Bab 3 Pasrah

Romance Series 27984

Bab 3

"Cepat keluar!" perintah Alif Putra sambil menarik Nur Ariana keluar dari dalam kereta.

  Dengan terpaksa Nur Ariana mengikut perintah abang tirinya itu. Sesekali Nur Ariana meronta supaya Alif Putra melepaskannya. Tetapi Alif Putra tetap mencengkam kuat tanganya. Sehingga dia merasa sakit.

 Masuk ke dalam rumah Alif Putra terus menolak tubuh Nur Ariana ke dalam sebuah bilik. Setelah itu Alif Putra mengunci bilik itu supaya Nur Ariana terkurung didalam bilik itu.

  Tok... Tok... Tok.

 “Buka pintu ni,” teriak Nur Ariana sambil mengetuk pintu. Merayu supaya abang tirinya itu membuka pintu.

 “Kau duduk je dalam tu. Jangan harap aku nak lepaskan kau,” kata Alif Putra penuh rasa kebencian.

 Dari awal Alif Putra memang tidak berapa suka pada Nur Ariana. Kerana ibu Nur Ariana merampas kebahagiaan ibunya.

 Nur Ariana terduduk bila mendengar kata-kata Alif Putra itu. Dia tidak menyangka abang tirinya tega mengurung dirinya.

 Nur Ariana tidak tahu rumah ini berada di mana. Kerana Nur Ariana belum pernah sampai ke tempat ini. Ini kali pertama dia menjejak kaki di rumah banglo ini. Di sekeliling rumah banglo ini hanya ada pokok sawit. Ketika dalam perjalanan tadi ada kelihatan beberapa buah rumah. Tetapi rumah-rumah itu jauh dari kawasan kebun sawit ini.

 Kerana terlalu letih meratap nasib dirinya Nur Ariana tertidur di lantai. Di bilik ini ada katil dan tilam. Tetapi Nur Ariana membiarkan dirinya tertidur dilantai.

 Nur Ariana tidak tahu apa yang bakal abang tirinya lakukan padanya selepas ini. Nur Ariana tahu ini hanya permulaan sahaja. Esok Nur Ariana tidak pasti apa lagi yang bakal dia hadapi.

  Jam sudah menunjukkan pukul 08.00 malam. Nur Ariana bangun dan mula memengang tombol pintu. Dia cuba membuka pintu bilik. Daun pintu berjaya terbuka.  

 Nur Ariana menyedari pintu ini sudah tidak berkunci. Nur Ariana melangkah keluar dari bilik. Keadaan rumah agak gelap. Dengan cepat Nur Ariana mencari suiz untuk membuka lampu. Setelah lampu menyala barulah Nur Ariana dapat melihat dengan jelas keadaan di dalam rumah ini.

  Di dalam rumah ini nampak kemas dan teratur. Dengan cepat Nur Ariana menapak menuju ke pintu utama.

 Sampai didepan pintu utama Nur Ariana cuba membuka pintu tetapi tidak barjaya. Sepertinya pintu itu telah di kunci dari luar.

 Dengan cepat Nur Ariana berganjak dari pintu utama itu. Nur Ariana ingin mencari pintu lain. Nur Ariana mencari bahagian dapur. Lalu mula melangkah ke arah dapur. Kerana Nur Ariana pasti ada pintu lain di bahagian dapur.

 Sampai di depan pintu yang berada di bahagian dapur. Tanpa berlengah Nur Ariana terus cuba membuka pintu itu. Tetapi Nur Ariana tetap hampa kerana pintu ini juga sudah di kunci.

 Nur Ariana duduk didepan pintu. Meratap nasib dirinya yang terkurung di dalam rumah banglo ini seorang diri. Kelibat Alif Putra juga tidak kelihatan. Hanya dia sahaja yang berada di dalam rumah ini.

 Nur Ariana tidak melihat ada kelibat orang lain di rumah banglo ini. Nur Ariana memegang perutnya kerana berasa lapar.

 Nur Ariana bangun lalu pergi ke arah peti ais. Dia membuka pintu peti ais untuk melihat jika ada makanan yang boleh dia makan.

 Nur Ariana ihat didalam peti ais ada berbagai jenis air. Ada juga beberapa jenis makanan sejuk beku. Nur Ariana mengeluarkan nuget untuk di goreng.

 Rumah banglo ini lengkap dengan perabot. Nur Ariana mengagak pasti dahulu ada orang tinggal di rumah ini.

 Tetapi sekarang ini hanya Nur Ariana sahaja yang berada didalam rumah ini. Tiada kelibat orang lain didalam rumah ini. Alif Putra abang tirinya pun telah pergi setelah mengurungnya.

  Setelah mengoreng nuget. Nur Ariana mula menjamah nuget itu. Usai makan Nur Ariana berjalan mengelilingi rumah banglo ini. Nur Ariana ingin mencari jalan keluar.

 Nur Ariana menghampiri jendela yang berada di ruang tamu. Perlahan-lahan dia cuba membuka jendela itu. Tetapi jendela itu tidak berjaya dibuka. Kerana setiap jendela ada gerail.

 Tiba-tiba perasaan takut mula muncul di benak Nur Ariana. Kerana hari semakin larut malam. Nur Ariana menyedari hanya dia seorang diri sahaja di dalam rumah ini.

 Nur Ariana di kurung dirumah banglo ini seorang diri. Dia memang tidak akan mati di dalam rumah ini. Kerana di dalam peti ais memang banyak makanan sejuk beku. Rumah ini memang cukup lengkap. Hanya sahaja Nur Ariana tidak boleh keluar dari rumah ini. Kerana setiap pintu telah di kunci dari luar.

  Nur Ariana pandang tangga menuju ke tingkat atas. Ya, rumah banglo ini dua tingkat. Rumah ini memang besar tetapi hanya Nur Ariana sahaja yang berada di dalam rumah ini.

 Tiba-tiba Nur Ariana terpandang potret gambar tergantung di dinding. Nur Ariana kenal dengan orang di dalam gambar itu. Itu adalah gambar perkahwinan ayah Alif Putra bersama ibu Alif Putra.

 Nur Ariana dapat mengagak Alif Putra dan ibunya dahulu pernah tinggal di sini. Tetapi ayah Alif Putra tidak pernah membawa ibu dan dirinya ke rumah ini.

  Ketika ibu Nur Ariana dan ayah Alif Putra berkahwin umur Nur Ariana baru 8 tahun. Nur Ariana tahu ibunya menjadi isteri kedua. Alif Putra pula ketika itu masih menuntut di sebuah universiti.

 Alif Putra kecewa dan marah bila mengetahui ayahnya berkahwin lain. Sedangkan ketika itu ibunya sedang sakit. Kerana ibunya menginap kanser payudara.

 Setelah hampir setahun perkahwinan ayah Alif Putra dan ibu Nur Ariana. Ibu Alif Putra meninggal dunia akibat penyakit kanser payudaranya.

  Membuatkan Alif Putra semakin membenci ayah dan ibu tirinya. Dalam setahun itu ibu Alif Putra kerap masuk hospital kerana penyakit kansernya itu. Ibu Alif Putra meninggal dunia di hospital. Urusan pengkebumian ibu Alif Putra di lakukan di kediaman ayah Alif Putra bersama isteri keduanya.

 “Kenapa Abang Alif buat aku macam ni?” ujar Nur Ariana dengan air mata mula jatuh kembali.

 Nur Ariana ingin keluar dari rumah ini. Dia juga teringat motosikalnya yang berada di kawasan kedai makan tempat dia bekerja. Ingin menelefon untuk meminta pertolongan Nur Ariana tiada telefon bimbit. Kerana telah di buang oleh Alif Putra dalam perjalanan tadi.

 Tiba-tiba Nur Ariana menyedari dirinya belum menunaikan solat. Kerana terlalu meratap nasib dirinya yang di kurung. Menyebabkan Nur Ariana terlupa kewajipannya sebagai umat islam.

  Nur Ariana cepat-cepat bangun dan menapak masuk ke bilik air yang berada di dapur. Setelah mengambil wuduk. Nur Ariana menapak masuk ke dalam bilik. Di dalam bilik dia membuka pintu almari untuk mencari telekung sembahyang.

  Jika di dalam bilik ini tiada telekung sembahyang dia akan pergi cari ke bilik sebelah pula. Kerana dia yakin pasti ada telekung sembahyang di dalam rumah ini. Kerana dahulu ibu Alif Putra pernah tinggal di rumah ini.

 Di dalam almari ada dua tiga pasang telekung sembahyang. Ada yang masih elok dan juga yang nampak agak lusuh. Nur Ariana mengambil telekung sembahyang yang masih elok.

  “Apa mungkin ini bilik arwah ibu Abang Alif?” gumam Nur Ariana.

 Nur Ariana mula memakai telekung sembahyang itu. Lalu menunaikan solat. Air mata Nur Ariana gugur ketika berdoa. Dia sangat berharap dapat melarikan diri dari rumah ini. Walaupun dia juga tidak pasti bagai mana cara supaya dia dapat keluar dari dalam rumah ini.

 Akhirnya Nur Ariana tertidur di tempat dia menunaikan solat. Dia tidur dalam kesedihan memikirkan nasib hidupnya terkurung di rumah banglo ini.

 

 Nur Ariana membuka matanya. Dengan cepat dia memandang jam yang berada di tangannya. Jarun jam itu menunjukkan pukul 06.00 pagi. Sudah masuk waktu subuh.

 Nur Ariana bangkit untuk mengambil wuduk. Kerana dia ingin menunaikan sembahyang subuh. Dia terkurung seorang diri didalam rumah ini. Hanya dengan melaksakan kewajiban sebagai umat islam. Dapatlah dia merintih dan berdoa kepada Allah yang satu.

 Usai mengerjakan solat. Nur Ariana pergi ke arah dapur. Dia ingin alas perutnya dengan sedikit makanan. Ruang dapur memang cukup lengkap. Nur Ariana memang tidak akan mati kebuluran berada didalam rumah ini.

 Nur Ariana menyedari dari semalam dan pagi ini dia tidak mendengar suara azan. Nur Ariana dapat mengagak rumah banglo ini jauh dari kawasan perumahan, surau dan masjid. Rumah baglo ini hanya di kelilingi oleh pokok-pokok sawit yang tinggi.

 Matahari sudah mula menyinari bumi. Nur Ariana menghampiri jendela. Lalu dia memandang keluar jendela. Tidak ada yang menarik di luar. Kerana pemandangan di luar hanya ada pokok-pokok sawit.

 Nur Ariana memejamkan matanya. Dia tidak tahu beberapa lama dia akan di kurung di rumah banglo ini.

  Nur Ariana membuka matanya dan dia lihat pintu pagar terbuka. Nur Ariana melihat ada sebuah motosikal masuk ke halaman rumah. Nur Ariana tidak mengenali lelaki yang menunggang motosikal itu.

 Nur Ariana dapat mengagak lelaki itu adalah orang suruhan Alif Putra. Kerana Nur Ariana lihat banyak barang berada di raga motosikal lelaki itu.

  Lelaki berumur 40 an itu menongkat motosikalnya. Dan dia mengambil barang-barang yang berada di dalam raga motosikalnya. Sepertinya lelaki itu mahu membawa masuk barang-barang itu ke dalam rumah.

  Di dalam fikiran Nur Ariana mula merancang untuk keluar dari rumah ini. Setelah lelaki itu membuka pintu. Nu Ariana akan lari keluar melalui pintu. Nur Ariana tidak menyedari di belakang motosikal lelaki itu ada sebuah motosikal lain.

 Nur Ariana sudah berada di depan pintu utama. Dia menunggu lelaki yang datang dengan motosikal itu membuka pintu ini. Terbuka sahaja pintu utama ini Nur Ariana akan keluar melarikan diri dari rumah banglo ini.

 Perlahan-lahan pintu di buka. Nur Ariana tersenyum dan mengagap dia akan berjaya keluar dari rumah ini.

 Terbuka sahaja pintu Nur Ariana melihat tangan lelaki itu penuh dengan barang. Dengan cepat Nur Ariana menerobos untuk keluar. Tetapi langkah Nur Ariana telah di hentikan oleh seorang lelaki lain yang baru sahaja muncul. Lelaki itu menghalang Nur Ariana keluar.

 “Tepi saya nak keluar!” teriak Nur Ariana sambil menolak tubuh lelaki di depan pintu itu.

  “Cik tak boleh keluar dari rumah ni. Tuan Alif sudah upah kami berdua untuk memantau cik tetap berada di dalam rumah ini,” kata lelaki itu yang nampak lebih muda dari lelaki yang membawa barang tadi.

  “Saya tak peduli! Saya nak keluar dari rumah ni. Saya tak ada buat salah apa-apa,” jerit Nur Ariana dan tetap cuba untuk keluar dari rumah ini.

 Lelaki yang berada didepan Nur Ariana mencengkam kuat tangan Nur Ariana. Supaya Nur Ariana tidak keluar dari rumah ini.

 Setelah meletak barang-barang yang di bawa. Lelaki yang pertama tadi mula menapak untuk keluar.

 “Beras dan barang-barang dapur lain saya dah letak di dapur. Sekarang kami akan balik. Walaupun cik di kurung di rumah ini. Tetapi Tuan Alif masih memberi cik makanan,” kata lelaki yang pertama masuk tadi.

 “Tolong bantu saya keluar dari rumah ini,” rayu Nur Ariana meminta simpati kepada dua orang suruhan Alif Putra itu.

 “Cik memang layak dilakukan begini oleh Tuan Alif. Sebab cik menyebabkan rumah tangga Tuan Alif hancur,” kata lelaki yang mencengkam tangan Nur Ariana.

 Lelaki itu menolak tubuh Nur Ariana menyebabkan Nur Ariana terjatuh ke lantai. Setelah itu kedua orang lelaki itu keluar dan mengunci pintu kembali.

 “Tolong! Benarkan saya keluar dari rumah ni,” jerit Nur Ariana masih belum berputus asa. Dia berharap dua orang lelaki itu akan membantunya.

  Kedua lelaki itu tidak mengedahkan jeritan Nur Ariana itu. Sebaliknya mereka menunggang motosikal masing-masing untuk pergi dari rumah banglo ini.

 Air mata Nur Ariana mengalir lagi. Kerana dia tidak berjaya keluar dari rumah ini. Dia tidak tahu berapa lama dia akan dikurung dirumah ini. Dia juga tidak pasti bila Alif Putra akan datang kembali ke rumah ini.

  “Kenapa nasib hidupku begini? Apa salah aku?” teriak Nur Ariana melepas rasa sedihnya.

 Mata Nur Ariana kemerahan dan bengkak kerana terlalu banyak menangis. Nur Ariana mengesat air matanya dengan baju.

 Dia bangun dan berdiri lalu berjalan ke dapur. Dia ingin melihat barang apa yang di hantar oleh lelaki tadi.

 Nur Ariana lihat ada beras, manggie dan sardin tin. Nur Ariana menyimpan semua barang-barang itu.

 Aku tak boleh menangis terus. Aku kena kuat dan teruskan hidup. Asalkan aku masih boleh makan untuk hidup. Aku akan terima ketentuan hidupku ini, bisik hati Nur Ariana.

 

  Sudah hampir seminggu Nur Ariana di kurung didalam rumah banglo yang jauh dari bandar ini. Nur Ariana sudah dapat menerima takdir hidupnya ini. Walaupun begitu Nur Ariana tetap mencari jalan supaya dapat keluar dari rumah banglo ini.

 Setelah menunaikan solat asar Nur Ariana berdiri di tepi jendela. Matanya memandang keluar jendela. Walaupun tiada apa yang menarik di luar.

  Tiba-tiba sebuah kereta bergerak masuk ke halaman rumah. Nur Ariana kenal dengan kereta itu. Itu adalah kereta Alif Putra abang tirinya.

 Jantung Nur Ariana mula berdegup kencang. Dia tahu kedatangan Alif Putra bukan sesuatu yang baik. Alif Putra pasti akan melakukan sesuatu padanya.

  Nur Ariana cepat-cepat menapak masuk ke dalam bilik. Dan mengunci pintu bilik. Dia takut Alif Putra akan bertindak kasar terhadap dirinya.

 Kerana Alif Putra sangat membenci dirinya. Dan Nur Ariana sangat takut melihat tatapan mata Alif Putra yang penuh kebencian terhadap dirinya.

 Dia tidak kisah dikurung di rumah ini. Asalkan Alif Putra tidak bertindak yang bukan-bukan terhadap dirinya.

Bersambung...

Terima kasih sudi support.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience