Bab 4 Disakiti

Romance Series 27984

Bab 4

Alif Putra keluar dari dalam kereta. Dan mula berjalan ke pintu utama. Dia membuka kunci pintu dan masuk ke dalam rumah. Setelah masuk ke dalam rumah dia mengunci kembali pintu itu.

 Di luar pagar ada dua orang lelaki yang memang Alif Putra tugaskan untuk memantau supaya Nur Ariana tidak keluar dari rumah ini.

Alif Putra mula menapak mencari penghuni didalam rumah ini. Wajahnya nampak begis.

 "Ana keluar sekarang!" teriak Alif Putra bila tidak melihat kelibat Nur Ariana.

 Alif Putra tahu Nur Ariana pasti menyembunyikan diri didalam bilik. Dia mula membuka satu persatu bilik di tingkat bawah.

 Dia cuba membuka pintu bilik yang hampir dengan dapur. Pintu bilik ini tidak boleh dibuka. Sepertinya telah di kunci dari dalam.

 Alif Putra mengukir senyuman sinis kerana dia yakin Nur Ariana berada didalam bilik ini.

 "Cepat buka pintu bilik ni! Jangan sampai aku yang buka sendiri. Nanti kau tahulah nasib kau.” Alif Putra memberi amaran.

 Nur Ariana menyandar tubuhnya di pintu. Dia sangat ketakutan mendengar ugutan dari Alif Putra. Dia tidak mahu membuka pintu bilik. Kerana Nur Ariana yakin hati Alif Putra sedang tidak baik.

 “Buka pintu ni cepat!” jerit Alif Putra penuh penekanan untuk kedua kalinya.

 Nur Ariana tidak menyahut sebaliknya dia hanya duduk di lantai depan pintu. Tubuhnya mengigil kerana berasa takut mendengar suara Alif Putra.

 Nur Ariana tahu walau pun dia sudah mengunci pintu. Alif Putra masih boleh membuka pintu ini. Kerana ini rumah Alif Putra sudah pasti dia ada simpan anak kunci setiap pintu bilik di rumah ini.

 Alif Putra merasa sangat marah kerana Nur Ariana tetap tidak membuka pintu. Alif Putra mengambil anak kunci untuk membuka pintu bilik ini. Setelah membuka kunci dengan pantas Alif Putra menendang pintu bilik.

 “Pang!”

 Pintu terbuka luas setelah di tendang oleh Alif Putra. Nur Ariana menyorok di sebalik almari.

 Alif Putra melangkah ke arah Nur Ariana. Membuatkan Nur Ariana berasa sangat takut.

 “Abang Alif nak apa lagi? Tak cukup ke dah kurung Ana dekat sini,” ujar Nur Ariana agak gugup.

 “Semua ni masih belum cukup! Sebabkan kau lah aku bercerai. Kau harus terima pembalasan dari aku,” kata Alif Putra penuh amarah.

 “Abang Alif, percayalah semua ni terjadi sebab Kak Ati yang rancang. Saya pun mangsa juga.” Nur Ariana membela dirinya dengan mengatakan yang sebenar.

 “Kau jangan nak menipu! Aku tak mudah tertipu macam ayah aku. Apa lagi nak bersimpati pada kau,” ujar Alif Putra sambil tangannya mula mencengkam leher Nur Ariana.

 “Sakit... Lepas kan,” rayu Nur Ariana sambil menahan rasa sakit di lehernya.

 Alif Putra melepaskan cengkaman di leher Nur Ariana. Sebaliknya dia bertindak dengan menarik tubuh Nur Ariana dan melempar ke lantai.

 Tubuh Nur Ariana jatuh ke lantai. Nur Ariana berasa sakit di segenap tubuhnya akibat di lempar oleh Alif Putra. Air matanya mula menitis kerana berasa sakit dan rasa takut dengan Alif Putra.

 Nur Ariana lihat Alif Putra membuka tali pinggangnya. Dia mula merasa tidak sedap hati. Kerana dia dapat rasakan Alif Putra ingin melakukan sesuatu terhadap dirinya.

  “Abang Alif nak buat apa ni?” kata Nur Ariana dengan suara bergetar ketakutan.

  Alif Putra tidak menjawab sebaliknya dia mengukir senyuman sinis kepada Nur Ariana. Dengan memengang tali pinggang.

 Alif Putra mula menghayun tali pinggang itu ke tubuh Nur Ariana. Nur Ariana terkejut dengan tindakan Alif Putra itu.

 “Aah, sakit... Semua ni bukan salah Ana,” rayu Nur Ariana dengan menahan rasa sakit di sekujur tubuhnya.

 “Kau memang patut rasa sakit ni,” balas Alif Putra sambil terus menghayun berkali-kali tali pinggang itu ke tubuh Nur Ariana.

 Nur Ariana cuba melawan tetapi dia tiada kudrat untuk melawan tindakan Alif Putra itu.

 Setelah puas mencabuk tubuh Nur Ariana dengan tali pinggang. Alif Putra melangkah keluar dari bilik. Lalu dia mengunci pintu supaya Nur Ariana tidak boleh keluar dari bilik ini.

 Nur Ariana menangis teresak-esak menahan sakit di tubuhnya. Dia tidak sangka Alif Putra tega bertindak begini terhadap dirinya. Sedangkan dirinya tidak ada salah apa-apa.

 “Kenapa Abang Alif begitu percaya dengan Kak Ati? Mungkin kerana dia dari awal sangat membenci aku. Mustahillah dia akan percaya dengan kata-kataku,” gumam Nur Ariana dengan air mata gugur membasahi pipinya yang mulus.

 Nur Ariana merangkak perlahan-lahan ke arah pintu. Dia cuba ingin membuka pintu. Tetapi pintu tidak dapat terbuka. Dia menyedari Alif Putra telah mengunci pintu dari luar. Sepertinya Alif Putra sengaja mengurung dirinya didalam bilik ini.

 Dengan tangan yang lemah Nur Ariana mula mengetuk pintu.

 Tok... Tok... Tok.

 “Abang Alif tolong buka pintu ni. Tolonglah jangan kurung Ana.” Nur Ariana merayu dengan harapan Alif Putra mahu melepaskannya.

 Walaupun Nur Ariana tahu Alif Putra tidak mungkin berasa simpati pada dirinya. Tetapi ini sahaja cara yang dia ada.

 Alif Putra tidak mengendahkan rayuan Nur Ariana. Sebaliknya Alif Putra menapak menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.

 Di tingkat atas ada tiga buah bilik. Alif Putra masuk ke dalam bilik yang hampir dengan tangga. Masuk sahaja ke dalam bilik dia terus merebahkan tubuhnya diatas katil.

 Jika boleh mahu sahaja Alif Putra menghabisi nyawa Nur Ariana. Kerana telah menyebabkan dirinya bercerai dengan isterinya.

 Alif Putra sangat menyayangi dan mencintai Melati isterinya itu. Sehingga dia sanggup berikan apa sahaja yang Melati inginkan. Asalkan Melati tetap mendengar cakapnya. Tidak keluar rumah tanpa dirinya. Alif Putra seorang yang sangat cemburu.

 Melati pernah keluar rumah senyap-senyap tanpa pengetahuan Alif Putra. Tetapi Alif Putra dapat hidu tindakan Melati itu. Menyebabkan Alif Putra mengamuk dan memukul tubuh Melati.

 Setelah kejadian itu Melati mula berasa takut dengan Alif Putra. Dia mula mengatur rancangan untuk bercerai dengan Alif Putra.

 Mustahil Alif Putra akan melepaskan dirinya tanpa sebab. Kerana itu Melati terpaksa mengorbankan Nur Ariana sebagai mangsa.

 Melati telah mengugut Alif Putra untuk menyebarkan video suaminya bersama Nur Ariana. Jika Alif Putra tidak mahu menceraikannya. Membuatkan Alif Putra terpaksa mengikut permintaan Melati itu.

 Alif Putra mencapai telefon bimbitnya. Dia membuatkan panggilan kepada orang suruhannya yang mengawal diluar rumah. Dia meminta orang suruhan itu membeli sesuatu.

 Orang suruhan Alif Putra itu menurut perintah majikannya itu. Mula menunggang motosikal untuk membeli barang yang Alif Putra inginkan.

 Orang suruhan Alif Putra ini bukan beragama islam. Jadi tiada masalah orang suruhan itu membeli barang yang Alif Putra inginkan itu.

 Alif Putra meminta orang suruhannya itu membeli air haram yang tidak boleh di minum oleh orang islam. Alif Putra yang memang telah tersesat jauh dari islam memang sudah terbiasa dengan air haram itu.

 Setelah mendapatkan air haram itu. Alif Putra terus meneguk air haram itu masuk ke dalam mulutnya. Dia memang tidak ambil peduli tentang halal dan haram.

 Alif Putra memang seorang yang berpelajaran. Tetapi dia memang tidak pernah bersekolah agama KAFA seperti kebanyakan pelajar islam di Malaysia.

 Alif Putra juga seorang yang baran dari kecil. Dia pernah di hantar belajar mengaji Al-Quran. Tetapi dia protes tidak mahu. Kerana terlalu sayang arwah ibunya mengikut sahaja kehendak Alif Putra. Dari kecil Alif Putra sering di manjakan oleh kedua orang tuanya.

 Tetapi Alif Putra cerdas dalam akademik. Sehingga dia dapat menamatkan ijazah sarjana muda di sebuah universiti swasta.

 Sudah 5 tin Alif Putra meneguk air haram itu. Dia mula merancau tidak keruan. Mulutnya menyebut Melati isteri yang telah dia ceraikan pagi ini di mahkamah syariah. Atas permintaan isterinya itu.

 “Ati sayang tolong lah kembali pada abang,” ucap Alif Putra sambil memegang tin air haram.

 “Ini semua salah dia! Sudah la lahir tak ada ayah. Ibu dia rampas kebahagiaan ibu aku. Sekarang dia sengaja nak rampas kebahagiaan aku pula,” teriak Alif Putra lalu meleparkan air tin di tangannya ke dinding.

Kedengaran bunyi detum yang kuat di dinding.

 Alif Putra mula bangun dan mula berjalan terumbang-ambing menuju ke bilik Nur Ariana.

 “Aku tak akan biarkan kau hidup dengan mudah dekat dunia ni. Aku nak kau hidup terseksa lebih teruk dari aku,” kata Alif Putra sambil terus menapak ke bilik Nur Ariana berada.

 

 Nur Ariana yang berada didalam bilik sudah tertidur di atas katil. Dengan tidur barulah Nur Ariana tidak merasa sakit di segenap tubuhnya. Matanya nampak bengkak kerana terlalu banyak menangis.

 Pintu bilik mula di buka oleh Alif Putra yang sedang dalam keadaan mabuk. Mulut Alif Putra juga berbau air haram yang telah dia teguk.

 Alif Putra melangkah masuk ke dalam bilik. Dia melihat sekujur tubuh Nur Ariana terbaring diatas katil. Alif Putra tersenyum sinis sambil mula menapak menghampiri katil.

 “Kau nak sangat hancurkan hidup aku. Sekarang aku akan hancurkan hidup kau... Kau akan menjadi pemuas nafsu aku untuk selamanya,” gumam Alif Putra.

 Alif Putra mula membuka baju lalu menindih tubuh Nur Ariana yang sedang tidur. Tindakan Alif Putra itu membuatkan Nur Ariana terjaga dari tidurnya.

 Nur Ariana terkejut melihat Alif Putra menindih tubuhnya. Dia cuba meronta supaya Alif Putra pergi dari atas tubuhnya. Bau air haram di mulut Alif Putra begitu kuat menusuk ke hidung Nur Ariana.

 “Abang Alif tolong lepaskan Ana. Jangan buat macam ni,” rayu Nur Ariana dengan perasaan takut.

 “Kau tak akan boleh lepas dari aku. Aku mahu kau jadi pemuas nafsu aku seumur hidup. Ini adalah balasan dari perbuatan kau,” kata Alif Putra dengan senyum ghairah terukir dibibirnya.

 Tangan Alif Putra mula menarik baju Nur Ariana dengan kasar sehingga terkoyak.

 “Tolong jangan! Ana tak ada salah apa pun,” rintih Nur Ariana berharap abang tirinya tidak bertindak keterlaluan sehingga memperkosa dirinya.

 Rintihan dan rayuan Nur Ariana tidak di endahkan oleh Alif Putra. Pemikirannya sudah dirasuk syaitan. Dia terus melakukan aksinya yang penuh ghairah berahi ke atas tubuh Nur Ariana. Tanpa ada rasa simpati terhadapnya.

  Tadi segenap tubuh badan Nur Ariana berasa sakit kerana di cambuk dengan tali pinggang. Masih belum hilang rasa sakit di segenap tubuh badannya. Sekarang ini Alif Putra tega melakukan hubungan intim secara paksa terhadap dirinya.

 Nur Ariana tidak mampu melawan tindakan Alif Putra. Kerana tubuhnya sangat lemah dan tidak bertenaga akibat luka di cambuk dengan tali pinggang.

 Nur Ariana hanya mampu menangis diperkosa oleh Alif Putra. Sekujur tubuhnya sudah sangat sakit sebelum ini. Sekarang ini bahagian intimnya pula berasa sangat sakit atas tindakan tidak bermoral Alif Putra itu.

 Setelah memuaskan nafsunya Alif Putra tertidur di sebelah Nur Ariana. Manakala Nur Ariana pula berasa teramat sakit di setiap tubuhnya. Sehingga membuatkan tubuh Nur Ariana mengeletar menahan kesakitan.

 Alat intim Nur Ariana terasa basah. Nur Ariana memandang di celah kakinya. Wajah Nur Ariana pucat bila melihat ada darah yang banyak.

 Pandangan mata Nur Ariana semakin kabur. Dan mula terpejam tidak sedarkan diri.

 

 Cahaya matahari mula menyinar bumi. Alif Putra terbangun dari tidurnya. Dia terkejut melihat Nur Ariana berada di sebelahnya.

 Nur Ariana masih lagi memejam matanya tidak bergerak sedikit pun. Alif Putra mula turun dari katil. Ketika dia ingin melangkah ke arah pintu. Matanya terkejut melihat begitu banyak darah di atas katil bagian celah kaki Nur Ariana.

 “Kenapa banyak sangat darah ni? Kalau pecah dara pun tak sebanyak ini darahnya. Alif Putra mula kembali menghampiri tubuh Nur Ariana. Dia cuba mengejutkan Nur Ariana dari tidurnya.

 “Hey, bangun sekarang!” teriak Alif Putra sambil mengerakkan tubuh Nur Ariana mengunakan tangannya.

 Tetapi Nur Ariana tidak merespon. Matanya masih juga tertutup. Alif Putra mula berjalan ke arah bilik air yang ada di dalam bilik ini.

  Alif Putra mengambil air didalam bilik air. Lalu dia simbah ke wajah Nur Ariana. Supaya Nur Ariana terbangun dari tidurnya. Tetapi Nur Ariana tetap tidak membuka matanya.

 Alif Putra dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Nur Ariana ini.

 “Apa mungkin aku terlalu kasar sehingga dia mengalami perdarahan dan tak sedarkan diri,”  gumam Alif Putra yang mula timbul rasa bersalah. Dan takut jika Nur Ariana akan meninggal dunia akibat tindakannya malam tadi.

 Alif Putra megambil telefon bimbitnya. Seraya dia membuat panggilan kepada sahabatnya seorang doktor. Sahabatnya itu ada membuka sebuah klinik swasta.

 Alif Putra meminta sahabatnya itu datang ke rumah banglonya ini. Sahabatnya ini memang tinggal tidak jauh dari rumah bonglo ini. Masih di daerah yang sama.

 “Hello Amir. Aku nak kau datang ke rumah aku sekarang,” perintah Alif Putra setelah panggilannya di jawab oleh sahabatnya itu.

  “Kau ada dekat rumah banglo arwah mak kau ke?” soal Amir.

  “Ya, aku ada dekat rumah arwah mak aku. Aku nak kau bawa alat-alat perubatan kau tu. Sebab ada orang gaji aku terluka teruk,” jelas Alif Putra.

 “Bawalah orang gaji kau tu ke klinik aku. Atau pun pergi ke klinik lain pun boleh juga.” Amir memberi cadangan.

 “Aku nak kau datang ke rumah aku sekarang. Aku tak boleh bawa dia ke klinik,” balas Alif Putra tetap mahu sahabatnya itu datang ke rumahnya melihat keadaan Nur Ariana.

Bersambung...

Novel ini dari bab 5 dan seterusnya akan guna ncoin.

Share this novel

DHIA AMIRA
2024-02-02 14:26:32 

dh la kasar

DHIA AMIRA
2024-02-02 14:26:22 

geramnya!

DHIA AMIRA
2024-02-02 14:26:17 

siap kata org gaji lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience