coke

Fantasy Series 5769

Awal pagi, Jimin sudah berangkat kerja. Dia bekerja dekat hotel sebagai receptionist. Nampak aje macam tak guna, tapi dia ni agak rajin juga kalau bab-bab cari duit. Tapi bodoh dalam membelanjakan duit. 

Kalau dia ada simpanan lebih, memang dia habis untuk benda haram tu. Tak kurang hebatnya dengan si Suga. Kedua malaun tu sama saja. Masing-masing tahu cari duit. Tapi yang membezakan Jimin dengan Suga,  hanya Jimin yang mahu melakukan dua kerja dalam satu masa. Kalau siang kerja sebagai receptionist, malamnya sebagai bouncer dekat Hazzle.

Hazzle sebuah kelab malam tersohor di bandar Big Hit. Pembekal segala benda haram di dalamnya dijalankan oleh Namjoon. Pengikut setianya JHope. Jika di Hazzle, sebut saja Rap monster, semua pasti kecut perut. Dia digeruni dengan kaki pukul,  dan juga panas baran. Aku sendiri pun terkadang tidak berani melawannya. Jadi sebab itulah, aku rahsiakan apa yang berlaku pada diriku darinya. Dia memang sial, tak guna, jahat nak mampos, tapi dia seorang lelaki yang ada tanggungjawab sebagai abang. Dia sangat mengambil berat dan jika boleh, satu luka pun dia tidak mahu tercalar ditubuhku.

Dan sebab itu jugalah, aku selesa tinggal dengan dia bersama gengnya yang lain. Meskipun kesemuanya lelaki, mereka juga menghormatiku sepertimana mereka hormat pada Namjoon. 

Kehidupan aku memang sosial. Bukan aku yang minta untuk kehidupan begini, tapi hanya untuk protes pada diri. Aku impikan kehidupan bekeluarga yang sama seperti orang lain. Tapi aku tidak mendapatkannya. Dengan cara memuaskan diri sendiri begelumang dengan dosa, aku rasa hidup.

Pada umur 12 tahun, ayah dan mak berpisah. Mak lari ikut jantan lain sebab tak sanggup nak hidup dengan ayah yang kaki judi.  Boleh katakan setiap hari mak makan penyepak terajang. Selepas mak larikan diri dari rumah, Namjoon yang jaga makan pakai aku sehingga sekarang. Dia terlibat dengan kegiatan haram pun semata-mata untuk menjagaku. Sehingga satu tahap, dia sanggup berhenti sekolah menengah.

Dia sayangkan aku dan sampai mati pun aku tak mampu balas apa yang telah dia korbankan untuk aku. 

Sedang aku mengenangkan nasib diri, aku tengok Suga sudah bangun dari tidurnya. Dia nampak macam zombie yang jalan terhuyung hayang menuju ke dapur.

"Shit!" aku dengar dia menyumpah di akhiri dengan bebelan. Kakinya tersepak kerusi meja yang berantakan di dapur. Kerusi meja jadi mangsa amarah Namjoon yang mengamuk tadi. Awal pagi itu juga aku tak nampak batang hidungnya. Aku harap, Jimin dah jelaskan seperti yang aku minta.

Aku ke dapur, dan kemaskan semula meja makan. Kalau Suga keluar dari bilik air tengok keadaannya masih begini, maunya dia menyumpah lagi. Sakit telinga aku mendengar bebelannya. Tak padan dengan zombie, tapi banyak cakap. Agaknya, kalau diberi peluang jadi penyanyi, mungkin dia boleh jadi rappers yang hebat. 

Aku tersenyum sendiri membayangkan. 

Pup! Terasa punggungku ditepuk dari belakang ketika aku sedang mencuci pinggan di sinki. Memang tak lain tak bukan, si zombie gula ni yang suka bergurau bodoh sebegini.

"Setan! " aku rasa nak simbah air sabun dekat mukanya,  tapi pandai pula dia mengelak.

"Asal tak keje? Dah kena buang?" soalnya sambil menyelongkar peti ais. 

"Saja. Malas." bohongku. 

Dia mencebik. "Macamlah aku tak tahu. Pagi-pagi si Rapmon mengamuk macam orang gila. Kau buat kes apa pulak kali ni? " soalan kedua. Okey, otak si zombie ni berfungsi dengan baik agaknya. 

"Takde apa, aku dah malas nak keje situ. That's all. "

Suga nampak macam tak puas hati dengan jawapanku dan aku pula malas nak bercerita.

"Satu lagi, semalam kau minum coke aku eh?" dia bertanya serius. Aku selesaikan pinggan yang terakhir dan menganguk. Sebaik itu juga tangannya mengetuk kepalaku. "Berapa kali aku pesan, jangan minum barang aku sesuka hati. Bodoh lah kau ni." dia dah start begang.

"Coke pun nak berkira." tungkasku geram. Padahal aku tahu isinya bukan sebarang coke saja. 

"Barang susah nak dapat, main rembat aje." omelnya.

"Takpa, nanti aku ganti."

"Nak ganti apa setan, kau ingat abang kau nak bagi kau main benda tu?" tungkasnya.

"Aku dapatkan dengan cara aku lah. Tak kan nak minta pulak. Tu keja gila nama dia." balasku. Dia pandang aku semacam. 

"Maksud kau? "

"Aku nak keja dekat Hazzle."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience