sober

Fantasy Series 5769

"Lisa!"

Terasa tubuh bagaikan digoyang. Aku malas membuka mataku. Kedengaran seperti suara Namjoon aka Rapmon, Gelaran aku berikan pada abang aku. Abang tiri lain mak lain bapak yer.

"Tak guna, berapa biji kau telan doh" dia membebel. Aku malas mendengarnya. Aku tahu dia marah kalau tahu aku menelan pil-pil haram itu. Huh! Dia juga yang bekalkan. Nak marah pun tak guna kalau adik dia rembat.

"Oi, kalau kau tak bangun aku siram kau sekarang." ugutnya. Aku buka mataku sebelah.

"Apehal!" aku pulak yang bengang.

"Apehal kau tanya? Bangun!" kali ini dia guna tenaga lelakinya untuk mengheretku bangun. Tubuh aku yang hanya sekeping ni, memang sah-sah boleh ditolak dibaling agaknya.

Ketika bangun itu baru aku perasan yang aku hanya memakai singlet sahaja. Seluar jeans masih melekat di tubuhku. Aku pandang ke sisi, inikan bilik tidur Jimin?!

Kejap, apa aku buat dekat sini?

"Ahh! Aduh! " automatik aku menjerit sebaik saja kepalaku diketuk dengan senang hatinya oleh Namjoon . Aku nak membalas tapi sumpah tenagaku tiada. Kepalaku sakit gila. Bukan sebab pukulan itu, tapi mungkin terlebih dose dari biasanya. Patutlah Suga pun terbongkang macam mayat hidup.

"Sini!" Namjoon mengangkat aku dari katil itu dan letakkan aku dengan selamba badaknya di atas kerusi kayu di meja makan. Dia keluarkan air mineral dari peti ais dan berikan padaku. Aku ambil dan meneguknya untuk sober.

Sebaik itu juga aku nampak Jimin yang baru keluar dari bilik air. Dia hanya bertuala.

"Amacam babe, best tak peluk aku semalam?" sinisnya dia memerli tapi cepat-cepat dia berambus sebaik melihat Namjoon menjeling. Huh, sekali jeling je dah lari macam lipas kudung!

"Sebab tu aku tak nak kau tinggal kat sini. Kau dah kerja, sepatutnya kau dah boleh cari tempat tinggal kau sendiri."

"Aku dah berhenti." jawabku selamba.

"Kau gila ke? Masuk ni dah 5 kali kau berhenti kerja. Kau ingat, dekat Big Hit City ni mudah ke nak dapat kerja?" bebelnya. Setiap kali berhenti, itulah bebelannya.

"Kenapa kau berhenti?"

Soalan dia aku diamkan. Aku teguk air mineral sehingga habis. "Dah, aku penat. Lain kali lah kita sembang." aku bangun dari meja makan, tapi sebaik itu jugalah Namjoon tarik tanganku. Dia nampak apa yang terselindung di bahagian leherku.

"Siapa? " soalnya. Matanya tajam memandangku.

"Sial, aku tanya siapa! " jeritnya lagi. Aku tarik tanganku semula. Kalau aku sebut nama jantan tu, memang boleh kerat jari, aku tahu Namjoon akan mencarinya.

"Aku tak tahu! Dan kau tak perlu nak ambil tahu! " aku tolak bahunya dan masuk semula ke bilik Jimin

Lelaki itu jelas terkejut dan aku kunci pintu. Dia masih tercenggang melihatku, aku tolak tubuhnya.

"Wei, kau dah gila ke? Berapa biji kau telan--"

"Shhhh!" aku tekap mulutnya.

Aku alihkan rambutku ke sisi dan bulat mata Jimin melihatnya. "Tolong mengaku ianya perbuatan kau, dan cakap kau tak sedar apa-apa. Namjoon tak akan marah." pintaku dan Jimin terus tolak tubuhku.

"Fxxk shit. Siapa punya kerja tu? "

"Bos kat tempat kerja aku. Tapi dia tak sempat buat apa-apa pun. Aku tikam perut dia dengan garfu. Wife dia nak saman, tapi aku ada record yang jantan tak guna tu cuba nak kiss aku. Masa tu lah aku dapat kesan merah ni. Sebab tu aku behenti. Aku tak nak Namjoon tahu, nanti kes ni akan jadi kes polis. Namjoon tak akan lepaskan jantan tu hidup-hidup." aku terangkan.

"Lisa, aku rasa baik Namjoon tahu." aku nampak muka Jimin nampak tegang. Aku tahu dia marah. Aku menahannya. Berkali-kali aku merayu. Akhirnya, dia akur.

"Lisa, hanya untuk kali ni." dia mengalah. Dan aku terus memeluknya. Tubuhnya yang hanya bertuala.

"Kalau tak kerana Namjoon, memang dah lama aku tarik kau kat atas katil ni." usiknya dan aku peluknya dengan erat lagi. Sengaja aku hendak menduganya juga, namun laju saja dia menolakku.

"Lisa please. Behave." pintanya. Dan aku angkat tangan tanda surrender.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience