Hazzle

Fantasy Series 5769

"Gila."

Hanya itu yang terpancul dari mulut Suga. Dia teguk minumannya dan bangun. Aku mengikuti sehingglah ke ruang tamu.

"Weh, aku serious okey. Aku nak kerja kat Hazzle." aku ulang lagi apa yang aku bagitahunya di dapur tadi. Suga buat gaya macam nak kenyek aku tapi dia tak buat pun!

Dia duduk di sofa dan tekan remote tv. Permintaanku mungkin agak tak masuk akal baginya. Ya, aku tahu risiko bekerja di Hazzle seperti apa. Dan Suga tidak akan membiarkan hal itu berlaku.

"Sugar please..." aku merengek manja. Suga dah pandang aku semacam. Bukan tergoda, tapi mungkin ada rasa nak hempuk mukaku barangkali. Aku tersengih.

Okey, taktik tu tak akan berjaya. Next!

"Hazzle bukan tempat sebarangan. Kau tahu abang kau supplier barang kat sana. Dia banyak sekutu, dan diorang selalu ada mata-mata kat situ. Kalau diorang dapat tahu kau siapa, aku tak rasa kau hidup lama." Suga memberikan pandangan yang sama seperti Jimin.

Aku pernah minta hal yang sama dengan Jimin. Lelaki itu memang lembik. Lansung tak akan makan pujukan.

Sebab itu aku beralih pada mangsa seterusnya. Aku pandang Suga dengan serius.

"Aku rahsiakan identiti aku dan mereka tak akan tahu siapa aku. Please." pujukku lagi. Suga telah menggeleng. Malas nak dengar rengekkanku, dia buka hitz tv dan kuatkan volumenya.

Aku memandangnya geram. Tapi saat itu aku dengarkan muziknya. Aku bangun dan berdiri betul-betul dihadapannya. Mukanya bengang tahap dewa, tapi aku mulakan tarianku.

Untuk seketika dia tercenggang.
"Ma -mana kau belajar dance?" dia masih teruja dan aku tersenyum puas hati.

"Amacam? Aku boleh buat duit dekat Hazzle tak?" soalku yang masih termengah-megah. Senyuman Suga mati. Dia menggeleng lagi.

"Kenapa? Tadi kau macam suka tengok aku dance." aku mula protes.

"Kau nak aku kena penggal kepala dengan abang kau? Aku tau lah hidup aku ni dah tak ada makna apa-apa tapi aku tak nak lah mampos sebab kau. Tak guna tau tak?" tungkasnya. Aku mendengus geram. Tak abis-abis dengan Namjoon. Diorang ni memang terlebih sanjungkan lelaki itu.

"Dia tak kan tahu lah, dia bukan selalu pun ada kat Hazzle. Suga, Kau tahu aku boleh dance. Kau tahu aku boleh buat duit." aku berusaha lagi. Suga diam.

"Okey, macam ni. Apakata kalau aku dapat duit aku belikan kau candy. Macam biasa. Candy yang kau agung-agungkan tu. Plus, aku ganti yang semalam. Amacam? "

Kali ini Suga memandangku dengan serius. Aku tahu dia tidak akan menolak apa yang tawarkan. Sebab aku tahu, dia ni bukannya hidup untuk berada di dunia nyata. Tapi dia hidup untuk berfantasi.

Dan akhirnya, Suga turutkan.

Jadi petang itu, aku bersiap untuk ikut dia ke Hazzle. Suga juga seorang bouncer di Hazzle.

Aku hairan macamana lelaki yang badan seketul macam dia ni boleh jadi doorman kat tempat macam tu. Biasanya orang jadi doorman tempat sebegini badan mestilah berketul-ketul. Muka bengis.

Dia ni pulak. Bukannya bengis tapi manis. Muka yang eloknya jadi mak nyah tak pun gigolo. Aku tertawa sendiri membayangkan. Sumpah, aku tak sanggup dowh.!Oh my sugar...

Bila aku selidik betul-betul, tugas Suga ni sebenarnya bukanlah real bouncer pun. Oleh sebab manager tempat tu suka dengan cara dia kerja. Cekap dan tangkas hidu bau jika ada mata-mata polis di situ. Setiap kali serbuan, Hazzle sentiasa dalam keadaan bernasib baik. Jadi aku salute dengan lelaki ini.

Dia dah inform awak-awal yang dia akan bawa aku malam ni. Seperti yang duga, Jimin memang dah terkejut beruk tengok aku kat kat main entrance Hazzle. Dia pandang pakaianku dan mata dia macam nak tersembur keluar.

"Damn! Lisa, you gotta be kidding me right? Why you are here?" dia pandang Suga yang buat muka swagnya. Dia bisikkan kat telinga Jimin. Tak lama selepas itu keluarlah beberapa kata kesat keluar dari mulutnya sebelum menolak tubuhku keluar.

"Baliklah, Lisa. Namjoon takkan suka tengok kau kat sini." pintanya. Aku mengeluh. Sikit-sikit Namjoon! Tolonglah!

"Babe, aku bukannya budak-budak. Aku tau lah jaga diri aku. Tolonglah, kali ni aje, hormati keputusan aku." tungkasku. Aku heret Suga untuk membawaku masuk. Tapi laju pula tangannya menarikku semula. Dia suruh Suga handle kerja seperti biasa. Sungguh aku tak faham dengan perangai lelaki ini.

Dia tunjukan aku beberapa platform yang ada di Hazzle. Sumpah aku katakan, Hazzle adalah kelab malam yang paling gempak yang pernah aku jumpa. Aku pernah ke beberapa kelab malam sebelum ini yang biasa-biasa saja tapi yang ini main entrance pun dah macam hotel lima bintang. Plus, ada karpet merah lagi macam nak pergi award show.

Yang uniknya, Hazzle mempunyai lima tingkat secara keseluruhannya. Memang tak akan jumpa dekat mana-mana kelab malam.

"Disko kat ground floor ni, tempat orang nak main pool, ke pub, ada kat tingkat 2. Tingkat 3 tempat gig, ataupun live show performance. Tingkat 4 pulak tempat VIP. Kalau ada gathering ke, private party ke, diorang buat kat situ. This place never safe for you, so keep in your mind." pesan Jimin. Aku tak tanya pulak kenapa.

"Tingkat 5 tu ofis bos. Kat tingkat 5 pun ada jugak ruang untuk private party, tapi lebih ekslusif lah." beritahunya lagi.

"Tempat kau, hanya kat bawah tu je. Jangan sekali naik nak merayap ke tempat lain. Kalau tak, aku akan teragak-agak bawak kau balik. Lagi satu, tolong pakai nama samaran. Tiada siapa pun boleh tau nama sebenar kau." tegas sungguh amarannya kali ini. Suga menghampiriku dan menarikku ke dalam pelukkannya.

"Welcome to the real world, bebeh!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience