Bab 2 Di Bawa Pergi

Romance Series 27984

Bab 2

"Kak Ati yang perangkap saya dan abang Alif kan. Kenapa kak Ati buat semua ni? Saya tak ada buat salah apa pun pada kak Ati." Nur Ariana berasa sangat kecewa dengan Melati kerana sanggup menjadikan dirinya sebagai kambing hitam.

 "Heh, tolong sikit! Malam tadi Ana yang tiba-tiba datang dekat rumah ni nak tumpang tidur. Akak benarkan Ana tidur dekat bilik sebelah. Akak siap temankan Ana tidur dekat bilik tu. Tapi akak tak sangka Ana akan masuk dalam bilik ni untuk tidur bersama Abang Alif," balas Melati dengan mereka cerita supaya Alif Putra percaya.

 "Pang!" Alif Putra menampar pipi Nur Ariana.

 "Kau saja nak hancurkan rumah tangga aku kan. Tak cukup ibu kau selama ini rampas kebahagiaan arwah ibu aku. Kau pula cuba nak hancurkan kebahagiaan aku. Kau dengan ibu kalau dalam kubur tu sama saja!" ucap Alif Putra dengan perasaan amarahnya.

 Akibat tamparan kuat dari tangan Alif Putra mengena pipi Nur Ariana menyebabkan pipi Nur Ariana kemerahan. Air mata Nur Ariana mengalir membasahi pipi. Kerana sakit di tampar dan juga kerana sedih dirinya telah di anaiya oleh Melati isteri abang tirinya itu.

"Abang Alif percayalah ini semua telah di rancang oleh Kak Ati. Ana tak ada buat apa-apa pun dengan Abang Alif." Nur Ariana membela dirinya dengan berkata jujur.

 "Sayang tak ada masa nak buat semua tu. Lagi pun malam tadi abang balik dalam keadaan mabuk. Masuk bilik abang terus tidur." Melati membidas kata-kata Nur Ariana itu.

 Alif Putra walaupun di lahirkan sebagai islam. Tetapi Alif Putra tidak mengamalkan ajaran islam sesungguhnya. Dia  akan meneguk air haram untuk menghilangkan rasa tekanan yang dia alami.

 Alif Putra sudah terlalu jauh tersesat dari landasan islam. Walaupun sudah di nasihati oleh ayahnya ketika masih hidup. Tetapi Alif Putra tidak mengendahkan nasihat dari ayahnya itu.

  Melati memang tahu terbiat buruk suaminya itu dari sebelum kahwin. Tetapi dia tidak ambil peduli. Yang penting bagi Melati, Alif Putra menyanyangi dirinya. Alif Putra juga seorang berduit dan dari keluarga yang terpandang.

 Alif Putra sering membelikan barang-barang mewah untuk Melati. Pada mulanya Melati menyangkakan bila berkahwin dengan Alif Putra hidupnya pasti akan senang dan bahagia.

Tapi sangkaan Melati itu meleset setelah dirinya bergelar isteri Alif Putra. Dia tidak boleh bebas seperti dahulu lagi. Ingin keluar bersama dengan kawan-kawannya pun Alif Putra tidak benarkan.

 Hendak pergi ke mana-mana Melati kena pergi bersama Alif Putra. Alif Putra memang beri Melati ke mewahan. Tetapi hidup Melati rasa tertekan sebab tidak bebas dab rasa di kongkong.

 “Pang.”

 Alif Putra menampar pipi Nur Ariana sekuat hati untuk kedua kalinya. Nur Ariana merasa sangat sakit dibahagian pipi dan mulutnya. Akibat tamparan kali kedua itu bibir Nur Ariana berdarah.

 “Kau keluar dari rumah aku sekarang,” perintah Alif Putra kepada Nur Ariana.

 Dengan air matanya yang mengalir Nur Ariana turun dari katil lalu mengambil bajunya yang berada di lantai. Setelah itu Nur Ariana keluar dari bilik meninggalkan Alif Putra dan Melati.

 Di luar bilik Nur Ariana mula mengenakan baju di tubuhnya. Setelah rapi memakai baju. Dia mula menapak keluar dari rumah banglo abang tirinya ini.

 Ketika ibu dan ayah tirinya masih hidup. Nur Ariana tinggal di rumah banglo ini. Dua bulan yang lalu ibu dan ayah tirinya mengalami kemalangan jalan raya. Mengakibatkan keduanya pergi buat selamanya.

 Nur Ariana keluar dari rumah banglo ini dengan air mata. Dia tidak menyangka Melati isteri abang tirinya sanggup menganaiya dirinya.

 Sekarang ini Nur Ariana tidak tahu apa yang terjadi kepada Alif Putra dan Melati di dalam bilik. Dia hanya mendengar Melati meminta cerai dari Alif Putra. Tetapi Alif Putra tetap cuba memujuk Melati.

+++++++

 

 Nur Ariana mematikan enjin motosikalnya lalu turun. Dengan lemah Nur Ariana menapak masuk ke dalam rumah tempat dia menyewa bilik. Rumah ini ada tiga bilik. Nur Ariana menyewa bilik yang paling kecil.

 Selain Nur Ariana ada tiga orang lain tinggal di rumah ini. Salah seorang bernama Fazuha agak rapat dengan Nur Ariana. Fazuha berumur 22 tahun. Fazuha hanya bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang.

 “Ana hang baru balik? Hang tidur mana malam tadi?” tanya Fazuha bila mihat Nur Ariana masuk ke dalam rumah.

 Fazuha dapat lihat dengan jelas mata Nur Ariana merah. Seperti baru lepas menangis.

 “Zuha... Isteri abang tiri aku anaiya aku,” luah Nur Ariana dengan tersekat-sekat. Air matanya mula jatuh kembali.

 “Dia buat apa dekat kau?” soal Fazuha penasaran lalu menarik tangan Nur Ariana masuk ke dalam bilik.

 Dengan suara tersekat-sekat Nur Ariana memberitahu apa yang terjadi pada dirinya kepada Fazuha.

 “Janaham punya perempuan! Ingatkan suami dia je yang tak betul. Rupanya isteri dia pun sama juga,” kata Fazuha dengan menahan amarah. Bila mendengar penjelasan dari Nur Ariana.

 “Mulut dan pipi kau kena tampar dengan abang tiri kau la ni?” soal Fazuha bila menyedari bibir sahabatnya ada luka. Dan pipi Nur Ariana juga kelihatan kemerahan bekas di tampar oleh Alif Putra.

 Nur Ariana mengangguk mengiakan kata-kata sahabatnya itu.

“Zuha kau tak kerja ke hari ni?” tanya Nur Ariana cuba mengalih isu tentang dirinya.

 “Aku baru balik kerja je ni. Minggu ni kan aku kerja malam,” jawab Fazuha.

 “Oh, aku lupa,” balas Nur Ariana lalu mengukir senyuman tipis di bibirnya.

 “Kau tak payah fikirlah pasal abang tiri kau tu,” kata Fazuha lalu bangkit ingin keluar dari bilik.

 “Ya, aku tak fikir pun. Cuma aku sakit hati dengan isteri dia. Aku menangis pun sebab kena tampar dengan dia. Sakit kut sampai berdarah bibir aku,” jelas Nur Ariana.

 Fazuha membuka pintu lalu melangkah keluar dari bilik Nur Ariana.

 “Baik aku mandi lepas tu pergi kerja,” gumam Nur Ariana.

 Tangan Nur Ariana mula mencapai tuala mandi. Jam menunjukkan pukul 09.00 pagi. Masih terlalu awal untuk Nur Ariana pergi ke tempat kerja.

 Kerana kedai makan tempat Nur Ariana bekerja akan buka dalam pukul 02.00 petang. Nur Ariana bertugas sebagai pelayan dan buat air yang di pesan pelangan.

 Setelah selesai mandi Nur Ariana mengenakan baju yang biasa dia guna untuk bekerja. Nur Ariana pandang ke arah jam.

 “Awal lagi nak pergi kerja ni... Hari ni aku pergi awal sikit la, boleh lepak-lepak dekat depan kedai,” gumam Nur Ariana.

 Nur Ariana mula menapak keluar dari biliknya. Keluar sahaja dari rumah. Nur Ariana terus pergi ke arah motosikalnya.

 Nur Ariana mula menunggang motosikal pergi ke kedai makan tempat dia bekerja. Tepat pukul 11.00 Nur Ariana sampai di depan kedai itu.

 Kedai makan itu masih tutup. Kerana kedai itu buka pada pukul 02.00 petang sampai tengah malam.

  Nur Ariana duduk di bangku yang ada didepan kedai. Kerana Nur Ariana tahu nanti pukul 12.30 pasti pemilik kedai makan akan datang bersama pekerja lain. Kedai makan ini memang buka pada pukul 02.00 petang. Tetapi pemilik kedai dan pekerja akan datang awal untuk mengemas dan menyusun atur kedai makan ini.

 Nur Ariana duduk di bangku sambil termenung mengenangkan nasib hidupnya. Dari kecil dia tidak pernah mendapatkan kasih sayang dari seorang lelaki bergelar ayah.

 Kerana Nur Ariana adalah anak tak sah taraf. Dahulu ketika dia masih kecil dia tidak mengerti kenapa dia tidak ada ayah. Setelah dia meningkat remaja dia melihat sendiri surat kelahirannya. Bagian maklumat bapa kosong.

 Selama ini Nur Ariana sangkakan Abdullah adalah nama bapa kandungnya. Kerana namanya berbintikan Abdullah. Tetapi kenyataannya sangat menyakitkan hatinya.

 Nur Ariana yang begitu ralit dengan fikirannya. Tidak menyedari ada seseorang datang mendekatinya. Setelah berada dekat dengan Nur Ariana. Lelaki itu menarik tangan Nur Ariana dengan kuat. Membuatkan Nur Ariana terkejut dan memandang lelaki yang menarik tangannya.

 Nur Ariana terkejut melihat wajah lelaki yang menarik tangannya. Lelaki itu adalah Alif Putra abang tirinya.

  “Jom ikut aku!” kata Alif Putra dengan kasar.

 “Saya kena kerja,” balas Nur Ariana dengan cuba untuk melepaskan tangan Alif Putra dari menariknya.

 “Kerja apanya? Kedai pun tak buka lagi. Ikut aku!,” ujar Alif Putra sambil menarik tangan Nur Ariana sekuat hatinya.

 “Sakitlah,” rintih Nur Ariana kerana tangannya berasa sakit di tarik kuat oleh Alif Putra.

 “Kau dah buat masalah dengan aku. Sekarang kau kena ikut aku. Sampai bila-bila pun aku tak akan lepaskan kau,” ungkap Alif Putra sambil berjalan ke arah keretanya. Tangannya terus menarik tangan Nur Ariana supaya mengikutnya.

Dengan terpaksa Nur Ariana mengekori langkah kaki Alif Putra. Alif Putra membuka pintu keretanya. Seraya menolak tubuh Nur Ariana ke dalam kereta.

 Nur Ariana cuba untuk keluar dari dalam kereta. Tiba-tiba Alif Putra mengeluarkan tali dan mengikat tubuh Nur Ariana di bangku. Supaya Nur Ariana tidak bergerak dan meronta.

 Setelah itu barulah Alif Putra masuk ke dalam kereta. Lalu memandu kereta pergi dari kawasan kedai makan tempat Nur Ariana bekerja ini.

 Telefon bimbit Nur Ariana tiba-tiba berbunyi. Dengan cepat tangan Alif Putra mengambil telefon bimbit itu, lalu mencampak telefon bimbit itu keluar melalui tingkap kereta.

 Nur Ariana terkejut dengan tindakan Alif Putra itu.

 “Abang Alif kenapa buang telefon bimbit Ana?” teriak Nur Ariana tidak terima.

 Alif Putra tidak menjawab pertanyaan Nur Ariana itu. Dia nampak begitu fokus memandu kereta.

 Nur Ariana mula menyedari abang tirinya itu tidak memandu kereta ke arah rumah banglo semalam. Sebaliknya jalan yang di lalui oleh abang tirinya ini dia belum pernah sampai.

  Setelah hampir dua jam Alif Putra memandu kereta. Nur Ariana melihat di tepi jalan raya banyak pokok sawit. Jalan raya ini juga agak sunyi tidak banyak kenderaan.

  “Abang Alif nak bawa Ana pergi mana ni?” soal Nur Ariana.

Perasaan takut mula menghantui Nur Ariana. Kerana dia dapat rasakan Alif Putra ada niat tidak baik kepadanya

 “Bila sampai nanti barulah kau tahu apa yang aku nak buat dengan kau. Ini sebagai balasan sebab dah hancurkan rumah tangga yang aku bina dengan Melati,” jawab Alif Putra dengan senyum sinis.

 “Percayalah itu bukan salah Ana. Kak Ati yang telefon Ana suruh datang. Kak Ati juga yang beri air sampai Ana tak sedar diri.” Nur Ariana membela dirinya. Tetapi Alif Putra tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Nur Ariana.

 Tiba-tiba Nur Ariana melihat dari ke jauhan ada sebuah rumah banglo dua tingkat berada di kawasan kebun sawit. Kereta yang di pandu oleh Alif Putra bergerak menuju ke rumah banglo itu.

 Di sekeliling rumah banglo itu adalah pokok sawit. Tidak ada kelihatan rumah lain dalam kebun sawit yang besar ini.

  “Cepat keluar!” perintah Alif Putra sambil menarik Nur Ariana keluar dari dalam kereta.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience