Aku termenung di sinki. Cuba untuk ingat apa yang dah jadi. Tapi aku langsung tak boleh ingat apa-apa. Siapa yang bawa aku balik rumah? Dan kenapa aku rasa seperti aku lupa sesuatu. Apa ya?
"Baru bangun?" tegur Namjoon. Dia membuka jaket hitamnya dan letakkan di penyakut. Sepertinya dia baru balik. Rambutnya berserabut tak seperti biasanya. "Kau dah cari kerja belum? " dia buka peti ais mengambil minuman. Aku diam. Takkan aku nak bagitahu dia kalau aku nak berkerja Di Hazzle. Kalau dia dapat tahu, mampus lah aku.
"Urm, tengah cari." balasku teragak-agak. Dia pandang aku. Seperti biasa. Dia macam boleh agak kalau aku menipunya.
Dan aku, langsung tidak tahu cara yang lebih baik.
"Semalam kau pergi mana? Aku call tak dapat." sambil mengunyah roti, dia memandang aku dengan serius. Gulp! Aku harap aku ada jawapan yang paling tepat.
"Oh yeke, aku tak perasan kut." aku ambil telefon pintarku dan pura-pura melihatnya. Memang aku ada terima panggilan dari Namjoon semalam, aku sengaja tak angkat. Ketika itu juga aku lihat mesej V baru masuk.
from: V blank ??
Time: 11:36 am
Lisa, jd tak nak keluar ni?
Namjoon masih memandang aku. "Erm, aku keluar dengan V. Semalam Kitaorg pergi main bowling. Handphone lupa bawak." aku bawa nama V. Sorry V, tapi abang aku ni dah macam detective polis tanya soalan maut.
Namjoon dah tak banyak tanya. Aku tahu dia tidak akan kisah kalau aku keluar dengan V. Dia mungkin lebih percayakan V dari aku. Tsh.
V dengan aku telah lama bersahabat baik sejak dari sekolah rendah sehinggalah aku tamat belajar sekolah menengah. Satu-satunya kawan yang paling rapat denganku. Kawan yang paling mengerti aku dan kawan yang akan sentiasa ada untukku.
"Tapi, dah lama aku tak nampak si V tu datang sini." Namjoon mula curiga.
"Dia kerja sekarang. Sibuk sikit. Tapi kejap lagi aku nak keluar dengan dia. Nak cari kerja." jawabku dan cepat-cepat siapkan kerjaku di sinki.
Lebih baik berambus dari si Namjoon mula bertanya soalan lain pula. Tapi ketika hendak keluar, aku bertembung dengan Suga. Dia berhenti mengejut memandangku.
"Aik, awal pulak kau bangun hari ni?" tegurku. Mukanya yang masih terkejut itu terus merona merah. Aku pelik sendiri. "Weh, asal muka kau merah semacam? Kau tak sihat eh?" Baru saja nak sentuh pipinya, laju dia menepis tanganku.
Cepat-cepat dia melulu pergi ke bilik air. Kenapa dengan dia tu? Pelik juga bila bangun pagi tak banyak bebel. Biasanya mulut dah macam burung murai. Tapi pagi ni tak. Mesti ada apa-apa yang berlaku. Kalau tak, kenapa si gula tu berperangai pelik?
Aku melangkah masuk ke bilik. cepat-cepat bersiap.
Panggilan telefon berdering menandakan si V sudah tiba di bawah.
"Ya. Nak turun lah ni." aku matikan telefon dan tutup pintu bilik. Ketika itu juga aku nampak Suga berada di ruang tamu. Dia sedang nyalakan api untuk hidupkan rokoknya, namun aku lebih dulu mencapainya.
"Weh, orang sakit tak leh merokok! "aku selitkan rokoknya di telingaku. Dia buat muka bengang tapi dia tak cakap apa-apa. Aku sentuh dahinya. "Gula, kau tak sihat eh? "aku menyoalnya.
"Haish. Kalau aku tak sihat, kaulah puncanya! Bagi balik barang aku! " dia mahu merampas kembali rokok itu dan situasi itu membuatkan aku terjatuh ke atasnya.
Kami saling berpandangan dan laju saja si gula tolak aku sehingga jatuh ke bawah.
"Kasar lah kau ni!" marahku sambil mengosok tulang pinggulku yang sakit. Dia terus masuk ke bilik tanpa membalas apa-apa. Well, aku boleh katakan sikap si gula tu makin pelik. Tapi, apa yang dia maksudkan dengan
Kalau aku tak sihat, kaulah puncanya!
"Eh, tadi kata nak keluar?" Namjoon memandangku pelik. Dia baru siap mandi.
"Haa ah, nak keluar lah ni." aku bangun dan aduh, sakitnya pinggulku. Namjoon masuk ke biliknya dan kembali semula padaku. Dia berikan aku beberapa keping not lima puluh ringgit.
"Tapi aku masih ada duit-"
"Ambil jelah." tungkasnya dan berpaling pergi. Ketika itu juga aku lihat belakangnya, ada lebam dan ada luka.
"Abang!" aku mendekatinya dan lihat dengan teliti. Uish, teruk ni. "Kenapa ni?" pertanyaanku membuatkan dia nampak gelisah. Dia cakap terjatuh dari tangga. Apa dia ingat aku ni budak-budak ke nak bagi alasan macam tu?
"Sini, Lisa sapukan ubat." aku tariknya duduk semula.
"Tak payahlah. Luka sikit aje ni-" seperti biasa dia memang akan mengelak. Aku buat muka garang. Alah macam mak-mak gitu. Dia akur akhirnya.
"V dah sampai ke? Kesian dia tunggu kau nanti." mulutnya masih berbunyi ketika aku menyapukan ubat itu. "Alah biarlah dia. Macamlah dia tak biasa." balasku yang masih ralit melihat kesan luka ini.
Bila aku perhatikan luka ini, ianya seperti terkena pisau atau benda tajam.
'Abang, kau bergaduh lagi ke? Abang, boleh tak jaga diri abang? Lisa dah tak ada sesiapa lagi selain abang.'
Aku rasa sebak dan entah kenapa aku menangis akhirnya. Namjoon memanggil namaku dan sebaik dia toleh, dia mengeluh.
"Lisa.."
"Abang marah Lisa bila ada orang pukul Lisa, bila ada kesan luka di badan Lisa. Tapi- bila ia jadi kat abang.. Apa Lisa boleh buat? Apa Lisa boleh buat untuk jaga abang sepertimana abang jaga Lisa." teresak-esak aku menangis.
Dia raih tanganku.
"Kau tak perlu buat apa-apa. Cukup hanya bernafas untuk aku. Sentiasa ada di sisi aku. Hanya itu yang aku perlukan, Lisa." dia menyapu airmataku, dan memelukku.
____________
Votes & comment please.
How you think so far?
Share this novel