~Suara aneh.

"kau siapa?macam mana kau tahu?~Maria.

Seorang perempuan yang berniqab dan menutupi seluruh badannya dengan pakaian serba hitam tiba tiba datang dan terus mencengkam kedua-dua belah tangan Maria.

"saya Drike. kamu perlu ingat yang saya selalu ada bersama Elysa."~Drike.

"apa yang kau nak?"~Maria.

"simple. saya cuma nak awak untuk jangan ganggu Elysa."~Drike.
"kalau aku ganggu juga?"~Maria.

Drike memulas kedua-dua belah tangan Maria.

"saya akan buat awak jadi lebih teruk dari ahli-ahli kumpulan awak."~Drike.

"ba..baiklah...tolong lah..lepaskan..tangan saya.."~Maria.

"awak janji untuk tidak menganggu Elysa lagi?"~Drike memberikan pandangan tajam kepada Maria.

Maria mengangguk berkali-kali.

Drike melepaskan tangan Maria.

"saya cuma nak bagitahu,kita cuma boleh hidup di bumi ini satu kali. bila awak dah buat satu kesilapan yang memberi kesan pada orang lain,orang yang kena itu mungkin sukar untuk memaafkan kesalahan awak. jadi, sementara ada masa,minta maaf pada mereka.bila kita buat kesalahan walaupun sikit,dosa kita, selangkah kita masuk ke neraka. buat lah baik pada semua. sementara ada masa. sementara awak ada orang yang masih boleh percayakan awak."~Drike menitis kan air mata. dia mengelap air mata nya selepas dia menyedari yang dia sedang menangis.

"saya rasa,dah tak ada apa yang saya boleh katakan. cuma ingat,manusia boleh berubah perlahan lahan.ada juga yang boleh berubah begitu sahaja. awak ada dua pilihan, antara Syurga atau Neraka. dibenci atau disayangi. fikirlah baik-baik.kalau begitu,saya pergi dulu."~Drike berlalu pergi.

Maria mengambil peluang itu untuk menarik Niqab Drike.

Maria menarik dan serentak itu Drike memegang tangan disebelah Kanan Maria yang menarik Niqabnya.
selepas Maria menarik niqab Drike,Maria terkejut kerana dia mengenali orang itu.
Drike berpaling dan memandang Maria dengan tajam.

"kalau awak bagitau siapa saya,saya akan buat awak tutup mulut. Jangan sampai saya buat awak jadi macam kumpulan Supreme, Granco dan Divagodges."~Drike tersenyum sinis.

disebalik kaca mata itu,Maria dapat melihat renungan tajam yang diberikan oleh Drike.

"apa maksud kau?"~Maria.

"saya lah yang buat kan mereka berhenti kacau orang lain. daripada kuat menjadi lembik. jangan sampai saya buat begitu pada kamu dan ahli ahli kamu yang lain.ingat apa yang saya katakan tadi, Maria."~Drike merampas Niqabnya dan terus pergi tanpa kesan.

Ahli-ahli kumpulan Maria yang baru sahaja sedar dari pengsan terkejut kerana melihat Maria sedang terduduk dengan rupa yang baru sahaja ternampak hantu.

"Maria,kenapa ni?kau tak sihat ke?"~Marina,salah seorang ahli kumpulan Maria.

"aku...aku rasa..aku nak bubarkan kumpulan ni.."~Maria terketar-ketar.
ahli-ahli kumpulan Maria terkejut dengan apa yang Maria katakan.

"apa maksud kau?"~Mariana,salah satu ahli kumpulan Maria.

"aku..aku akan bubarkan kumpulan ni..jadinya,kita bukan lagi satu kumpulan."~Maria.

"Dah tu,kalau bukan satu kumpulan,kita satu apa?"~Mariana.

"aku..aku nak kita..jadi satu..satu sahabat.."~Maria.

Ahli ahli kumpulan Maria terkejut.
kerana Maria tidak pernah mengaku mereka sebagai kawan apatahlagi sahabat.

Mariana tersenyum. begitu juga yang lain.

"baguslah macam tu ..aku mungkin tak tahu apa yang berlaku tadi,tapi dengan apa yang aku dapat faham sekarang,kau dah insaf. "~Mariana.

"ya,aku rasa aku dah tak nak buat semua benda yang tak elok. mulai sekarang,kita sahabat dan aku nak buat peraturan."~ Maria.

"apa peraturan nya?"~Mariana.

"kita akan tolong sesiapa sahaja dalam kesusahan,tak kira musuh atau kawan. dan mulai sekarang,kita perlu cakap saya awak. jangan aku kau. boleh?"~Maria.

Semua orang tersenyum.

"baiklah."~Serentak.

Drike yang masih lagi memerhatikan mereka, tersenyum. dia gembira melihat orang lain gembira. walaupun hatinya tidak.

Drike pergi dan pulang ke rumah nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience