Bab 5

Action Completed 1736

Chapter 5: Perjumpaan semula Murdoc dengan Elize.

Di hospital.

"Shakila,ikut saya."~Doktor Aisyah menunjukkan Shakila tempat untuk menderma darah.

Selepas selesai proses pendermaan darah, Elize pula melalui proses pemindahan darah.

selepas beberapa hari.

"alhamdulillah, Elizebeth. awak dah semakin sihat dari hari ke hari."~Doktor Aisyah.

"tapi, doktor Aisyah,boleh tak kalau saya balik dulu?"~Elize.

"balik ke mana?"~Doktor Aisyah.

"saya mahu balik ke rumah keluarga saya dahulu. sebab saya rasa tak sedap hati..."~Elize.

"baiklah. kamu tidur lah dulu. esok kita balik ke rumah keluarga awak."~Doktor Aisyah.

Elize mengangguk.

Doktor Aisyah keluar dan Elize terus tertidur.

Didalam mimpi Elizebeth.

"aku dah cakap yang aku akan datang balik untuk balas dendam pada kau, Elizebeth!"~Suara seseorang yang sedang marah.
ketika itu,dia berada di rumahnya dan rumahnya terbakar dengan teruk.

"kau siapa?macam mana kau tahu nama sebenar aku?"~Elize tercari-cari dari mana datangnya suara itu.

"kau dah campak aku dalam api yang marak. kau ingat?"~seseorang tiba tiba muncul tepat di hadapan Elizebeth.

"kau...kau..kau kan..Murdoc?bukan ke aku dah hapuskan kau?"~Elize seperti tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

"Elizebeth... Elizebeth...kau takkan dapat dihapuskan.apatahlagi dengan manusia.aku dah lama perhatikan kau. rupanya,kau ada orang yang sangat lemah dalam keluarga kau. macam...semua ahli keluarga kau....hahahaha"~Murdoc.

ketika Murdoc ketawa,gambar lama keluarga Elizebeth yang ketika itu bahagia dijilat api dengan pantas.

"kau tak guna,Murdoc!"~Elize menjerit.

di alam nyata.

"Elize.. Elizebeth...kenapa ni?bangun. bangun, Elizebeth."~Doktor Aisyah.

"doktor, doktor kena tolong saya. saya kena pulang sekarang..tolong lah.."~Elize.

"baiklah, Elizebeth. kita pulang sekarang."~Doktor Aisyah.

Elize kelihatan cemas.

sepanjang perjalanan mereka ke rumah keluarga Elize,mereka hanya terdiam.

dihadapan rumah keluarga Elize, seperti biasa.
mereka masuk ke dalam rumah.
mereka amat terkejut.
diluar kelihatan biasa sahaja,tetapi didalam,rumah itu hancur. seperti selepas di landa taufan.

Elize seperti tahu apa yang berlaku.
matanya meliar mencari sesuatu.
selepas beberapa minit dia tidak menjumpai 'benda' itu,dia menutup matanya dan membiarkan pendengaran nya yang berfungsi.
didalam fikiran nya kosong.
tiba tiba Elize membuka mata nya dan pergi ke suatu tempat.
didalam bilik Elysa. ianya di selitkan pada tingkap bilik Elysa.


"kau masih tak berubah,Murdoc . "~Elize.
Elize membaca surat yang ditinggalkan.
Elize menutup matanya kerana dengan cara itu,dia dapat tenangkan dirinya.

"apa yang Elize jumpa?"~Doktor Aisyah baru sahaja sampai di bilik Elysa.

"surat yang Murdoc tinggal kan. dia masih lagi tak berubah. suka letak petunjuk pada tempat yang berangin."~Elize.

"Murdoc?bukan kah Elize dah hapuskan dia?"~Doktor Aisyah memang kenal dengan Murdoc. Elize ada bercerita tentang Murdoc dan dia juga tahu bahawa Elize sudah hapuskan dia.

Elize memberikan Doktor Aisyah surat itu.
Doktor Aisyah membaca dan terkejut.

"nampak nya,dia masih berdendam dengan Elize. dia dah ambik keluarga Elize. apa yang Elize nak buat?"~Doktor Aisyah.

"dia ada bagitau yang dia akan bunuh keluarga saya kalau saya tak pergi dalam masa 12 jam. saya..saya terpaksa bersemuka dengan dia juga. dia ada bagi lokasi. saya akan pergi."~Elize.

"tapi,takkan awak nak pergi sorang je?"~Doktor Aisyah.

"itu yang dia nak. Doktor cuma perlu selamatkan keluarga saya. kalau ada apa apa yang berlaku pada saya,jangan patah balik. pergi. jaga keluarga saya macam mana doktor jaga saya. "~Elize.

"tapi..."~Doktor Aisyah tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana Elize memotong nya terlebih dahulu.

"doktor kena janji. tolong lah...saya terpaksa.."~Elize memegang erat tangan Doktor Aisyah.

Doktor Aisyah hanya mampu mengangguk.
tidak mahu bergaduh dengan Elize.

di tepi tebing.

"jam berdetik. tapi,dia masih tak datang..mungkin selepas aku buat salah seorang daripada korang menjerit barulah dia datang kot..."~Murdoc memandang tajam ke arah Elysa.

Elysa menjadi semakin takut kerana Murdoc merenung nya tajam.

Murdoc tersenyum menampakkan taringnya.
Murdoc mengeluarkan pedang miliknya dan menekannya pada tangan Elysa.
Elysa menjerit.

"kau jangan apa apa kan dia!"~Elize datang.

"nampaknya,aku perlu buat begitu selalu supaya kau datang, Elizebeth."~Murdoc.

"kau cuma nak aku. lepaskan keluarga aku. Sekarang!"~Elize.

"boleh. tapi,macam biasa,Elize."~Murdoc menunjukkan pedang nya kepada Elize.

Elize mengeluh.

"baiklah,kalau itu yang kau nak."~Elize.

Elize berhadapan dengan Murdoc.

"aku bukan seperti dulu, Murdoc. dan,aku bukan manusia yang pertama kali kita berjumpa."~Elize.

Murdoc tersenyum terlihat taringnya.

"kau memang saja nak kena dengan aku, Murdoc."~Elize.

serentak itu,Elize melolong seperti serigala.

"aku selalu bersama mereka."~Elize.

"kau masih bersama mereka?"~Murdoc.

"aku takkan pernah berpisah dengan mereka,Murdoc.aku dah janji dengan seseorang yang aku akan korbankan nyawa aku supaya keluarga aku dapat hidup. walau apa pun yang berlaku."~Elize.

"kau tak guna,Elize!"~Murdoc meluru ke arah Elize dengan pedangnya.

Elize kelihatan tenang.

ketika hujung pedang Murdoc hampir terkena pada muka Elize,Murdoc terpelanting kerana di tendang oleh sesuatu yang sangat pantas.

"bagus, Twilight. walaupun kau lambat datang,tapi terima kasih. kau ada bawa kawan tak?"~Elize.

Serigala hitam yang Elize beri nama sebagai Twilight itu memanggil kawan kawannya dengan melolong.

sekumpulan serigala datang tiba-tiba.
beserta dengan seekor burung pheonix dari langit.

"Bagus, Twilight. kau tak pernah kecewakan aku."~Elize membelai Twilight.

"Murdoc,kita pernah jadi kawan. kau ingat tak? walaupun aku ni manusia,kau tetap nak berkawan dengan aku. kau ingat?"~Elize masih membelai Twilight.

"kawan?itu dulu. sekarang,aku nak hapuskan semua manusia. termasuk lah kau, Elizebeth."~Murdoc.

"nampaknya,kau dah kembali kepada asal. dan,kau dah buat pilihan yang salah. Semua,hapuskan Murdoc. tapi,ingat. jangan bagi dia gigit kamu. ingat tu."~Elize.

Twilight dan juga serigala yang lain serta burung pheonix meluru ke arah Murdoc.
dari situ, pertarungan berlangsung.
manakala,Doktor Aisyah menyelamatkan keluarga Elizebeth.
ketika Doktor Aisyah terlihat adanya darah yang keluar dari tangan Elysa, Doktor Aisyah menjadi agak cemas.

"Doktor,bawa mereka pergi dari sini!Snow,ikut keluarga saya. Erik,awak ikut Snow. awak perhatikan dari atas. dan saya akan follow dari belakang."~Elize.

Doktor Aisyah hanya mampu mengangguk bersama Snow dan Erik,burung Pheonix.

Mereka menunggang Snow.

"Doktor Aisyah,apa yang berlaku?"~Elysa.

"saya akan bagitau awak nanti. sekarang,saya hanya perlu selamat kan awak sekeluarga sahaja."~Doktor Aisyah.

"tapi, Elizebeth pun salah seorang daripada keluarga kami juga."~Naini.


' dia bukan..'~doktor Aisyah monolog.

"dia kata saya cuma perlu selamat kan kamu semua sahaja. biar Elize selesai kan hutangnya dahulu."~Doktor Aisyah.

"hutang apa?"~Shahril.
"saya akan bagitau kamu semua nanti."~Doktor Aisyah.

ketika Elysa berpaling ke belakang,dia ternampak Elize mengikuti mereka dari belakang bersama serigala Twilight dan Erik,si Pheonix mengekori mereka dari atas.

"semua, tunduk!"~Erik menyuruh mereka untuk tunduk.
mereka semua tunduk.
ada sesuatu yang lalu di atas kepala mereka.

Murdoc melintasi mereka dari atas.

Elizebeth berpaling ke belakang.
kelihatan puak serigala sudah pengsan.
berkemungkinan mereka cedera.

Elizebeth bersiul pendek.

datang seekor serigala yang berwarna biru gelap.

"Wold,awak bawa mereka balik. saya, Snow dan Twilight akan selesai kan Murdoc."~Elize berkata kepada Wold Dan seperti Wold memahami apa yang dikatakan oleh Elize,dia mengikuti nya.

Twilight menjadi agak laju dan berhadapan dengan Murdoc.

"kau jangan ganggu keluarga aku!"~Elize mencabut rantainya.

"kau nak lawan aku dengan rantai tu?"~Murdoc ketawa.

rantai itu bertukar menjadi pedang.

"bau apa ni?"~Murdoc berhenti ketawa setelah terbau sesuatu yang dia tidak dapat tahan sehingga dapat membunuh nya.

"kau masih ingat bawang putih?aku dah letakkan bau bawang putih tu pada pedang ni. sekarang, tunggulah akibat cabar aku."~pedang Elize berlawan pedang Murdoc.

Snow membawa keluarga Elizebeth dan Doktor Aisyah jauh daripada Murdoc bersama Erik yang berada di atas.

ketika pedang Elize bertembung dengan pedang Murdoc, Murdoc seperti tidak terkesan dengan bau bawang putih itu.

Elize terjatuh dan Murdoc mengambil peluang untuk pergi ke arah keluarga Elize.

Doktor Aisyah dan keluarga Elizebeth terjatuh kerana Murdoc melanggar kaki Snow.
Murdoc mendekati Elysa.

"mari ikut saya, Elysa. saya akan tunjukkan awak bagaimana nak hapuskan musuh kita. "~Murdoc menghulurkan tangan nya dan mata Murdoc bertentang dengan mata Elysa.

bagai di pukau,Elysa menghulurkan tangan nya sedikit demi sedikit.

"jangan bagi ajaran kau pada adik aku!"~Elize.

Elize melanggar Murdoc.
Murdoc hampir terjatuh ke tebing.

"kalau aku jatuh,kau pun akan jatuh sekali!"~Murdoc menarik tangan Elize.

Elize berpaut pada akar pokok yang menjalar ditepi tebing itu supaya tidak terjatuh.

"Elizebeth!"~Snow berhenti.

"Snow,pergi selamatkan keluarga saya. jangan risau tentang saya. pergi!"~Elize.

Erik datang dekat untuk menyelamatkan Elize tetapi ianya tidak berguna kerana Elize terlalu jauh.

"saya tak boleh buat apa apa. terlalu jauh. kalau saya dekat lagi,ianya akan menjadi lebih teruk."~Erik terbang agak jauh.

"jangan risaukan saya,Erik. "~Elize.

disebabkan Murdoc menarik Elize,akar itu tidak dapat bertahan lama.
akar itu tercabut dan Elize dan Murdoc terjatuh ke tebing yang tinggi itu.
sebelum Elize terjatuh,dia melempar kan pedangnya dan menjadi kecil membentuk seutas rantai yang cantik.

"Elizebeth!"~Snow dan Doktor Aisyah pergi ke tepi tebing dengan berhati-hati.

dia tidak nampak sesiapa pun .
Doktor Aisyah menangis. kerana dia tahu yang Elize dan Murdoc terjatuh dan tidak mungkin mereka selamat.

"Kenapa ni,Doktor Aisyah?"~Shakila.

"Dia...dia dah..dah tak ada.."~Snow menangis teresak-esak.

"Elizebeth...dah tak ada?tak..tak mungkin..."~Shakila.

"kenapa ni,kakak?"~Shahril bertanya.

"Elizebeth.....dah tak ada.mungkin sebab tu lah dia minta maaf awal awal. dia dah tahu yang dia akan pergi..."~Shakila menangis.
Elysa mengambil rantai yang dilemparkan oleh Elize sebentar tadi.

semua yang mendengar itu menangis di tepi tebing itu.
setelah beberapa minit mereka menangis, doktor Aisyah,Snow dan Erik membawa mereka pulang .
mereka pasrah dengan apa yang terjadi.
mereka pulang.

Di rumah.

"Elizebeth ada tinggalkan surat ini untuk kamu semua baca. dia kata,kalau dia dah tiada,suruh kamu semua baca. biar kamu tahu perkara yang sebenar. "~Doktor Aisyah memberikan kepada mereka dua helai kertas.

Shakila mengambil surat itu.
dia membuka nya.

pada surat.

Semua,pada awalnya saya nak minta maaf sangat sangat.dan saya dah maaf kan kesalahan kamu semua. saya yang sebenarnya mempunyai kelebihan untuk tahu sesuatu dengan melihat seseorang atau sesuatu dengan bermimpikan tentangnya.

saya tahu yang saya suka bertindak melulu. tetapi itu dulu. sekarang saya dah berubah. saya tak suka sangat cakap dekat orang lain kisah saya. kalau kamu semua dapat surat ni, bermakna saya dah terkorban atau sudah pergi. ingatlah saya dengan melihat rantai itu.
saya pernah berjanji dengan seseorang yang saya akan korbankan nyawa saya asalkan kamu semua selamat. saya dah tunaikan janji saya. saya gembira. jangan risau tentang saya.doakan saya supaya tenang,ye.

Elysa,saya tahu yang awak ambil rantai yang saya mungkin lempar itu. pakailah. itu untuk kamu. kalau ada sesuatu yang berlaku pada kamu,kamu peganglah rantai itu sekuatnya. tapi,jangan sampai pecah. seseorang atau sesuatu akan tolong kamu.

maaf kalau saya tak dapat bersama kamu semua dan telah libatkan kamu semua dalam hal Murdoc dan puaknya.

Murdoc sebenarnya adalah daripada puak vampire. saya akan ceritakan segalanya dalam kertas lagi satu. bacalah.
saya harap kamu semua faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience