Bab 1 Pengenalan

Romance Series 27984

Bab 1

 Kedengaran lagu Cinta Sejati berbunyi di telefon bimbit Nur Ariana. Dengan cepat Nur Ariana mencapai telefon bimbitnya itu.

 Nur Ariana memandang skrin telefon bimbitnya itu. Untuk melihat siapa yang telah menelefonnya malam-malam begini.

 Dia terkejut melihat di skrin itu. Kerana di skrin itu tertera nama Melati isteri abang tirinya.

 “Ada apa Kak Melati telefon aku malam-malam macam ni,” gumam Nur Ariana.

 Dengan cepat Nur Ariana menjawap panggilan telefon dari isteri abang tirinya itu. Sebenarnya Nur Ariana tidak begitu rapat dengan abang tiri dan isterinya. Apa lagi ibu dan ayah tirinya baru sahaja meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Kerana kemalangan jalan raya.

 Rasa sedih kehilangan ibunya masih lagi membelenggu diri Nur Ariana. Apa lagi dirinya juga terpaksa keluar dari rumah ayah tirinya. Setelah di halau oleh Alif Putra abang tirinya. Kerana rumah yang selama ini dia tinggal bersama ibunya adalah kepunyaan ayah tirinya.

 Setelah ayah tirinya meninggal dunia bersama ibunya. Ariana tiada hak untuk tinggal di rumah itu. Dengan rela hati Nur Ariana keluar dari rumah itu setelah di usir oleh Alif Putra.

  Nur Ariana sekarang ini tinggal di sebuah bilik sewa. Dengan mengunakan duit simpanan yang telah arwah ibunya tinggalkan. Dapatlah Nur Ariana meneruskan hidupnya.

 Umur Nur Ariana 18 tahun. Sedang menunggu keputusan SPM keluar. Walaupun Nur Ariana agak cemerlang dalam pelajaran. Tetapi dia tidak ada niat untuk menyambung pelajaran. Kerana ibunya sudah pergi buat selamanya. Sekarang ini Nur Ariana bekerja di sebuah kedai makan untuk menampung hidupnya.

 “Hello Kak Ati.” Nur Ariana menjawab panggilan telefon.

 “Ana, tolong datang cepat. Abang Alif sakit dia nak jumpa dengan Ana,” beritahu Melati.

 “Kenapa pula abang Alif nak jumpa Ana? Bukan ke Abang Alif benci Ana?” balas Nur Ariana agak terkejut dan hairan.

 “Dia nak minta maaf dekat Ana. Cepatlah datang akak tunggu ni,” rayu Melati berharap Nur Ariana akan datang.

 “Baiklah.” Nur Ariana yang berasa kesian kepada Melati pun mengambil keputusan untuk datang ke rumah abang tirinya itu.

 Walaupun hatinya berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan isteri abang tirinya itu. Tetapi hubungan Nur Ariana dan Melati baik-baik sahaja selama ini. Hanya abang tirinya itu sahaja yang tidak suka dengannya selama ini.

 Nur Ariana menunggang motosikal pergi ke rumah abang tirinya itu. Motosikal ini telah di beli oleh arwah ibu dan ayah tirinya. Ketika Nur Ariana menyambut hari lahirnya yang ke 16 tahun.

 Dalam 20 minit menunggang motosikal. Nur Ariana sampai di rumah banglo abang tirinya itu.

 Nur Ariana lihat Melati sudah menunggu ke datangannya. Kerana ketika dia turun dari motosikal Melati terus buka pintu dan keluar.

  “Mana orang gaji?” tanya Nur Ariana bila melihat tiada langsung kelibat orang gaji di rumah banglo ini. Kerana setahu Nur Ariana di rumah banglo ini ada dua orang gaji.

 “Dia orang semua dah tidur,” jawab Melati dengan memandang wajah Nur Ariana.

 Nur Ariana dapat lihat wajah Melati seperti agak gelisah.

 “Abang Alif sakit apa?” soal Nur Ariana penasaran.

  “Abang Alif demam dah dua tiga hari. Dia asyik merancau panggil nama Ana.” Melati menjawab pertanyaan Nur Ariana dengan tersekat-sekat.

 “Ana minumlah dulu. Sementara tunggu Ana sampai tadi sempat akak bancuh air,” pelawa Melati setelah Nur Ariana masuk ke dalam rumah.

 “Sekarang Abang Alif ada dekat mana?” soal Nur Ariana lagi.

 “Sekarang Abang Alif ada dalam bilik. Ana minumlah dulu air tu. Lepas minum baru kita jumpa Abang Alif dekat bilik,” ujar Melati.

 Nur Ariana mengambil gelas berisi air oren. Lalu meneguk air oren untuk menghilangkan dahaganya. Kebetulan pula Nur Ariana memang berasa dahaga tegaknya.

 Setelah meneguk air oren didalam gelas sampai habis. Nur Ariana ingin bangun untuk pergi ke bilik abang tirinya bersama Melati. Tetapi baru sahaja berjalan dua tiga langkah tiba-tiba kepala Nur Ariana berasa pening. Pandangan matanya jadi kabur.

 "Kepala Ana rasa pening," beritahu Nur Ariana dengan memegang kepalanya.

 Melati hanya memandang sahaja. Tidak menyahut dan membantu Nur Ariana yang mula hilang ke seimbangan badannya.

  Tiba-tiba Nur Ariana jatuh ke lantai. Matanya tertutup tidak sedarkan diri. Melati mendekati tubuh Nur Ariana yang berada di atas lantai itu.

  Melati tidak terkejut melihat Nur Ariana terjatuh ke lantai. Sebaliknya Melati mula menarik tubuh Nur Ariana masuk ke dalam bilik suaminya.

  Di dalam bilik di atas katil kelihatan Alif Putra sedang baring dengan mata terpejam. Tubuh Nur Ariana sudah berada di lantai dalam bilik Alif Putra.Tiba-tiba muncul seorang lelaki di muka pintu bilik.

 "You cepat tolong I angkat perempuan ni letak atas katil." Melati memberi arahan kepala lelaki yang baru muncul itu.

 Lelaki itu mengikut arahan Melati itu. Dia mengangkat tubuh Nur Ariana yang berada di lantai lalu letak di atas katil bersama Alif Putra yang sedang baring tidak  sedar langsung apa yang terjadi didalam bilik ini.

 "You boleh keluar sekarang," perintah Melati lagi kepada lelaki itu. Setelah lelaki itu meletakkan Nur Ariana disebelah Alif Putra.

 Tanpa bersuara lelaki itu mematuhi perintah Melati keluar dari bilik. Dia menunggu Melati di luar bilik.

 Melati mendekati Nur Ariana dan Alif Putra. Dia mula membuka baju Nur Ariana satu persatu. Setelah itu dia melakukan perkara yang sama pada tubuh suaminya.

 "Maafkan akak... Hanya ini saja cara untuk akak lepas dari Alif," gumam Melati.

 Melati sudah mendirikan rumah tangga bersama Alif Putra hampir 4 tahun. Pada mulanya Melati berasa bahagia di awal perkahwinan mereka. Tetapi sikap Alif Putra yang suka cemburu buta. Menyebabkan Melati berasa tidak bebas. Kerana dia tidak boleh keluar dari rumah tanpa Alif Putra.

 Jika hendak ke mana-mana harus pergi dengan Alif Putra. Membuatkan Melati tertekan. Mereka berdua masih belum di kurniakan zuriat. Membuatkan Melati berasa bosan berada di rumah.

 Melati pernah mengandung tetapi dia mengalami ke guguran. Kerana tertekan dengan sikap Alif Putra yang suka mengongkong dirinya. Hanya ini sahaja cara yang mampu dia lakukan untuk bebas dari Alif Putra. Tetapi dia terpaksa mengorbankan Nur Ariana sebagai kambing hitam.

Alif Putra terbagun dan berasa sangat sakit di bahagian kepalanya. Pada mulanya Alif Putra menyangkakan orang yang berada disebelahnya adalah isterinya. Kerana rasa sakit di kepalanya menyebabkan tidak dapat melihat dengan jelas wajah wanita di sebelahnya.

Tiba-tiba pintu di buka dari luar. Alif Putra terkejut melihat isterinya Melati yang masuk ke dalam bilik.

"Abang buat apa dengan Ana ni?" soal Melati dengan riak wajah terkejut.

Dengan cepat Alif Putra menoleh ke arah wanita yang berada disebelahnya. Alangkah terkejutnya dia bila melihat adik tirinya Nur Ariana yang berada disebelahnya.

Nur Ariana yang baru sahaja sedar juga terkejut melihat dirinya dalam keadaan separuh bogel berada di atas katil Alif Putra. Kepala Nur Ariana juga berasa tidak selesa.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" soal Alif Putra dengan perasaan amarahnya.

"Ana pun tak tahu macam mana boleh berada dekat sini," jawab Nur Ariana dengan jujur.

Nur Ariana menyedari dirinya sudah di perangkap oleh Melati. Kerana dia masih ingat malam tadi Melati yang menelefon dirinya supaya datang. Dengan alasan Alif Putra ingin berjumpa dengannya.

"Sayang nak abang lepaskan sayang sekarang juga," pinta Melati sambil memegang telefon pintarnya merakam keadaan suaminya dan Nur Ariana. Sekarang ini Alif Putra dan Nur Ariana berada didalam selimut dengan keadaan separuh bogel tanpa pakaian.

"Sayang tak boleh buat macam ni? Abang di anaiya. Semua ini salah perempuan ni," kata Alif Putra cuba memujuk Melati. Walaupun dia sendiri tidak pasti macam mana adik tirinya ini boleh tidur bersama dengannya.

Bersambung...

Novel ni guna unlock chapter dari bab 5.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience