BAB 4

Fantasy Completed 9960

" ISYA* ! apa nak jadi dengan awak ni? Macam mana boleh dapat satu B+
dan lapan Gagal dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun ? Cuba terang sikit
kepada saya. Jangan disebabkan awak, prestasi sekolah jatuh. Jika awak
taknak belajar, awak boleh berhenti daripada sekolah. Jangan nak
memalukan nama baik sekolah" Ujar guru kelasnya iaitu Puan Intan.

Qhalesya di belakang hanya membuat mulut seperti mengajuk kata gurunya itu.

Kesabaran Puan Intan tidak tahan lagi. Puan Intan terus memarahinya.

" Isya! Jumpa saya lepas waktu sekolah ni ! " kata Puan Intan.

" Tapi cikgu . . . " belum sempat Isya memberitahu sesuatu, gurunya itu
memotong katanya.

" Takde tapi tapi. No excuses lagi okay? HA RI NI JU GAK ! " Puan
Intan bercakap dengan suara tegas.

" Assalamualaikum cikgu. " kata Qhalesya.

" Haaa. Waalaikumussalam Isya. Duduk sini. " balas Cikgu Intan.

" Okay thanks. " balas Isya.

" Awak tahu tak result awak ni teruk sangat? Sepanjang saya sebagai
guru kelas, saya tak pernah dapat pelajar yang seteruk awak ni. " ujar
Cikgu Intan.

" Okay. Then? " balas Isya lagi.

" Ramai cikgu merungut pasal awak ni. Apa masalah awak sebenarnya? Cuba
cerita sikit? Kehadiran awak baik tapi result awak teruk. " ujar Cikgu
Intan lagi.

" Emm. Cikgu, saya nak tanya boleh? "

" Apa dia? "

" Cikgu dah habis cakap belum? Mulut cikgu ni lebih bising daripada
mummy saya tau. So, Bye. " Isya terus keluar daripada bilik guru itu.

Cikgu Intan hanya boleh menggelengkan kepalanya melihat perangai Tun
Qhalesya.

" Assalamualaikum Mummy. " Seorang lelaki menekan loceng rumahnya
sambil memanggil ibunya tetapi tiada yang menyahut.

" Aduh, takde orang kat rumah ke macam mana ni? " kata seorang lelaki
yang berusia 23 tahun itu. Lelaki itu terus membelakangkan pintu rumah itu.

" Waalaikumussalam. Ya cari siapa? " Balas Isya.

Lelaki itu terus memandang Isya.

" OMG! ABANGGGGGG! ABANGGG DAH BALIK! " jerit Isya keriangan.

" Isyaaaaa! " lelaki tersebut juga jerit keriangan. Lelaki itu ialah
Qhayeed. Iaitu abang kepada Qhalesya dan Qhisteena.

" Teena! Abang balik ! Turun lah. " jerit Isya.

Dengan laju Teena menuruni tangga dan memeluk abang kesayangannya itu
yang baru pulang daripada Kota London.

" Dah besar dah adik abang ni. Eee, rindunya !! " Ayed mencubit pipi
adiknya itu tanda geram dan rindu.

" Mestilah dah besar. Takkan mengecil pulak kot? " balas Teena.

" Dah pandai menjawab eh? " Ayed mencubit pipi adiknya itu lagi.

" Sakit lah! " balas Teena.

" Dah dah. Jom masuk. Kalau Abang and adik ni gaduh, sampai 100tahun
lagi pun takkan habis. " Isya mengajak abangnya masuk.

" Lily , akak nak tanya ni. " Afiqah bertanya kepada Lily.

" Apa dia? " balas Lily.

" Lily pernah suka kan kat seseorang tak? " tanya Afiqah lagi.

" Pernah. Tapi kena reject. " Jawab Lily dengan nada sedih.

" Seriously? Siapa? " Afiqah bertanya dengan penuh perasaan ingin tahu.

" Mamat tu nama dia Haziq. Tapi dia sekarang bercinta dengan kawan baik
Lily sendiri, Mardiah. Kenapa? " ujar Lily.

" Sama lah kita Lily. Kita cintakan dia, dia tak cintakan kita pulak. "
dengan penuh sebak Afiqah memberitahu.

" Siapa boy yang sengal tu? " tanya Lily.

" Nama dia Qhayeed. Dia handsome sangat. Tinggi. Putih. Pandai. Tapi,
dia tak pernah nampak kehadiran aku. " dengan semangatnya Afiqah bercerita.

" Maksudnya? " tanya Lily lagi.

Afiqah terus menceritakan segala kisah yang berlaku ketika di Kota
London. Qhayeed lansung tidak pernah memandang Afiqah walaupun Afiqah
seorang gadis yang seksi dan popular ketika di Kota London.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik Ayed diketuk.

" Yes? masuk. " jawab Ayed.

" Abanggg, best tak London? " tanya Teena.

" Amboi. Masuk-masuk terus tanya pasal London eh? Mestilah best dik.
Tapi lama-lama bosan jugak. Setiap hari abang dapat dosa sebab tengok
minah-minah salleh yang seksi. Hahaha. " balas Ayed sambil gelak.

" Woah! bestnya Abang! Kalau Teena pergi, boleh lah Teena mengorat Mat
Salleh kat sana. " jawab Teena.

" Mengadanya adik abang ni. Kecik-kecik dah gatal eh? " Ayed menggeletek
adiknya itu.

" Geli lah abang! " Tergagap - gagap Teena menjawab.

Mereka terus bermain menggeletek antara abang dan adik.

" Bukan main lagi Ayed dengan Teena bergurau senda dalam bilik Ayed
tadi. Apa yang lawaknya entah lah. " kata Tun Hafsah Binti Tun Said yang baru
memasuki kamar tidurnya.

Suaminya sedang leka bermain iPad di atas katil.

" Biarlah mereka. Rindu sangat lahtu. " Balas Irfan.

" Bila abang nak bagitahu Ayed yang sebenarnya ibu kandung dia
meninggal? " tanya Kamariah kepada suaminya.

Kebetulan Isya sedang menaiki tangga dan terus mendengar perbualan
tersebut. Isya terus mendekati pintu bilik ibu bapanya.

" Entahlah Yah. Belum sampai masanya lagi kot. " Balas Irfan.

" Dia dah besar abang. Dia wajib tahu siapa ibu kandung dia yang
sebenarnya. " Balas Yah.

" Saya tahu Yah. " balas Irfan lagi.

Dengan pantasnya Isya masuk ke kamarnya. Isya menjadi tidak siuman
setelah mendengar kata-kata mummynya itu.

" Bila abang nak bagitahu Ayed yang sebenarnya ibu kandung dia meninggal? "

Dialog itu terngiang-ngiang di fikirannya.

" Biar betul Abang dengan aku berlainan mak? Kenapa Daddy tak pernah
cerita? Kenapa Mummy pun tak pernah cerita? Aku kena selidik ni. "
ngomelnya di dalam hati.

" HI Mummy. Hi Daddy. Hi Abang and budak nakal. " Isya menegur
ahli keluarganya. Tetapi seorang pun tidak menyahut ' Hi ' nya.

" Sorang pun tak balas. Okay, takpelah. Bye. " Isya merajuk.

" Isya, duduk sini kejap. " Ujar Daddy.

" Oh Okay. Ada apa Daddy? Semua muka serious semacam je? " Balas Isya.

" Ni apa? " Daddy melemparkan beberapa keping gambar di atas meja.

Terbeliak mata Isya melihat gambar itu.

" Macam mana Daddy dapat gambar ni? " tanya Isya.

" Tak penting mana dapat. Sekarang ni kau dah memalukan nama baik
keluarga kita tahu tak? " tegas Daddy.

" Maaf Daddy. Isya tak sangka gambar ni akan tersebar jugak akhirnya.
" Isya bercakap sambil menundukkan kepalanya.

" Mummy tak kisah kamu nak jadi social macam mana pun. Tapi sekarang
kelakuan kamu sangat teruk. " Tegas Mummy.

" Abang tak sangka perangai kamu seteruk ni Isya. " abangnya hanya mampu
berdengkus.

Isya hanya mampu menundukkan kepala.

" Kau kena kahwin. Daddy dah ada pilihan untuk kamu. By hook or by
crook, minggu depan kau kena kahwin. " ujar Daddy nya lagi.

Mata Isya terbeliak dengan besar apabila mendengar kata-kata ayahnya itu.

" WHAT?! Kena kahwin?! " Terkejut beruk AL dibuatnya.

" Tapi kenapa Amir pulak kena jadi Pak Sanggup? Gila betul lah Uncle
Irfan ni. " Tegas AL.

" Amir, kesian kat diorang. Please Amir? If Amir sayang mama, Amir
ikut cakap mama. " ujar Ainie Chiu.

" But mama, Amir tak kenal pun siapa anak dia tu? Entah siapa entah.
Takkan mama nak hancurkan masa depan Amir dengan perempuan yang Amir tak
kenal ? " Bantah Amir.

" Takpe Amir, lelaki ada 4 quota. " balas Firdaus Azman iaitu Papanya
yang sempat bercanda di saat situasi sedang serius.

" Ish abang ni. " marah Isterinya.

" Okay. Amir ikut cakap Mama and Papa. Tapi kali ni je. Seandainya
Amir nak ceraikan dia. Mama and Papa tak berhak untuk halang Amir. "
ujar Amir lagi.

" Okay. Mama setuju. Esok malam, kamu akan berkenalan dengan bakal
Wife kamu tu. Nama dia Isya. Jumpa dia kat area Bukit Bintang okay?
" balas Ainie Chiu.

" Okay. " AL hanya mengeluh.

" EH. Hi Abang AL! Tak sangka kita akan berjumpa kan? Abang AL buat
apa kat sini? " tanya Isya.

" Hi. Abang AL nak jumpa buah hati. Abang AL tak kenal dia. Tapi mama
kata dia baru Tingkatan 5. " jawab AL.

" Oh really? Macam mana Abang AL tak kenal dia pulak? Pelik je. " jawab
Isya.

" Eh ! " Isya secara tetiba terkejut.

" OMG, Abang AL ni ke yang Daddy nak jodohkan aku? Ya Allah, akhirnya
aku akan disatukan dengan Abang AL tanpa aku perlu menggoda. " ngomel
Isya di dalam hati.

" Dah kenapa Isya terkejut? " AL bertanya.

" Abang AL, Isya nak cakap something boleh? Perempuan tu sebenarnya
Isya. Daddy nak jodohkan Isya dengan Abang AL kan? " jawab Isya dengan
perlahan.

" Oh! Itu kau lah ya! Apehal aku pulak yang nak kena cover perangai
kau? Kau punya perangai tu dah macam syaitan bertopengkan manusia, tahu
tak?! Kenapa Daddy kau pilih aku? " Tetiba sahaja AL memarahi Isya.
Dengan automatiknya sahaja, nada AL bertukar

Isya hanya menunduk.

" Kau dah tak suci, lepastu suruh aku pulak jadi Pak Sanggup. Kau ni
memang tak malu ya? Dah lah belajar teruk, perangai pun teruk. Kau tak
patut nak jadi bini aku. Tahu tak? " tegas AL.

" Tapi . . . " Belum sempat Isya menghabiskan bicaranya, AL menyampuk.

" Esok, ikut aku pergi cari baju pengantin. Jangan banyak cakap. Bye.
" Ujar AL lagi. Dia tidak sangka akan bercakap kasar dengan gadis yang
dicintainya.

Air mata Isya tetiba jatuh selepas AL pergi meninggalkan dia.

" Arghhh tidak! Apa yang aku buat ni? Mesti dia sedih sebab aku tengking
dia. " AL menjerit ketika di dalam kereta. AL kecewa akan sikapnya yang
memarahi Isya, sampai kepalanya terhantuk di stereng kereta. Dengan
lajunya, AL membawa kereta BMW tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience