BAB 1

Fantasy Completed 9960

Intro

Memang benar aku pernah terpukau dan tertarik pada kau, dan aku masih merasakan yang sama. Belum ada sesiapa lagi yang pernah punya kapasiti penuh sensasi membuatkan aku jadi sebegini angau. Aku menolak mu kerana aku tak mampu untuk terus menjadi peminat rahsiamu. Sebelum aku memberikan segalanya padamu, aku harus berfikir akan rasionalku, impianku dan kau adakalanya berada dalam setiap zarah pemikiran dan juga perasaanku. Hakikatnya selalu ada. Dan, apabila kau datang padaku, Arghhh betul ke ni? Seseorang perlu sedarkan aku, ini bukan mimpi kan?

-----

"Amboiii anak dara sorang ni tak reti nak bangun-bangun! Isya! Bangunnn! dah pukul berapa dah ni " jerit seorang wanita
berusia 40-an. Ya, itu ialah Mummy aku yang bernama Tun Hafsah Binti Tun Said
" Mahu bergegar satu rumah kalau Mummy jerit " ngomel Isya dalam hati.
Isya merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Seorang
gadis yang sangat lawa. Mempunyai rambut yang lurus tanpa perlu pergi ke
salon. Kulitnya yang halus mulus dan wajahnya seperti orang berkacukan
darah Arab ini pasti akan memukau semua mata-mata. Mana tidaknya,
Mummynya merupakan darah kacukan Arab. Sudah semestinya anaknya
juga mempunyai wajah sebegitu.

" Okay, Mummy. Isyaa dah bangun ni. " Balas Isya.

" Lepas mandi. Turun sarapan. Daddy tunggu bawah. " Pintu Isya diketuk
oleh seorang lelaki yang berusia 50-an. Itu ialah Daddy aku. Nama dia
Muhammad Irfan Bin Luthman.

" Okayy Daddy ! " Isya membalas.

" Hi Mummy! Hi Daddy! " Tegur Isya sambil mencium pipi kedua ibu
bapanya.
" Isya, harini Daddy tak dapat hantar kamu. Pak Mad akan hantar kamu
ke sekolah. Harini Daddy ada mesyuarat penting di Johor. " Kata
Pengurus Besar di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur.

Belum sempat Isya menyuap sandwich yang dibuat oleh Mummy nya, Isya
terus bermasam muka dan mengambil bag sekolahnya lalu masuk ke dalam
kereta tanpa bersalaman dengan kedua ibu bapanya. Mummy dan Daddynya
berpandangan. Mummynya hanya mampu menggelengkan kepala melihat
tingkah laku anak keduanya itu.

" Ish ! asyik-asyik busy busy busy! Bila entah tak busy nya!
Menyampah ada keluarga yang busy setiap hari . Sampai anak sendiri
diabaikan. Kalau ada abang, laju je tak busy. Kalau aku ? Eee. "
Ngomel Isya dalam hati masa di dalam kereta. Pak Mad hanya mampu melihat
tingkah laku anak majikannya yang sambil membuat gaya sedang marah.

"Pak Mad. Harini takperlu ambil Isya. Isya nak keluar dengan geng. "

" Tapi Cik Isya . . . "

" Tak perlu tapi tapi. Just follow what I say. Bye Pak Mad. " Terus
Isya keluar dari kereta tanpa bersalaman dengan Pak Mad. Isya terus
berjalan mencari gengnya. Malangnya Isya ditahan ketika ingin memasuki
pagar sekolah oleh seorang pengawas lelaki yang dia paling benci iaitu
Haziq.

" Eh. Awal pulak Tun Qhalesya Binti Muhammad Irfan ni datang " Isya
disapa oleh Haziq.

" Ahhh, ni lagi sorang. Menyibuk hal orang apehal ? " ngomel Isya di
dalam hati. Tanpa membalas kata Haziq, Isya terus berjalan sambil
menjeling Haziq. Bukannya Isya membenci Haziq, Isya cuma kekadang benci
akan perangai Haziq yang menjengkelkan itu. Hampir satu sekolah tahu
bahawa kawannya iaitu Mardiah bercinta dengan Haziq.

" Tak marah pulak Cik Isya kita ni. " kata Haziq.

" Hi Gang. " sapa Isya dengan gengnya tanpa menunjukkan riak wajah
yang gembira semasa masuk ke kelas.

" Eh. Hi Isya! Apahal muka kau masam je pepagi ni? Selalunya kau lah
orang yang paling hyperactive dalam kelas ni. By the way, kau dah siap
homework yang Cikgu Zarif bagi tak? Harini dia nak " Balas Afiza
sambil senyum seperti kambing busuk.

" Kau ni kalau pepagi tak mintak homework dan tanya pasal homework
boleh tak? Rimas pulak aku. " Isya melenting.

" Sorrylah beb. Aku just tanya je " Afiza menjadi takut-takut.

" Ada soalan yang aku tak siap. Ambil dalam beg sana. "

" Thanks Isya! Kaulah kawan dunia
akhirat aku. " Balas Afiza dengan perasaan gembira.

" ASSALAMUALAIKUM* dan Selamat Sejahtera Cikgu Zarif. " satu kelas
berdiri dan bersuara memberi Salam kecuali Isya yang sedang leka tidur
di belakang kelas tanpa menyedari kehadiran gurunya.

" Waalaikumussalam semua. Terima Kasih. Duduk. Ehem, Isya! Kau tak reti
nak bangun ke? Tidur je kerja kau. Kau fikir sekolah ini bapak kau
punya? " Lantas Isya terbangun daripada tidur. Tanpa berfikir panjang.
Isya terus menjawab kata Cikgu Zarif itu.

" Memang sekolah ini bukan milik Daddysaya tapi 60% daripada bangunan
dan peralatan di sekolah ini di-sponsor oleh mummy saya. Any
problem di sini? " Isya terus tersengih dengan wajahnya yang kelihatan
seperti sedang panas itu dan terus keluar daripada kelas.

Kringgggggggggg
lonceng berbunyi tanda rehat.

" Wei Isya. Aku salute lah kau. Berani kau lawan kata Cikgu Zarif
tadi. " Kata Mardiah. Mardiah merupakan kawan kepada Afiza, Isya dan
Lily. Seorang gadis yang bertudung dan sentiasa mengikuti trend tudung
terkini. Pelbagai gaya yang telah Mar cuba ketika berjalan di luar
daripada sekolah.

"Small matter. " hanya dua perkataan itu sahaja yang dikeluarkan oleh
mulut Isya.

" Wei Mar, Fyza and Lily. After school ni kita lepak Sunway Pyramid nak
tak? Kita tengok wayang. Malas ah aku nak balik rumah. Bukan ada
sesiapa. Lagipun esok Sabtu. Cuti sekolah meh." Isya bersuara.

" Aku okay saja. Asalkan kau bayar. Hahaha" Balas Lily. Lily merupakan
seorang gadis yang mempunyai kacukan Cina. Lily juga merupakan seorang
gadis yang berambut pendek dan sentiasa ada dengan Isya dalam keadaan
susah atau senang.

" Aku pun okay je if kau belanja. Kan Mar kan? " Sampuk Fyza.

" Emmm. Betul tu. " Mar hanya mengiyakan kata-kata Ju.

" Itu semua small matter lah wei. Hahaha " Balas Isya.
Mar, Fyza dan Lily bersorak keriangan kerana Isya akan belanja mereka
tiket wayang. Semakin tidak sabar Isya dibuatnya apabila gengnya
menerima pelawaannya untuk hangout selepas waktu sekolah.

Kringgggggg
tepat pada jam 2 petang. Tamat sudah persekolahan
pada hari tesebut

" Terima Kasih Cikgu Intan. " Kata Ketua Kelas 5 Kasturi. Pelajar yang
lain juga memberi ucapan terima kasih setelah ketua kelas memberi ucapan
tersebut.

" Yes! Dah habis waktu sekolah, masa untuk hangout! " Jerit Isya
sambil berpelukan dengan ahli gengnya.

" Peh, semangat betul Isya nak hangout kali ni. Hahaha" kata Mar.

" Haruslah wei. Oh ya.By the way, boleh tak aku tukar pakaian kat
rumah kau Lily? Aku malas balik rumah lah. " sambung Isya.

" Sure. " Balas Lily.

" Hehehe. Thankyou Lily. "

Afiza dan Mardiah hanya ketawa keriangan melihat Lily dan Isya yang
begitu gembira dan akrab seperti adik beradik itu. Mana tidaknya,
Mummy Isya dan Mama Lily merupakan sahabat baik sejak dari kecil lagi.
Mungkin disebabkan itu, Lily dan Isya juga menjadi kawan baik.

*" WEI*, korang ! Cepatlah siap. Pakcik Teksi dah tunggu dah kat luar
tu. Bising tau hon dia tu. " Jerit Mar dari tingkat bawah, rumah yang
indah bak mahligai milik Lily dan Sekeluarga. Rumahnya yang besar dan
mempunyai taman yang luas. Mempunyai 12 bilik tidur dan 2 dapur serta
bermacam-macam lagi jenis bilik yang ada. Tergamam Mar memasuki rumah
itu. Itu kali pertama Mar menjejakkan kaki dirumah Lily.

" Eh Lily. Kau call teksi ke? Kenapa kau tak suruh Pak Bad je hantar ?
" tanya Afiza yang kebingungan.

" Pak Bad hantar Papa ke airport. Harini Papa kena ke Australia ada
meeting di sana. Pak Khai pula hantar Mama ke Majlis Perasmian Butik
Cynta milik Aunty Syira. " jawab Lily.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience